(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)
aHmadHazieq <pemudawilayah@
Kenyataan Media :DPPWP mengutuk serangan bom petrol di pejabat DAP
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk tindakkan pihak yang tidak bertanggungjawab yang dilaporkan telah melontarkan bom petrol (molotov cocktail) di Ibu Pejabat DAP Perak di Bandar Ipoh Raya pada awal pagi semalam.
Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira 2.20 pagi itu, disaksikan oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah sekolah yang berhampiran. Beliau melaporkan bahawa dua orang lelaki yang belum dikenalpasti dilihat membaling sesuatu ke tingkap atas bangunan berkenaan hingga menyebabkan dua letupan kuat kedengaran.
DPPWP melihat bahawa kejadian ini adalah satu tindakkan yang melampau dan mungkin mempunyai kaitan dengan beberapa siri perdebatan antara beberapa pemimpin DAP dan parti politik tertentu berhubung isu-isu semasa yang dianggap mencabar kepentingan pihak tertentu.
DPPWP berharap agar setiap parti politik mengawal ahli masing-masing dan tidak menimbulkan tindakkan provokatif sebegini bagi mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei berlaku lagi. Apa yang berlaku ini adalah satu tindakan yang terlalu ekstrim, didorong oleh emosi yang tidak terkawal dan pastinya terdapat pihak-pihak lain yang turut terlibat dalam merancang jenayah ini.
DPPWP mengesa agar pihak Polis bertindak segera terhadap laporan yang dibuat dan menangkap mereka yang terlibat. Kerajaan yang selama ini amat tegas terhadap sebarang aktiviti keganasan seharusnya memandang berat kejadian ini sebelum ada pemimpin politik yang dicederakan atau mati dibunuh.
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS wilayah Persekutuan
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS wilayah Persekutuan

Malaysiakini
| Ibu pejabat DAP dibaling bom petrol |
| May 15, 08 2:34pm |
| Ibu pejabat DAP Perak di Ipoh menjadi sasaran tiga bom petrol yang dibaling oleh orang yang tidak dikenali awal pagi tadi. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.20 pagi tadi, dua orang yang menaiki sebuah motosikal dillihat membaling bom petrol itu ke arah pejabat DAP tersebut. Salah satu daripada bom petrol itu telah memecahkan kaca tingkap pejabat tersebut yang terletak di tingkat dua bangunan kedai di situ, tidak jauh dari bangunan Dewan Undangan Negeri Perak. Bagaimanapun, bom tersebut terpelanting dari tingkap tersebut dan terjatuh ke atas jalan di bawahnya. Seorang pegawai keselamatan di sekolah di hadapan bangunan tersebut melihat kejadian itu dan membuat laporan polis pagi tadi. Pengerusi DAP Perak yang juga exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham memberitahu Malaysiakini bahawa beliau percaya serangan itu bermotifkan politik."Bagaimanapun, saya tidak boleh mengulas sama ada ini ada kaitan dengan (isu membabitkan) Karpal Singh," katanya ketika ditanya sama ada insiden itu ada kaitan dengan kenyataan pengerusi DAP itu yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam mengarahkan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin menarik balik arahan menukar pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury baru-baru ini. Ngeh mengecam serangan tersebut dan menggesa pihak-pihak yang bertanggungjawab melakukannya supaya "menghormati kerajaan negeri yang baru yang dipilih oleh rakyat". "Walaupun beberapa tingkap sahaja yang pecah, tetapi kita memandang serius perkara ini," kata Ngeh, yang meninjau pejabat tersebut bersama dengan beberapa pemimpin DAP yang lain. Polis: Kes dalam siasatan Ketika dihubungi, seorang anggota polis berkata, kes tersebut dalam disiasat dan sehingga ini tiada sebarang tangkapan dibuat.Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai "merosakkan harta". "Kita tidak dapat mengklasifikasikann Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada insiden bermotifkan politik sepertimana yang didakwa oleh Ngeh. |
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___


Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.
Pengerusi DAP Perak yang juga exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham memberitahu Malaysiakini bahawa beliau percaya serangan itu bermotifkan politik.
Ketika dihubungi, seorang anggota polis berkata, kes tersebut dalam disiasat dan sehingga ini tiada sebarang tangkapan dibuat.