(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
Puteri sulung Anwar, Izzah berdepan Sharizat di Lembah Pantai
| Roy Rasul | Foto Nina Yus Sun | Feb 24, 08 | 6:43:59 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Kerusi P.121 Lembah Pantai menjadi tumpuan anak-anak muda dan pihak media dalam penamaan calon yang mempertaruhkan puteri sulung Dato' Seri Anwar Ibrahim, iaitu Nurul Izzah, 28, yang mewakili parti KeADILan untuk melawan calon Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Sharizat dan calon bebas Periasamy A/L Nagartham. ![]() Berpuluh-puluh wartawan dan juru gambar membuat liputan di tempat berkenaan beserta kira-kira seratus anggota polis berkawal di tempat berkenaan. Seawal 8.00 pagi, penyokong-penyokong Suasana menjadi tambah meriah apabila Nurul tiba di pusat penamaan calon tersebut kira-kira jam 9.00 pagi. Nurul yang berkebaya labuh berwarna 'silver' serta berbunga-bunga kecil hitam dan bertudung diiringi suaminya Raja Shahrir Raja Salih, bapanya, Anwar dan adik-adiknya. Bagaimanapun mereka semua tidak masuk ke dewan tetapi berada bersama-sama kira-kira 500 penyokong. Nurul masuk ke dewan diiringi seorang peguam, Edmund Bon, penyokongnya, Md Zamir Tasi dan pencadangnya, Norleha Ghani. Proses penamaan calon mengambil masa hampir tiga jam kerana berlaku dua bantahan. Bagaimana Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Najib Muhamad berkata kedua-dua bantahan ditolak. Apa yang menarik perhatian, Nurul yang sentiasa tersenyum dicium oleh Shahrizat bagaikan seorang ibu dan anak selepas diumumkan namanya sebagai calon di Lembah Pantai oleh pegawai SPR di luar dewan. Suasana bertambah gamat apabila Nurul berjalan keluar dewan sebaik saja proses penamaan calon selesai. Laungan "takbir", "Nurul, Nurul", dan "reformasi" bergema ketika Nurul berjalan menuju kepada penyokongnya yang berada di jalan raya sebelah kanan dewan. Beliau disambut oleh bapa dan suaminya yang menantinya tanpa berganjak sejak awal hingga selesai proses penamaan calon. Sementara itu penyokong BN yang berkumpul di kiri dewan lebih banyak menyanyi lagu 'Inilah Barisan Kita' semasa mereka menanti Shahrizat. Jumlah penyokong BN hampir sama dengan penyokong Nurul. Nurul yang ditemui di komplek tersebut berkata beliau akan memfokus kepada perjuangan nasib rakyat di Lembah Pantai. "Sebagai seorang anak muda yang dilahirkan di Universiti Hospital, Petaling Jaya dan dibesarkan di sini dan sekarang dapat cahaya mata yang akan dibesarkan di kawasan ini, saya amat prihatin dengan kehidupan rakyat di sini," katanya. Katanya, beliau bercita-cita untuk perjuangkan nasib rakyat bagi memastikan jurang ekonomi yang wujud secara jelas di Lembah Pantai. Katanya, pembangunan yang berlaku di kawasan tersebut tidak mengambil kira mereka yang berada di bawah paras kemiskinan. Sementara itu, Anwar yang sampai ke kompleks itu pagi tadi setelah menemani isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ke Permatang Pauh, Pulau Pinang semalam berkata, beliau bersyukur kerana anaknya komited dalam perjuangan biarpun terpaksa menghadapi risiko yang amat perit, lebih-lebih lagi dalam negara seperti Malaysia ini. "Saya berbangga dan akan cuba memberi pandangan," katanya setelah Nurul bersetuju untuk menjadi calon. Katanya, beliau tahu BN akan menggunakan jentera kerajaan, membuat penipuan dan sebagainya untuk menang. Namun katanya isu yang dibawa bukan soal nasi lemak dan minuman percuma tetapi masalah seperti perumahan rakyat, pengangguran, masalah harga barang, masalah majoriti penduduk miskin di Lembah Pantai yang perlu difikirkan. Mengulas mengenai, persetujuan anaknya menjadi calon untuk Lembah Pantai, beliau berkata anaknya itu dilahir, dibesarkan dan bersekolah di Lembah Pantai. Sementara itu suaminya, Raja Shahril berkata, sebagai suami beliau berbangga dan akan memberi sokongan dan semangat kepada Nurul. Malah katanya, beliau akan turut bertungkus lumus berkempen secepat mungkin. Katanya walaupun sebelum ini beliau keberatan untuk melepaskan Nurul bertanding tetapi atas pemintaan penyokong-penyokong beliau melepaskannya. "Sebenarnya selama tiga hari berfikir baru saya membuat keputusan untuk membenarkannya, "Ini kerana kita mengambil mandat rakyat bukan soal untuk mendapat pulangan, dan apa-apapun pengorbanan perlu difikir secara serius. Beliau akan cuba memberi manfaat sebaik mungkin kepada rakyat," katanya. - mns |

BERSIH
Lembah Pantai: Holiday trips, cash for residents
Malaysiakini
Syed Jaymal Zahiid | Feb 21, 08
Syed Jaymal Zahiid | Feb 21, 08
Kuala Lumpur PKR youth chief Md Zaman Md Tasi claimed that about 30 resident association chairpersons in the area have been offered generous 'goodies' by Shahrizat who is also women, family and community development minister.
He alleged that holiday packages to various destinations like South Korea, China and Indonesia have been offered.
"She claimed that her voters are loyal to her. Of course they are when you keep handing out goodies every time elections near," said Zaman.
Zaman claimed he found out about the matter through one resident association chairperson who was supposedly offered the trip but had refused to take it as the person felt it was unethical to do so.
He informed Zaman that a staff from Shahrizat's office in Bangsar Utama known only as 'Ani' had contacted him numerous times to offer him the trip.
No housing for squatters yet
Sri Pahang flats area in Bangsar Utama residents also told Malaysiakini that the Lembah Pantai MP has been handing out gift hampers and cash amounting to RM50-RM100.
Residents say the gift hampers and cash were meant for senior citizens and the physically challenged in the area.
"She would always come down here during the festive season and provide the residents with gifts, especially for senior citizens," said a senior citizen who declined to reveal her name.
Zaman felt that the poor residents in Lembah Pantai have hidden grouses but were afraid to voice their concerns against the BN government.
"Like the squatters in Pantai Dalam, they have been promised proper housing for so long by Shahrizat but untill now, no proper housing have been provided. They dare not say anything for fear that if they do so, they will be denied of their houses", he said.
Zaman also said that Shahrizat have brought development in the constituency only for the well-to-do and not the poor. He argued that the poor are only loyal to her because of her hand-outs.
The Lembah Pantai constituency is a Malay-majority area with 53.2 percent followed by Chinese 25.7 percent and Indian 20.1 percent.
Shahrizat has been the incumbent for the Lembah Pantai for three terms. She is expected to face Puteri Reformasi Nurul Izzah Anwar in the March 8 polls.

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___



Berpuluh-puluh wartawan dan juru gambar membuat liputan di tempat berkenaan beserta kira-kira seratus anggota polis berkawal di tempat berkenaan.
Beliau disambut oleh bapa dan suaminya yang menantinya tanpa berganjak sejak awal hingga selesai proses penamaan calon.
No comments:
Post a Comment