(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
husammusa.com
| Pak Lah musnahkan kepercayaan rakyat Husam |
NAIB Presiden PAS, Dato, Hj Husam Musa menyifatkan tindakan Presiden UMNO menipu seluruh rakyat Malaysia mengenai tarikh pembubaran parlimen sebagai tindakan memusnahkan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin negara. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas di pejabatnya selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran parlimen di Putrajaya. Menurut Husam, tindakan Abdullah itu jelas mengambarkan bahawa beliau seorang yang tidak konsisten dalam membuat keputusan dan ianya memberi petanda bahawa negara berada dalam bahaya jika terus dipimpin oleh seorang yang tidak ada pendirian dan suka berbohong. "Pilihanraya bukan satu perkara main-main dan tidak seharusnya seorang Perdana Menteri menjadikan tarikh pilihanraya sebagai satu bahan jenaka," tegas Husam. Sehubungan dengan itu beliau menyeru agar seluruh rakyat Malaysia melihat tindak tanduk Abdullah itu sebagai satu isyarat bahawa Abdullah seorang yang tidak sensitif dengan perkara-perkara serius. "Rakyat Malaysia perlu menolak pemimpin yang berbohong dan tidak serius dan perlu juga menolak parti yang memiliki pemimpin seumpama ini," tegas beliau lagi. Semalam, Abdullah menafikan bahawa parlimen akan dibubarkan hari ini malah beliau menganggap itu semua hanya khabar angin. Abdullah secara berseloroh menyebut, "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen,". Abdullah juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan. Sambil ketawa ketika diajukan soalan sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini, Perdana Menteri berkata, mesyuarat mingguan Kabinet akan tetap diadakan seperti biasa hari ini. "Apa yang menyebabkan anda berfikir mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir? Mesyuarat Kabinet ada lagi... ada lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus universiti itu, semalam. Semua akhbar tempatan hari ini telah menyiarkan berita penafian Abdullah berhubung tarikh pembubaran parlimen itu. Tidak sampai 24 jam selepas membuat kenyataan tidak akan membubarkan parlimen, Abdullah hari ini membuat kenyataan bahawa parlimen dibubarkan. |

Anwar Ibrahim
Video: Ceramah Perdana DSAI di Bandar Tun Razak - 17-02-08
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___


No comments:
Post a Comment