(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
BuletinOnline
Lima petugas pemuda PAS diancam tembak Oleh Bekas Speaker DUN Terengganu

(Foto: Selepas membuat laporan di Balai Polis KT)
Kuala Terengganu, 14 Feb Ketika sedang bertugas memasang bendera di Kampung Nibong Atas, dekat sini, lima orang pemuda PAS telah diancam tembak dengan senapang patah oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato' Che Mad Jusoh.Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 pagi, dihadapan rumah Dato' Che Mad, yang bernombor Lot 1396, Kg Nobong Atas, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu. Lima pemuda yang terlibat adalah Muhammad Zulkifli bin Zakaria, 21, Mohd Faiz Ashraff Bin Ramly, 21, Abdul Rizuan Bin Abd Rahman, 18, Mohd Shukry Bin Md Jusoh, 21 dan Mohamad Zamani Bin Omar, 25, kesemuanya dari PAS Cawangan Kampung Nibong.
Mereka memulakan tugas menaikkan bendera di kawasan kampung sekitar jam 1.00 pagi. Apabila sampai di hadapan rumah Dato' Che Mad, mereka cuba memanjat tiang telefon untuk mengikat bendera ditiang tersebut. Sebelum sempat bendera ditegakkan, tiba-tiba Dato' Che Mad keluar dari rumah dan memarahi mereka.
Dato' Che Mad mengugut dengan berkata "jangan melampau, kang boleh susah kang!", dengan maksud untuk menghalang para pemuda PAS menaikkan bendera diatas tiang telefon yang berada ditepi jalan utama diluar pagar rumahnya.
"Kami tidak jadi meneruskan niat, mengumpulkan semua bendera dan peralatan, berkira-kira untuk beredar dari situ segera" jelas Mohd Faiz.
Walaubagaimanapun belum sempat para pemuda tersebut beredar, selepas masuk kedalam rumahnya beberapa ketika, Dato' Che Mad muncul dengan selaras senapang patah.
"Dia mengacukan senapang kepada kami sambil memasukkan peluru" tambah Mohd Faiz dan rakan-rakanya kepada BuletinOnline didalam sessi temubual di Pejabat Perhubungan PAS, pada petang ini.
Dato' Che Mad mengacu senapang patah kearah pemuda tersebut sambil membuat ancaman dengan berkata "mu letak lah! Aku tembak kang!" , dengan maksud sekiranya para pemuda tersebut meletakkan bendera di hadapan rumahnya, dia akan menembak mereka.
"Kami terkejut, dan saya terus lari" kata Muhammad Zulkifli.
Sehubungan dengan itu, mereka telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 6.00 petang tadi.
Saudara Wan Faizul, Setiusaha Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu ketika dihubungi Buletin Online merasa kesal atas apa yang berlaku. Selain itu, dia juga merasa amat pelik dengan tingkah laku pemimpin UMNO itu yang mengambil jalan 'perbalahan dan peperangan' dalam masa semua pihak menghargai dan menghormati demokrasi.
"Pilihanraya adalah demokrasi, semua parti berhak menegakkan syiar masing-masing. Perbuatan menggunakan senjata api, mengugut dan mengancam para petugas demokrasi adalah umpama 'pengganas'" jelas Wan Faizul.

MBKT mengamuk, cabut bendera PAS
| Abdul Aziz Mustafa Thu | Feb 14, 08 | 10:38:43 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) - Seperti biasa, setiap kali pilihan raya diskriminasi agensi-agensi kerajaan terhadap parti-parti pembangkang bermaharajalela. ![]() Menurut blogger Amdang 81 (amdang81.blogspot. Bila ditanya mengapa bertindak demikian, MBKT memberi alasan bahawa PAS tidak bertanding di DUN Bandar, jadi tidak boleh dipasang bendera parti yang tidak bertanding. "Alasan budak tadika dari Datuk Bawasir. Parlimen Kuala Terengganu akan diwakili oleh Mat Sabu dari PAS. DUN Bandar terletak dalam Parlimen Kuala Terengganu. Senyap dia," kata Amdang 81. Menurut beliau, bila disoal mengapa bendera Umno boleh dipasang sedangkan Umno tidak bertanding satu kerusi pun di Malaysia ini, maka diberi alasan Umno parti berdaftar dan kompenan Barisan Nasional. Beliau juga menceritakan tentang pesanan SMS yang diterimanya seawal jan 5.30 pagi. SMS itu mendakwa, " "Datuk Che Mat Jusoh acu senapang kepada petugas PAS yang pasang bendera dekat jalan depan rumah dia tadi!" Selepas itu, kata Amdang 81, beliau mendapat satu lagi mesej SMS yang mendakwa "Datuk Che Mat Jusoh mengamuk dan acu senapang kepada petugas PAS yang pasang bendera depan rumah dia. Tension la tu sebab tak leh jadi calon Batu Buruk". |
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___




No comments:
Post a Comment