(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)
Malaysiakini
| 1,000 penduduk bantah di bandar Mahkota |
| Abdul Rahim Sabri | May 7, 08 5:48pm |
| Kira-kira 1,000 penduduk di taman perumahan di bandar Mahkota di Cheras berhimpun petang ini bagi menghalang syarikat konsesi - Grand Saga - membina semula tembok menutup jalan masuk ke perumahan mereka. Mereka mula berkumpul tengahari tadi selepas mendapat tahu yang syarikat berkenaan akan memulakan kerja membina tembok penghalang tersebut. Sebelum ini, tembok penghalang di situ telah dibuang pada 21 April lalu, selepas bantahan keras dari penduduk yang sama. Pada kira-kira jam 3 petang, para pekerja dilihat mahu memulakan kerja-kerja pembinaan tembok di situ tetapi dihalang oleh penduduk terbabit. Menurut pengerusi jawatankuasa bukan jalan, Tan Boon Wah, beliau telah merampas kunci jentolak yang digunakan untuk membina tembok tersebut. Manakala ada juga yang bertindak nekad duduk di tempat di mana tembok itu sepatutnya dibina. Kemudian, kira-kira jam 4.50 petang, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menghantar seorang pegawai dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengarahkan syarikat konsesi itu menangguhkan kerja tersebut. Tetapi pengarah eksekutif syarikat konsesi tersebut, Zainal Abidin Ali menafikan menerima sebarang arahan daripada LLM. Sebaliknya, tegas beliau, pihaknya akan meneruska kerja untuk membina tembok menutup jalan tersebut, demi keselamatan lalulintas di situ. Selepas itu, penduduk dilihat mula bersurai tetapi menjadi kecoh semula apabila mereka melihat lapan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU), termasuk meriam air tiba di situ. Ia menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas yang teruk. Polis juga mengadakan sekatan di jalan tersebut. Selepas rundingan antara ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dengan pihak polis, penduduk di situ diarah bersurai. Menurut Teo, polis menerima arahan daripada peguam negara supaya jalan tersebut mesti ditutup semula. Pada jam 6.45 petang, polis mengeluarkan arahan kepada penduduk yang berkumpul di situ supaya bersurai. Bagaimanapun, penduduk tidak bergerak. Ekoran itu, anggota FRU menggunakan perisai untuk menyuraikan mereka. Terbaru, pekerja syarikat konsesi telah memasangkan tembok penghalang di situ, manakala orang ramai mengejek mereka. |

Masalah penduduk setempat, Adun gesa NPE cari jalan penyelesaian
| Anis Nazri | Foto Wan Zahari Wan Salleh Wed | May 07, 08 | 4:54:01 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) - Pihak New Pantai Expressway Sdn Bhd (NPE) hairan apabila beberapa kertas cadangan berhubung lebuh raya itu ditolak oleh pihak tertentu, walaupun ia dikatakan memberi kesan 'win win situation' kepada para penduduk berdekatan dan pihak NPE sendiri. Kehairanan pihak NPE itu dimaklumkan Adun Taman Medan, Haniza Talha kepada wartawan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan pihak NPE, di pejabatnya di Petaling Jaya, pagi tadi.Menurut Haniza, NPE mengakui pihaknya pernah mengemukakan beberapa kertas cadangan berhubung projek lebuh raya itu kepada pihak tertentu sebelum ini, bagaimanapun ditolak pihak terbabit. "Saya difahamkan, kertas cadangan itu unjuran dari aduan penduduk sekitar berhubung lebuh raya tersebut dari aspek keselamatan, kadar tol dan sebagainya. Bagaimanapun, pihak NPE masih tidak memperincikan butirannya kerana mereka akan membentangkannya pada pertemuan kedua, 16 Mei ini. "Jika ada kewajaran dalam 'proposal' itu, saya tidak akan teragak-agak untuk mempertimbangkan semula cadangan NPE mengikut saluran yang ada," tegas beliau. Haniza berkata, lebuh raya yang mula beroperasi pada tahun 2004 itu menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk sekitar dari pelbagai aspek seperti keselamatan, gangguan bunyi dan sebagainya.Katanya, penduduk di sekitar Taman Medan dikenakan bayaran RM 1.60 untuk melalui jalan sedia ada yang dibina JKR, sedangkan NPE hanya menaiktarafkan sahaja jalan itu. "Biasanya, tol dikenakan pada jalan baru atau lebuh raya. Ini hanyalah jalan lama yang dinaiktaraf. Kita harap dengan pertemuan positif ini akan berterusan pada 16 Mei ini supaya ia dapat mencapai kebaikan untuk penduduk, di samping tidak membebankan NPE," katanya. Sebelum ini, penduduk menuntut supaya NPE membina tembok penghadang di sepanjang jalan lebuh raya berhampiran Jalan 2, Taman Dato' Harun untuk keselamatan penduduk kerana banyak kemalangan membabitkan kereta yang menyeberang laluan di hadapan rumah penduduk. Selain itu, penduduk turut mengadu masalah bising dari kenderaan yang melalui lebuh raya itu, di samping risiko kemalangan apabila pengguna motorsikal dari arah Petaling Jaya ke Lebuh raya Persekutuan terpaksa memotong lima laluan kereta untuk ke laluan motorsikal.Dalam pada itu, Haniza turut meminta NPE mencari mekanisme terbaik bagi penduduk setempat melalui laluan alternatif seperti pusingan U, contohnya dan memberi potongan harga melalui kad 'Touch n Go' kepada pengguna yang merupakan penduduk setempat. "Jika kita lihat, penduduk di sekitar LDP boleh menggunakan laluan pusingan U. Jadi, mungkin NPE boleh pertimbangkan untuk penduduk di sini. NPE juga mungkin boleh memberi potongan harga kepada penduduk yang menggunakan NPE seperti di Jambatan Pulau Pinang, di mana penduduk yang menempah kad 'Touch n Go' akan hanya membayar sebanyak RM5 berbanding pengguna luar yang dikenakan RM7," jelas Haniza. - mks. |
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___


Kehairanan pihak NPE itu dimaklumkan Adun Taman Medan, Haniza Talha kepada wartawan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan pihak NPE, di pejabatnya di Petaling Jaya, pagi tadi.
Haniza berkata, lebuh raya yang mula beroperasi pada tahun 2004 itu menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk sekitar dari pelbagai aspek seperti keselamatan, gangguan bunyi dan sebagainya.
Selain itu, penduduk turut mengadu masalah bising dari kenderaan yang melalui lebuh raya itu, di samping risiko kemalangan apabila pengguna motorsikal dari arah Petaling Jaya ke Lebuh raya Persekutuan terpaksa memotong lima laluan kereta untuk ke laluan motorsikal.