[Malaysia Today] KENYATAAN MEDIA 22 Mac -BARISAN RAKYAT BERSEDIA BERKERJASAMA DENGAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

aHmadHazieq <pemudawilayah@yahoo.com> wrote:

Assalamualaikum ww dan salam sejahtera,
 
Dilampirkan kenyataan media dari YB Dr. Lo'lo' Binti Dato' Hj Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa untuk siaran dan edaran semua.
 
Sekian. Terima kasih.
 
Yang Benar,
 
Herman Samsudeen
Setiausaha Politik
Ahli Parlimen Titiwangsa
016-6781700
 
-----------------------------------------------------------------
 
 
KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TITIWANGSA
22 MAC 2008
 
BARISAN RAKYAT BERSEDIA BERKERJASAMA DENGAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
 
Tahniah kepada YB. Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan untuk penggal kedua pada sesi ini. Saya mewakili rakyat di Parlimen Titiwangsa dan Wilayah Persekutuan amnya berharap dengan perlantikan itu, Wilayah Persekutuan akan mendapat manfaat yang besar pada masa hadapan.
 
Enam Teras Strategik yang mendokong  pengukuhan dasar Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) iaitu Modal insan, Aspek ekonomi, Nilai tambah, Teknologi, Alam sekitar dan Penyertaan (MANTAP) wajar diteruskan, sesuai dengan perkiraan kerajaan dalam merealisasi agenda nasional.
 
Sehubungan dengan itu, Wilayah Persekutuan yang diwakili oleh tiga orang Wakil Rakyat dari Barisan Nasional dan 10 dari Barisan Rakyat yang dianggotai oleh ahli Parlimen PAS, PKR dan DAP perlu terus dibangunkan secara bersama.
 
Saya selaku Ahli Parlimen Titiwangsa bersedia memberikan khidmat terbaik dan bekerjasama dengan semua pihak termasuklah KWP bagi memastikan hasrat rakyat yang mahukan pembelaan dan keadilan disempurnakan.
 
Cadangan Barisan Rakyat agar Pilihanraya Majlis Tempatan dilakukan untuk memilih Datuk Bandar juga perlu diberikan perhatian serius dan dilaksanakan sebagai menghormati prinsip demokrasi yang menjadi tulang belakang kepada perlembagaan Negara.
 
Dalam masa yang sama wakil rakyat dari Barisan Rakyat, wajar diberikan keutamaan bagi menyertai Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disamping membuka ruang kepada wakil antara kaum dan juga organisasi perniagaan atau masyarakat yang sedia ada. Perkara ini penting bagi memastikan suara rakyat dapat terus di sampaikan bukan sahaja diperingkat Parlimen yang menjadi penggubal dasar tetapi diperingkat DBKL yang menjadi pelaksana dasar-dasar untuk kepentingan rakyat.
 
Saya dan rakan-rakan lain dari Barisan Rakyat bersedia untuk bertemu dengan YB. Menteri pada bila-bila masa bagi membincangkan masa depan Wilayah Persekutuan secara menyeluruh selepas ini.
 
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan berharap agar cadangan-cadangan ini dapat diambil kira bagi memastikan kelangsungan indentiti Wilayah Persekutuan yang menjadi pusat tumpuan utama dari dalam dan luar Negara.
 
Sekian. Terima Kasih.
 
YB. Dr. Lo'lo' Binti Dato' Hj. Mohamad Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa.

 
Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
Bank Islam : 14023010000110
Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
Khairil : 019-5732576 @ Hilmy : 016-2333024

Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di http://dppwp.wordpress.com












HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.

__._,_.___
Y! Messenger

Want a quick chat?

Chat over IM with

group members.

Moderator Central

Yahoo! Groups

Get the latest news

from the team.

Autos Group

on Yahoo! Groups

Discuss ways to

fix your car.

.

__,_._,___