[Malaysia Today] Presiden PAS diarak / 10,000 Iringi Dr Wan Azizah

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

Presiden PAS diarak lima ribu penyokong, Umno Marang kucar-kacir
Mohd Rashidi Hassan | Foto Nasir Sudin
Sun | Feb 24, 08 | 11:54:50 am MYT
MARANG, 24 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditentang oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato' Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi kerusi Parlimen Marang.
ImageDi kerusi Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, beliau ditentang oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Marang, Razali Idris.

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya di Pejabat Daerah Marang sebentar tadi.

Bagi kerusi Dun Alur Limbat, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, ditentang Alias Abdullah.

Di Bukit Payung, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah ditentang calon BN oleh Zaidi Muda.

ImageManakala AJK PAS Kawasan Marang, Mohd Draman menjadi calon PAS di Dun Pengkalan Berangan ditentang oleh Yahya Khatib Mohamad.

Pengundian akan diadakan 8 Mac depan.

Sebelum itu, rombongan calon PAS diarak kira-kira 5 ribu penyokong yang berhimpun sejak 7.30 pagi di Markas Besar MTD Rhu Rendang di Kampung Kijing dekat sini.

Calon-calon BN diiringi sekitar 500 orang penyokong sahaja.

Parlimen Marang mempunyai 74,813 pengundi.

Pada PRU ke-11 tahun 2004, Ustaz Hadi yang menjadi Ahli Parlimen Marang Imagesejak tahun 1990, tewas kepada Dato' Abdul Rahman Bakar dengan hanya 163 undi sahaja.

Kali ini, Rahman yang juga Ketua Umno Bahagian Marang diketepikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri Dato' Seri Idris Jusoh.

Turut diketepikan dari senarai calon BN adalah Ketua Umno Bahagian Kuala Terenganu, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Dato' Tengku Putera Tengku Awang (Hulu Terengganu) dan Dato' Rosli Mat Hassan (Dungun).

Umno Marang kucar-kacir
Rahman ketika ditemui wartawan di pusat penamaan calon mengakui bahawa ImageUmno bahagian itu berada dalam kucar-kacir kerana beliau diketepikan sebagai calon BN.

Bagaimanapun beliau menafikan berlakunya perpecahan dalam bahagian.

Rahman mengakui sehingga kini ramai ahli dan penyokong Umno memprotes tindakan Idris mengetepikan beliau.

Menurutnya bantahan berlaku bukan sahaja di Marang tetapi di seluruh negeri.

Katanya, beliau akan cuba memujuk para penyokongnya untuk menghentikan Imagebantahan kerana bimbang ianya menjejaskan peluang calon BN di Marang.

Apa yang dibimbangkan katanya, ahli-ahli dan penyokong Umno seluruh negeri membuat 'silent protes' terhadap calon-calon BN.

Beliau bagaimanapun berkata, walaupun proses memujuk ahli untuk tidak menentang keputusan menggugurkannya amat perlahan, namun yakin ianya akan dapat di atasi.

Sehingga kini difahamkan penyokong-penyokong melemparkan pelbagai kecaman terhadap Idris yang didakwa membohongi Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sehingga mengetepikan Rahman. - mks.



Sekitar Penamaan Calon: 10,000 Iringi Dr Wan Azizah

Laporan Terkini - dikemaskini 5.35pm: Gambar-gambar Penamaan Calon dari Gombak dan Bandar Tun Razak
pp2.jpg
pp11.jpg
PERMATANG PAUH: Hampir 10,000 penyokong mengiringi Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail ke pusat penamaan

Dr Wan Azizah telah menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.15 pagi di Maktab Perguruan Tengku Bainun manakala lawannya, Pirdaus Ismail menyerahkan borang pada jam 9.03 pagi.
Parlimen Gombak, Azmin Ali, Dr Hassan, Amirudin Saari & Saari Sungi. Photo by Syafiq Sunny
Di Gombak Pula, Sekurang-kurangnya 3000 orang menyertai perarakan dari Masjid Simpang Tiga Greenwood ke pusat penamaan calon di Sungai Pusu.

Bagi Parlimen Gombak, Naib Presiden KeADILan Azmin Ali ditentang oleh Said Anuar Said Ahmad dari BN manakala Di Dun Batu Caves, Calon KeADILan Amirudin Saari ditentang oleh T Mohan dari BN dan calon bebas Azmi Hussain.

Calon Pas bagi Dun Gombak Setia Dr Hasan Ali ditentang oleh Yuszahari Yusoff dari BN dan Shaari Sungib calon Pas bagi Dun Hulu Kelang ditentang Ahmad Bujang dari BN.
bandar-tun-razak-tan-sri-khalid.JPG
Bandar Tun Razak, Setiausaha Agong KeADILan Khalid Ibrahim diiringi 500 orang ke pusat penamaan calon.



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.

__._,_.___
Recent Activity
Visit Your Group
Get in Shape

on Yahoo! Groups

Find a buddy

and lose weight.

Y! Groups blog

the best source

for the latest

scoop on Groups.

Dog Groups

on Yahoo! Groups

Share pictures &

stories about dogs.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment