[Malaysia Today] Percukaian Dalam Negara Kebajikan / Kelantan BN pledges to reduce taxes

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


Agenda Negara Kebajikan

Percukaian Dalam Negara Kebajikan

Adalah begitu tidak tepat menyebut bahawa Negara Kebajikan adalah negara bercukai tinggi, sebaliknya Negara Kebajikan adalah negara bercukai adil. Di Malaysia sistem percukaiannya sememangnya tidak adil sehingga fenomena golongan kaya bertambah-tambah kaya, manakala golongan miskin bertambah-tambah miskin. Berdasarkan laporan Malaysian Business tentang senarai golongan terkaya, 40 orang terkaya di Malaysia memegang aset sebanyak RM162.66 bilion. Jika dibandingkan dengan anggaran GDP Malaysia 2007 sebanyak RM 1152.5 bilion, maka aset 40 golongan terkaya di Malaysia ini adalah sekitar 14 % daripada pendapatan negara. Jurang pemisahan kaya miskin seperti ini merupakan faktor yang kritikal boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam negara.

Dalam sebuah Negara Kebajikan struktur percukaian dilaksanakan untuk memberi keadilan kepada rakyat keseluruhan di samping tidak menghalang golongan kaya meneruskan kegiatan ekonomi mereka. Prinsip yang utama dalam konteks sistem percukaian dalam sebuah Negara Kebajikan ialah percukaian yang adil dan saksama. Prinsip percukaian seperti ini diterjemahkan melalui agenda-agenda percukaian seperti berikut:

1. Mengenakan cukai perseorangan berdasarkan taraf hidup yang diukur dengan kayu ukur yang munasabah. Kayu ukur ini seharusnya dikaji dari masa ke semasa supaya benar-benar menepati situasi sebenar taraf hidup rakyat. Dalam ekonomi Islam sistem zakat menunjukkan satu kaedah yang praktikal apabila kadar nisah harta kekayaan itu berpandukan kepada nilai emas yang sentiasa berubah. Bagi golongan terkaya potongan cukai mereka adalah lebih tinggi tetapi tidaklah sehingga mereka dizalimi.

2. Mengelakkan cukai yang bertindih melalui sistem pungutan cukai yang disatukan. Dengan cara ini akan mengelakkan rakyat terbeban dengan pelbagai cukai yang sebenarnya tidak perlu dikenakan sekiranya pengurusan itu disatukan. Sebagai contoh di Malaysia, cukai pintu yang dikutip oleh pihak berkuasa tempatan tidak melibatkan cukai pembentungan sedangkan ia boleh disatukan sekiranya tidak berlaku penswatsaan kepada sistem pembentungan tersebut. Demikian juga dalam sektor pengangkutan, rakyat dikenakan cukai jalan dan pada masa yang sama dikenakan cukai (tol) semasa kereta berjalan di Lebuhraya.

3. Meminimakan cukai kepada barangan keperluan asasi dan memaksimakan cukai kepada barangan aksesori mewah. Dengan pelaksanaan dasar seperti ini maka dengan sendirinya barangan keperluan asas dapat dibeli dengan lebih murah sebaliknya sejumlah pendapatan dapat dikutip daripada golongan berada apabila mereka membeli barangan-barangan mewah. Sebagai contoh sebarang bentuk cukai atau duti perlu diminimakan bagi rakyat yang hendak membeli rumah pertama kerana itu adalah keperluan asasi mereka, tetapi apabila ada rakyat mula membeli rumah kedua dan ketiga maka cukai maksima yang berpatutan boleh dikenakan.

4. Mengelakkan cukai berulang kepada barangan-barangan terpakai yang digunakan semula demi mengalakkan penggunaan sumber secara berhemah. Sebagai contoh apabila seseorang hendak menjual apa sahaja barangan yang bercukai semasa dibeli dahulu, kegiatan penjualannya dan pendapatan daripada jualannya dikecualikan cukai. Dasar seperti ini sebenarnya memberi ruang kepada rakyat yang tidak berada untuk memiliki barangan mewah dengan harga yang murah dan berkualiti walaupun barangan itu dalam kategori barangan terpakai.

