(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)
Umno sedang ganggu pentadbiran negeri - Abu Bakar Chik
| Azamin Amin Thu | Apr 03, 08 | 8:28:47 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik mendakwa Umno kini bukan sahaja sedang mengalami perpecahan malah memecahbelahkan masyarakat serta menganggu pentadbiran lima negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkata demikian bagi mengulas masalah Jawatankuasa Keselamatan Kampung(JKKK) yang diminta meletakkan jawatan oleh Umno di Kedah. "Setiap hari ada kenyataan bekas Perdana Menteri menyatakan itu dan ini, kemudian ada bekas Menteri pula kata, bekas Perdana Menteri lebih bahaya, menyebabkan Umno kalah,dijawab pula oleh pimpinan tertinggi Umno, menunjukkan mereka tidak sepakat," katanya kepada Buletin Online. Menurut beliau, pada masa yang sama juga Umno mengatur langkah memecahbelahkan masyarakat, menganggu kerajaan dinegeri-negeri yang dikuasai oleh PR. Kata beliau gerakan memecahbelahkan masyarakat di kampung-kampung, dipercayai diketuai oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar yang baru, yang juga Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhamad Mohd Taib. Beliau berkata melalui Kementerian dan Jabatan Pembangunan Luar Bandar, Umno mengatur fitnah secara organisasi menyusahkan pentadbiran di peringkat kampung bagi negeri-negeri di bawah PR. "Umno akan mengujudkan permasalahan supaya kerajaan negeri dibawah PR dilihat tidak berupaya untuk mentadbir dengan baik," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya Negeri Terengganu. Beliau yang juga bekas anggota Exco kerajaan Negeri Terengganu berkata, Umno pernah melaksanakan dasar 'jahat' pecah dan perintah di negeri Terengganu sewaktu PAS memerintah dari tahun 1999 hingga 2004. "Kelmarin ada laporan ketua-ketua kampung di Selangor dikatakan berikrar menyokong UMNO. "Sebelum itu, ketua kampung(Penghulu) di Perak dikatakan akan meletakkan jawatan tanpa sebab,dan hari ini di Kedah, semua JKKK dan ahli Majlis Daerah, Perbandaran dan Majlis Bandaraya diarah sama," kata Abu Bakar. Beliau berkata semua peristiwa yang berlaku bukan berlaku secara kebetulan, bahkan ianya adalah satu perancangan. Beliau berkata pelantikan JKKK atau apa-apa Jawatankuasa diperingkat kampung adalah dibawah bidangkuasa kerajaan negeri. Justeru, kata beliau, tindakan Umno Kedah adalah sama sebagaimana tindakan Umno Terengganu dahulu. |

ROCKY'S BRU
Azalina punishes five states
"But (phew!) no total boycott."
Thursday April 3, 2008
Azalina: Tourism MoUs with Opposition-ruled states to be terminated
"Maybe we have to look at other venues or options. But there is no total boycott in tourism. We have to play it by ear and see what these state governments do," she added.
Azalina said industry players she met recently, including hoteliers and travel agencies, had expressed concern over tourism in Opposition-held states, given the players' huge investments, especially in Penang and Kedah.
"They hope there will not be any negative policies in these states that will affect tourism," she added.
On PKR, DAP and PAS' decision to form Pakatan Rakyat, Azalina said it would not last long given their different policies, unlike Barisan which had the same manifesto for all.
"Politics is a marriage of convenience. Politicians can say anything they want to gain the people's support.
"Maybe Pakatan Rakyat will work for a month or a year but it will break up in the end as they are too different," she added. - Cick HERE for the full story.
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
You rock. That's why Blockbuster'
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___

