(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)
chegubard
Dia sudah mula menjawab....
Nampaknya sudah panas balik...bermula dari Ahad lepas dimana secara tergesa gesa Umno (juak-juak dia) mengatur program 'terjun' Gotong Royong bersama 'Ahli Parlimen Rembau' di Taman Jasmin Senawang... mungkin ini kerana juak - juaknya yang panik melihat persiapan Ceramah Perdana Pentas Anak Muda yang menampilkan Fairus (Timbalan Ketua Menteri P.Pinang) dan Nurul Izzah (Ahli Parlimen L.Pantai).Dalam ucapanya ketika 'merasmikan surau tidak siap' itu dia menggunakan sepenuhnya untuk membelasah cheGuBard dan TauFek (Paroi). Petang sebelum program segerombolan penguatkuasa MPS juga tiba untuk menurunkan bendera keADILan yang dipasang sebagai penunjuk arah. cheGuBard terpaksa turun sendiri petang itu demi memastikan semuanya terkawal. Hujah kita ialah kenapa bendera Umno (menyambut Khairy) dibiarkan tetapi bendera keADILan diturunkan ? Penguatkuasa tersebut memohon maaf kerana katanya dia diarahkan oleh pegawainya yang menerima tekanan dari atas...!!! Dia merayu agar bendera di Trafik Light yang sudah ditanggalkan jangan dipasang semula...yang lain ok tetapi perlu segera ditanggalkan selepas program.....
Nampaknya anak kelahiran Kuwait ini sudah mula bersuara semula. Dia bersuara mungkin kerana tiada pilihan lain. Memang banyak 'version' misteri kemenangan dia.... ada yang kata undi pos...ada yang kata jumlah undi ditipu...ada pula maklumat dan gambar yang merakam bagaimana dua peti akhir masuk ke Pusat Penjumlahan dengan di iringi kenderaan yang dinaiki Menteri Besar Negeri Sembilan. Semua ini menjadi cakap - cakap bukan sahaja di Rembau tetapi di seluruh negara. Hari ini pula di Malaysiakini dia sudah mula bercakap mengenai keputusan pilihanraya. Bagus dia sudah termakan pancing untuk kembali melompat.
Ilmu tempur yang cheGuBard pelajari menerangkan betapa lawan yang melompat lebih mudah dikunci dari lawan yang bertapak dengan kedua belah kakinya ..menanti...
Seminggu ini sibuk bersama pasukan peguam untuk menfailkan petisyen pilihanraya. Alhamdunillah hari ini jam 3 petang nanti sekumpulan peguam yang diketuai oleh fima guaman Shearn Delamor & co. akan berada di Mahkamah Tinggi Seremban untuk memfailkan petisyen tersebut.
cheGuBard pula sebentar lagi akan bertolak ke Terengganu. Malam ini ada ceramah di Kemamam..mungkin akan menjawab ahli Parlimen Kemaman yang mengatakan isu babi akan jadi punca ahli parlimen Melayu bukan BN masuk BN... esok ada beberapa mesyuarat bersama jentera di Terengganu sebelum malam esok ceramah di Setiu.
Untuk yang mahu mendengar penjelasan 'Khabar dari Rembau?' boleh berjumpa di Terengganu. Pertanyaan lokasi ceramah hubungi Wan Anies 0199697474.
Jika dia berani ayuh kita berdebat....
sila klik http://edition.

Global Media Channel
| Petisyen Mempertikaikan Keputusan Pilihanraya Rembau Difailkan Hari Ini | | | |
| Written by Amin Iskandar | |
| Friday, 25 April 2008 | |
Kuala Lumpur, 25 April- Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Seremban hari ini bagi mempertikaikan keputusan pilihanraya umum ke 12 yang lalu. Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard diwakili oleh Shearn Delamore & Co mempertikaian keputusan pilihanraya di Rembau yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional yang juga menantu perdana menteri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Menurut Chegubard, perjalanan pilihanraya di Rembau berjalan dengan tidak adil dan tidak demokratik. Diantara insiden yang berlaku pada hari pilihanraya di Rembau ialah pengundi mengundi lebih dari sekali, pengundi yang berdaftar tidak dibenarkan mengundi dan pengundi yang berdaftar tidak dapat mengundi kerana namanya telah digunakan. Selain daripada itu petugas-petugas pilihanraya Pakatan Rakyat yang membantu Badrul Hisham dinafikan hak untuk mendapatkan borang 14 dikebanyakkan pusat mengundi. Ketika dihubungi, Chegubard menyatakan bahawa petisyen tersebut difailkan bagi memenuhi janji beliau kepada rakyat Rembau untuk terus berjuang sehingga keadilan ditegakkan. Kata beliau lagi, Khairy Jamaluddin sekarang sedang berada dalam ketakutan oleh kerana tahu kemenangannya disebabkan oleh penipuan dan penyalahgunaan jentera kerajaan secara berleluasa. |
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___