5. Mewujudkan sistem pengembalian lebih cukai kepada rakyat seperti menurunkan kadar cukai pada tahun kewangan berikutnya apabila perbelanjaan tahunan kerajaan menunjukkan lebihan. Sebagai contoh pihak Kerajaan Tempatan seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menurunkan kadar cukai pintu pada tahun 2008 setelah perbelanjaan MBSA pada tahun 2007 menunjukkan lebihan. Yang berlaku di Malaysia kesemua sektor awam akan cuba menghabiskan peruntukan kewangan tahunannya sebelum tahun baru sehingga kadang-kadang berlaku pembaziran seperti deligasi melancong, majlis makan malam dan lain-lain. Kesemua pembaziran ini sepatutnya tidak berlaku kerana ia melibatkan wang pembayar cukai.

6. Yang paling penting ialah golongan pembayar cukai mempunyai akses untuk mengetahui ke mana hasil kutipan cukai mereka dibelanjakan sama ada pihak Kerajaan Pusat, Kerajaan Tempatan dan lain-lainnya. Perkara yang terpenting dalam aspek ini ialah golongan pembayar cukai diberi hak untuk mengetahui maklumat yang telus tentang perbelanjaan hasil pungutan cukai mereka. Sehubungan dengan itu perlu ada badan bebas sama ada media atau sivil society yang boleh menyalurkan maklumat perbelanjaan hasil cukai ini.

Melalui pelaksanaan dasar percukaian seperti ini, maka adalah tidak tepat tanggapan bahawa dalam sebuah Negara Kebajikan cukai yang dikutip akan melambung tinggi, sebaliknya kemungkinan kadar cukai itu akan lebih rendah. Yang penting sistem percukaian adalah satu wasilah untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang bersih, telus dan amanah. Hari ini Malaysia merupakan antara negara yang mengenakan cukai yang agak tinggi, tetapi menafaat yang diperolehi rakyat hasil pungutan cukai sangat minima. Berlaku ketirisan yang amat sangat terhadap hasil pungutan cukai, sedangkan golongan pembayar cukai dinafikan hak mereka untuk mengetahui ke mana hasil cukai mereka dibelanjakan.



Cakap Tak Serupa Bikin

Kelantan Election News

Kelantan BN pledges to reduce taxes

In the supplementary manifesto for the state, BN is pledging to lower assessment rates and quit rent, and abolish minor taxes on petty traders.

These are among the pledges in Kelantan Barisan Nasional's supplementary manifesto to be unveiled tomorrow.

State BN chief Datuk Seri Annuar Musa said the manifesto would not only address the needs and problems of the rakyat but also focus on good governance.

"Sometimes the thinking that raising taxes would fatten the state coffers is not right. Instead, we must be creative."

He said the manifesto would not only offer mega, iconic projects like the new state mosque and stadium, it would also touch on the daily issues which had direct impact on the people, especially the lower income group.

Analysis:

Do you believe this? I don't! Look at every state which is under the control of Barisan Nasional.

Look at Selangor who had raise the assessment tax and quit rent over the last 4 years. The state had in fact added a few more other taxes to increase the state revenue in view of the overspending by the councillors who made overseas trip to study toilet in Mauritius, watch belly dancing in Egypt and visited toilets in China.

Look at Terengganu; the BN took control of the state 4 years ago and did you hear of any quit rent and assessment tax being lowered? If they can't do this for the states they are in control, how then? They may do it in Kelantan to fulfill their promise, only to be creatively reconstructed the tax in another form or structure. PAS vice president Datuk Husam Musa said the Barisan Nasional wanted to capture Kelantan because of the oil supply base off Kuala Besar and a natural gas landing terminal near the JDA area. The oil reserves on the PM301 Block could last seven generations and bring huge development funds to Kelantan.




HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.

__._,_.___
Recent Activity
Visit Your Group
Y! Messenger

Instant smiles

Share photos while

you IM friends.

Curves on Yahoo!

A group for women

to share & discuss

food & weight loss.

How-To Zone

on Yahoo! Groups

Find garden, home

& auto groups.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment