(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)
faisal mustaffa <faisal_angkatanmuda
Kenyataan oleh Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong pada 2 Mei 2008 di Pulau Pinang
Soalan Parlimen Ditolak atas 'asas' OSA
Saya dimaklumkan oleh setiausaha Dewan Rakyat, Pn. Roosme binti Hamzah bahawa salah satu daripada soalan parlimen saya bagi jawapan bertulis ditolak atas alasan rahsia rasmi. Beliau menyebut Peraturan Tetap 23 (1) (f): "A question shall not seek information about any matter which is of its nature secre." iaitu"soalan bagi mendapatkan maklumat dalam apa juga hal yang rahsia tidak dibenarkan".
Soalan asal saya berbunyi "Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] Minta Menteri Pertahanan memberitahu kos penyelenggaraan setiap model pesawat utama RMAF (Mig-29N, Su-80MKM, Hawk 200, F/A-18) setiap tahun sejak 2004 dan jumlah penerbangan purata setiap tahun setiap model pesawat sejak 2004."
Saya tidak berpuas hati dengan klasifikasi yang diberikan atas soalan tersebut yagn diletakkan di bawah rahsia rasmi. Klasifikasi sedemikian sukar untuk diberi justifikasi kerana saya hanya bertanyakan berkaitan dengan kos penyelenggaraan empat senarai model pesawat iaitu Mig-29N, Su-80MKM, Hawk 200, F/A-18, dan purata jam penerbangan dalam setahun.
Saya faham bahawa beberapa maklumat yang berkaitan dengan pertahanan adalah rahsia rasmi namun saya melihat bahawa tidak alasan yang sepatutnya diberikan mahupun satu rahsia sekiranya persoalan itu merujuk kepada maklumat yang berkaitan dengan kewangan.
Pihak Kementerian Pertahanan diperlihatkan tidak telus dalam menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan di bawah kementeriannya. Ia adalah penting untuk menyatakan di sini bahawa terdapat keperluan dari kalangan ahli parlimen dalam meneropong perbelanjaan kementerian tersebut.
Liew Chin Tong
Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada pembantu parlimen Bukit Bendera, Faisal Mustaffa 019-2232002 atau emel faisal@bukitbendera.org
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___


