[Malaysia Today] 238 bekas Umno terima sijil Ahli PAS / Bekas Adun BN sertai PAS

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

husammusa.com
238 bekas Umno terima sijil Ahli PAS
Kota Bharu: 16 Feb – seramai 230 orang ahli Umno dari cawangan Kampung Bunga Mas, di Dun Kijang yang sebelum ini telah bertindak keluar dari Umno dan menyertai perjuangan Islam yang didokong PAS telah menerima sijil keahlian mereka semalam.

Tindakan mereka ini yang diketuai oleh pimpinan cawangan mereka sendiri menyebabkan Umno cawangan tersebut lumpuh sepenuhnya.

Wakil mereka, Mohd Afshan B Razak, 24, telah menerima sijil keahlian yang disampaikan sendiri oleh Naib Presiden PAS merangkap Adun Kijang, Dato' Hj Husam Musa. Majlis penyerahan itu diadakan sekali dengan ceramah umum Parti PAS yang diadakan di padang Kg Bunga Mas.

Ceramah malam itu telah disampaikan oleh Hj Husam sendiri serta bersama Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan merangkap Adun Panchor, Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan penceramah bebas Ustaz Hamid Derani.

Dengan keadaan padang yang dipenuhi oleh lebih daripada 3000 penonton, semangat masing-masing telah ditiup agar bangkit untuk mempertahankan kerajaan Islam Kelantan yang ditadbir dengan baik oleh Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat selama 18 tahun.

Dengan demam pilihanraya semakin hampir, pendekatan ceramah sebegini adalah masih merupakan salah satu cara sebaran maklumat yang terbaik untuk PAS agar dapat menangkis segala penghinaan dan tipu daya Umno/ BN untuk menguasai Kelantan.

Hj Husam dalam ceramah beliau memperingatkan penduduk Dun Kijang supaya berhati-hati dengan helah Umno/ BN yang menawarkan kenderaan percuma kepada sanak saudara serta anak beranak penduduk Dun Kijang yang menetap di luar Kelantan untuk pulang mengundi.

Ini kerana pihak Umno/ BN akan menggunakan helah tersebut untuk memperdayakan pengundi luar dengan dakyah mereka untuk menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan.

Beliau juga menyentuh tentang kegagalan kerajaan Umno/ BN menggunakan pendapatan bersih Petronas yang berjumlah RM80 Billion setahun yang tidak termasuk cukai dan royalti yang berjumlah RM60 Billion setiap tahun untuk kebajikan rakyat secara keseluruhannya.

Umno/ BN lebih suka menggunakan kekayaan negara untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni sperti yang berlaku di sesetengah tempat. Di mana belum sampai lima tahun menjadi wakil rakyat serta tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan sudah mampu untuk membeli bukit serta membina istana di atasya.

Bagi Ustaz Hamid pula dalam negara ini, judi maksiat dan kemungkaran hanya takut kepada PAS. Termasuklah di Kelantan, jika dulu kemungkaran seperti judi, kelab-kelab malam, serta kedai-kedai nombor ekor bersepah di bandar Kota Bharu sedangkan pada ketika itu agensi kerajaan serta badan-badan yang berkaitan dengan agama serta pondok-pondok adalah banyak dengan jumlah pengikut yang besar tetapi tidak mampu mencegah kemungkaran yang ada pada ketika itu.

Tetapi apabila datang PAS dengan kuasa yang dimiliki hasil daripada pilihanraya maka semua maksiat-maksiat tersebut telah lenyap. Hanya mereka-mereka yang sesat sahaja masih berani menjalankan aktiviti tersebut, itupun secara tersembunyi.

Jadi untuk memastikan kesucian Islam dapat dijaga dan disebarkan secara meluas, Ustaz Hamid menegaskan buat masa sekarang ini jemaah PAS adalah jemaah yang terbaik untuk melaksanakan kewajipan tersebut.



Bekas Adun BN di Bachok sertai PAS
MD Hakimi
Mon | Feb 18, 08 | 6:32:59 pm MYT
BACHOK, 18 Feb ((Hrkh) – Ketika Umno menghala serangan ke arah PAS di Kelantan, tiba-tiba dikejutkan apabila bekas wakil rakyat Umno di sini mengisytiharkan menyertai PAS malam tadi.
Mohamad Hassan, 63 pernah menjadi wakil rakyat mewakili Barisan Nasional (BN) di Dun Jelawat, Bachok selama dua penggal pada 1978 dan 1984. Beliau juga pernah menewaskan Dato' Omar Mohamed (Adun Perupok sekarang).

ImageTurut menyertai PAS malam tadi bekas penceramah terkenal Umno, Abdul Ghani Abdul Kadir, 66. Selain itu bekas ahli Umno Ismail Mamat bersama dengan 70 pengikutnya turut menyertai PAS.

Mereka menyerah borang kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Datuk Omar yang juga Yang Dipertua PAS Bachok, Setiausaha PAS kawasan, Huzaimi Che Hussin dan bekas Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato' Abdul Razak Salleh.

Mohamad yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Bachok sekitar tahun 1970-an dan 1980-an melahirkan keyakinan BN tidak mampu untuk merampas balik Kelantan pada pilihan raya umum ini.

"Selagi Umno diketuai pemimpin yang bermasalah seperti yang ada sekarang impian mereka mahu merampas tampuk kerajaan Kelantan daripada PAS tidak mungkin menjadi kenyataan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerah borang menyertai PAS pada ceramah di Kampung Baru Hujung Repek dekat sini, malam tadi.

Malah katanya, rekod cemerlang dan imej bersih wakil-wakil rakyat PAS menjadi satu kelebihan kepada parti itu bagi menghadapi Umno dan BN.

Abdul Ghani pula berjanji menyumbangkan tenaga dengan menggunakan pengalamannya dalam kempen membantu PAS pada pilihan raya ini.

Katanya, hasrat menyertai PAS sudah lama berputik cuma menunggu masa sesuai kerana mengharapkan ada perubahan dalam Umno, namun harapan itu tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.

"Umno bukan lagi satu wadah perjuangan bangsa sebaliknya menjadi batu lonjatan dalam mengumpulkan pengaruh dan kekayaan. Kuasa yang ada tidak digunakan bagi membela bangsa dan agam," katanya bersemangat.

Ismail pula merupakan bekas pendokong kuat Umno di Kampung Baru Hujung Repek turut berazam bekerja keras bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, fahaman mengasingkan agama dengan politik yang dibawa Umno merupakan punca segala masalah dalam negara hari ini.

"Apabila politik diasingkan daripada agama ertinya kita telah mengenepikan persoalan dosa dan pahala dalam mengurus tadbir negara, hasilnya jenayah seperti rasuah, rompak, bunuh dan sebagainya semakin menjadi-jadi," katanya. - mj

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.

__._,_.___
Y! Messenger

Group get-together

Host a free online

conference on IM.

Yahoo! Groups

Latest product news

Join Mod. Central

stay connected.

Yahoo! Groups

w/ John McEnroe

Join the All-Bran

Day 10 Club.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment