[Malaysia Today] Kriteria Calon BN / Benarkan Anwar Bertanding

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


CINA ISLAM

Kriteria Calon BN : Pak Lah Kelirukan Rakyat

Pilihanraya tersangat dekat dirasakan. Kehangatannya terasa sangat disemua peringkat samada pemimpin ataupun rakyat. Teka teki mengenai tarikh PR antara yang hangat diperbincangkan, selain itu hangat diperkatakan mengenai calon-calon yang akan dipertandingkan.





Pak Lah dipetik berkata, Barisan Nasional (BN) hanya akan meletakkan calon yang berwibawa, bersih dan bersedia berkhidmat untuk rakyat pada pilihan raya umum ke-12 ini. Katanya lagi , beliau juga mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen."Kriteria yang saya tetapkan adalah lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri atau pemimpin-pemimpin lain," katanya.

Kita ingin bertanya dan menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai yang kononnya Pak Lah ada kriteria tersendiri dalam memilih calon. Adakah kriteria yang disebutkan oleh Pak Lah khususnya untuk calon-calon UMNO sangat luar biasa dari PR sebelum dari ini? Realitinya disemua tempat kita telah mendengar desas desus siapakah calon-calon BN. Antaranya Di Kuala Kangsar, siapa yang tidak kenal dengan bakal calonnya yang terlibat dengan rasuah melampau. Begitu juga di Kelantan Ketua UMNO nya yang terlibat dengan wang PPRT jutaan ringgit pastinya akan dipilih oleh Pak Lah. Inikah kretiria bersih yang Pak Lah maksudkan. Terkejut "biawak"lah semua rakyat Malaysia.

Yang pasti setelah berlalu sudah 11 PR yang lepas semua yang terpilih kebanyakannya "kaki rasuah", " ahlul maksiat" dan sebagainya perbuatan yang bercanggah kerja buatnya dengan Al Quran dan Sunnah. Walaupun tidak dinafikan ada segelintir kecil yang baik namun perlu ditegaskan kerana acuan UMNO itu tidak baik semuanya jadi tidak baik.

Kenyataan Pak Lah dilihat sengaja untuk mengelirukan rakyat bagi mengelabui mata rakyat yang nampak dengan segala kepincangan yang dilakukan oleh pemimpin BN dan UMNO, mata rakyat sangat terang dan bersuluh. Apa lagi yang diharapkan dari semua calon-calon BN yang akan dikemukakan? yang pasti yang terpilih akan bersiap untuk menzalimi rakyat Malaysia.

Kita tunggu dan lihat siapakah calon-calon BN, dan saya yakin semua akan tergelak dengan kriteria yang Pak Lah maksudkan.......

JOM BERSIH!!!                                                                  bersih.org/



PM harus Membenarkan Anwar Bertanding

Kuala Lumpur, 31 Jan - Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim, pada hari ini menyeru Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk menetapkan tarikh penamaan calon pada 15hb April atau kemudian, supaya Ketua Umum KeADILan Dato Seri Anwar Ibrahim dibenarkan melaksanakan hak asas politik beliau.

Beliau berkata Anwar sudah lama menjadi mangsa ketidakadilan sejak sabitan pertama beliau pada 14hb April 1999. "Kedua-dua sabitan beliau telah dikutuk dengan meluas sebagai bertujuan politik, akibat perbicaraan yang cacat dan tidak adil," kata Khalid. "Akibatnya, hukuman selama enam tahun di penjara Sungai Buloh merupakan penahanan bersifat politik."

Khalid berpendapat bahawa bukti penyelewengan yang melibatkan pihak-pihak terlibat dalam rayuan Anwar membuktikan kemungkinan Dr Mahathir mengarahkan penahanan Anwar. "Mereka ini tidak mungkin menjalankan tugas dengan bebas kerana mereka telah mengkompromi kedudukan sendiri," kata beliau.

KeADILan tidak membantah tarikh pilihanraya yang awal, Khalid berkata, tetapi jika ia diadakan sebelum 15hb April, hak Anwar untuk bertanding akan dilucutkan sekali lagi—seperti apa yang berlaku dalam pilihanraya umum 1999 dan 2004.

"Jika Dato' Seri Anwar benar-benar tidak lagi relavan dalam politik Malaysia sepertimana yang dikatakan oleh pihak-pihak tertentu, maka tidak patut ada sebarang keengganan untuk melambatkan pilihanraya selama sebulan untuk membolehkan beliau untuk bertanding," kata beliau lagi.

Khalid menegaskan hak rakyat Malaysia untuk mendengar idea dan cadangan reformasi yang disokong oleh Anwar dan KeADILan. "Keputusan untuk bersetuju atau tidak sepatutnya diletak dalam tangan rakyat," kata beliau. "Pertempuran idea yang adil patut dibenarkan untuk manfaat negara Malaysia dan masa depannya."

Beliau juga menyeru Perdana Menteri Abdullah untuk memastikan bahawa tuntutan-tuntutan BERSIH untuk mereformasi pilihanraya dilaksanakan sebelum pilihanraya umum diadakan. Gabungan parti politik dan badan bukan kerajaan tersebut telah menuntut untuk penggunaan dakwat, pembatalan undi pos untuk ahli polis dan pasukan keselamatan, pembersihan daftar pemilih, dan pembukaan media arus perdana kepada semua pihak.

Apabila disoal mengenai kebolehan Anwar bertanding dalam pilihranraya nanti, Khalid menjawab bahawa kerajaan menyekat keupayaan KeADILan untuk memilih wakil rakyat yang terbaik.

"Walaupun Perdana Menteri berkata bahawa pilihanraya adalah terbuka untuk semua, mereka masih ingin menyekat kebolehan Dato' Seri Anwar untuk bertanding dengan mengadakan pilihanraya pada tarikh yang awal sebelum beliau dapat bertanding."

"Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang individu di Malaysia yang dikatakan sebuah demokrasi berhak untuk bertanding. Mengapa rakyat tidak diberi peluang memilih pemimpin yang terbaik?"


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.

__._,_.___
Y! Messenger

Want a quick chat?

Chat over IM with

group members.

Yahoo! Groups

Latest product news

Join Mod. Central

stay connected.

Cat Fanatics

on Yahoo! Groups

Find people who are

crazy about cats.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment