(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
aHmadHazieq <pemudawilayah@
Pemimpin BN akan buat rusuhan kalau Pembangkang Menang Kali Ini
Oleh HermanSamsudeen
Usaha memburukkan pembangkang semakin memucak kini. Faktor-faktor ketidakstabilan negara mula dicanang bagi menakutkan rakyat. Rata-rata pemimpin Barisan Nasional kini memberikan gambaran buruk terhadap masa depan negara dibawah pakatan Pembangkang.Najib Razak dalam kebanyakkan ucapannya menghasut rakyat agar menolak Pembangkang untuk mengelakkan huru hara dan kebangkrapan negara. Selain itu, rangkaian jentera Pemuda dan wanita juga membawa suara dan ancaman yang sama.
Negara digambarkan dalam situasi gelap sebagaimana usaha BN ketika cuba menentang arus kebangkitan rakyat dalam menyokong PAS pada pilihanraya 1990 di Kelantan.
Pada waktu itu, BN memomokkan bahawa rakyat akan kelaparan dan ekonomi tidak berkembang jika PAS menang. Akibatnya, ketika PAS menang berduyun-duyun orang dari luar datang dan membawa bekalan makan untuk rakyat Kelantan yang akhirnya membuatkan mereka tergelak besar kerana rakyat Kelantan pada masa itu tenang dan hidup sejahtera dibawah PAS.
Tiada masalah kebuluran atau kemandoman ekonomi sebagaimana yang dicanangkan sebelumnya. Kerajaan PAS yang memerintah Kelantan selama 18 tahun telah berjaya mengangkat ekonomi Kelantan dan meletakkan ditempat yang lebih baik dari pemerintahan Umno.
Akaun Kerajaan Kelantan dibawah PAS semakin baik walau pun Kerajaan BN yang menguasai Persekutuan sering menghantar peruntukkan tahunan diluar jadual yang ditetapkan. Kadang kala peruntukkan yang seharusnya diberi pada bulan Januari, hanya diterima pada bulan Disember.
Walaupun begitu taraf hidup rakyat dapat diperbaiki dan Kelantan kini telah melonjak naik dari tangga pertama negeri termiskin kepada tangga ke enam yang mana Terengganu yang kini dikuasai semula oleh BN mengambil takhta sebagai negeri termiskin di Semenangjung Malaysia kini.
Corak pemerintahan yang berhemah ini menakutkan BN kerana mereka memerintah penuh dengan salah guna kuasa.
Oleh itu, ancaman berlakunya rusuhan atau keadaan tidak stabil mungkin benar tetapi yang melakukannya adalah mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin BN yang menjadi pembangkang di DUN Kelantan sering merusuh malah pernah melakukan provokasi untuk bergaduh dalam persidangan Dewan.
Sikap biadap pemimpin BN ini harus disanggah oleh rakyat dengan menyatakan undi mereka kepada rangkaian Parti Pembangkang yang diketuai oleh PAS. Inilah masa, inilah waktunya untuk rakyat membuat penilaian tepat dan memperbetulkan kesilapan kerana terlalu banyak memberikan peluang kepada BN yang menipu dan terus menipu rakyat.

Wilayah Persekutuan Negeri Pertama Umumkan Calon PAS
Oleh HermanSamsudeen

Kuala Lumpur, 20 Februari : PAS Wilayah akhirnya memulai langkah, mendepani semua negeri dan parti-parti Barisan Nasional dan secara rasminya mengumumkan 3 calon yang akan membawa panji PAS pada pilihanraya ke-12 ini.
Peristiharan itu dilakukan lewat malam tadi oleh Presiden PAS sendiri, Tuan Guru Dato Seri Abd Hadi Awang, di Markas PAS Titiwangsa.
HJ. Mohamad Noor Mohamad yang sebelum ini bertanding di parlimen Titiwangsa bertukar ke Parlimen Putrajaya. Tempat beliau digantikan oleh AJK PAS Pusat yang juga Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa, Dr. Lo'lo Dato' Hj. Ghazali. PAS Labuan pula diwakili oleh Sdr. Matusin Abd Rahman, iaitu YDP PAS Labuan.
Lebih 2000 penyokong Barisan Alternatif membanjiri Markas PAS Titiwangsa untuk melihat sendiri calon-calon PAS Wilayah Persekutuan. Para petugas PAS Wilayah Persekutuan kini berada dalam tahap terbaik untuk memberikan saingan sengit kepada Jentera Barisan Nasional dalam Pilihanraya kali ini.Sebelum pengistiharan calon, Presiden telah melancarkan T-Shirt rasmi Petugas PAS dengan memakaikannya kepada seorang petugas berbangsa India, Sdr. Rama yang secara simboliknya menunjukkan sokongan padu kepada PAS walaupun berbeza agama, tetapi satu matlamat.

Presiden dalan ucapan beliau, menekankan bahawa semua pihak kini mengharap Keadilan, Kesejahteraan dan inginkan negara ini diperintah dengan sebaiknya oleh pemimpin yang jujur. Dan pemimpin-pemimpin PAS adalah alternatif kepada pemimpin korupsi yang saban musim mewakili BN.
PAS akan bertanding di lebih 60 kerusi parlimen dan semua jentera PAS kini diminta untuk melipatkan gandakan gerak kerja kempen bagi memastikan rakyat dapat menerima maklumat yang betul terhadap isu-isu semasa.
Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUANBank Islam : 14023010000110
Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
Khairil : 019-5732576 @ Hilmy : 016-2333024
Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di http://dppwp.
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___


No comments:
Post a Comment