(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
SIASAH
Perantau lancar rayuannya Sabtu ini
KUALA LUMPUR , 27 Feb: Persatuan Anak Terengganu di perantauan (Perantau) akan melancarkan rayuan pilihan raya mereka pada hari Sabtu 1 Mac jam 3 petang di Hotel Plaza, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, semua anak Terengganu yang berada di Kuala Lumpur dan sekitarnya dijemput untuk menyertai majlis ini sambil minum kopi dan bersembang politik menjelang pilihan raya umum nanti.
"Rayuan itu berupa buku kecil yang akan diberikan kepada semua anak Terengganu khasnya yang berada di perantauan agar pulang mengundi 8 Mac nanti dengan selamat," kata Shuhaimi Embong, Setiausaha Perantau.
Sesiapa yang berminat sila hubungi telefon 03-40445868 (Nadiah) atau nombor telefon 03-40253142 (Dang Fatiha) atau SMS sahaja ke nombor 019-3824134 untuk pengesahan kehadiran.

Pembangunan Terengganu banyak di tepi jalan utama sahaja
| Abdul Halim Mohd Rashid Wed | Feb 27, 08 | 2:55:20 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 27 Feb (Hrkh) - Pembangunan Terengganu hanya nampak di tepi-tepi jalan utama sahaja, Kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. ![]() "Itu pun tidak menyeluruh. Lebih buruk lagi, kalau kita pergi ke belakang sedikit dari kawasan- kawasan di tepi jalan besar atau laluan utama negeri itu, kita akan nampak kemiskinan rakyat. "Pemandangan di kawasan-kawasan tersebut tidak banyak berbeza dengan pemandangan kawasan-kawasan miskin di Sabah," katanya. Beliau juga mengecam sikap kerajaan Terenganu yang terus membisu mengenai hakikat bahawa negeri itu adalah yang kedua paling banyak isi rumah termiskin selepas Sabah. "Inilah akibatnya apabila Terengganu tidak diperintah oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat, sebaliknya diperintah oleh (menantu Perdana Menteri) Khairy (Jamaluddin) dan sahabat karibnya, Patrick Lim seperti yang didedahkan oleh (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad)," kata beliau. Beliau juga menceritakan keluhan seorang rakyat Terengganu yang berkata: "Kalau nak tengok 'habuan' yang rakyat dapat bila Khairy memerintah, datanglah ke Terengganu. Sakit hati kami!" Kroni-kroni Perdana Menteri itu hanya mementingkan keuntungan mereka sahaja, kata Mohamad Sabu. "Mereka enggan laksanakan projek-projek yang boleh dimanfaatkan oleh golongaan miskin. Kalau ada pun yang mereka dakwa boleh dimanfaatkan oleh rakyat miskin, ia hanya setakat menjadi kuli mereka sahaja," katanya. Beliau sekali lagi menyeru rakyat Terengganu supaya memastikan Barisan Nasional tidak menang lagi Terengganu. "Kalau BN menang lagi, siapa boleh menafikan bahawa pemerintahan negeri itu akan terus diserahkan kepada Khairy dan Patrick? "Kalau rakyat Terengganu mahu menelan air liur sahaja melihat projek-projek mewah untuk kepentingan perniagaan Khairy dan Patrick yang tidak mampu dikongsi oleh mereka, undilah BN," katanya |

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___




No comments:
Post a Comment