[Malaysia Today] Wanita Jim lancarkan usaha mencari Sharlinie / UNIT AMAL SELANGOR LAWAT, EDAR POSTER

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


Wanita Jim lancarkan usaha mencari Sharlinie

Roy Rasul
Wed | Jan 16, 08 | 4:01:24 pm MYT
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Hrkh) - Wanita Jemaah Islah Malaysia (Jim) melancarkan kempen menyebarkan maklumat mengenai kehilangan Sharlinie Mohd Nashar, 5, melalui Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah (PAKSI-JIM).

Ketua Wanitanya, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj berkata, pihaknya, menyediakan kira-kira 10,000 'flyers' dengan gambar Sharlinei dan maklumat dalam semua bahasa utama - Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Katanya, dalam satu sidang media di ibu pejabat JIM, Taman Melawati dekat sini, hari ini, pihaknya akan menggerakkan Wanita Jim di semua negeri untuk turun padang menyebarkan 'flyers' mengenai Sharlinei kepada awam.

"Setelah mendapat persetujuan pihak polis, flyers tersebut menggunakan talian hotline PAKSI-JIM: 019-6022624 atau talian polis, 0379662222 untuk penyaluran maklumat kepada polis bertujuan mengurangkan beban Nashar sekeluarga yang perlu melayani sendiri maklumat-maklumat yang disampaikan orang ramai," katanya.

Bantuan tersebut katanya bukan terhad kepada orang Melayu saja tetapi kepada semua bangsa.

Sharlinei dilaporkan hilang pada 11.30 pagi pada 9 Jan lalu di taman permainan tidak jauh dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya, ketika bermain dengan kakaknya, Sharliena, 8.

Sementara itu, katanya, Wanita JIM amat bimbang terhadap kehilangan Sharlinei yang masuk hari ketujuh.

Katanya, biarpun usaha mencari dipergiatkan di seluruh negara belum menghasilkan sebarang petanda yang positif.

"Dengan hanya jarak empat bulan tragedi Nurin Jazlin, 8, kehilangan Sharlinei menimbulkan kegusaran dan kegelisahan yang memuncak dalam masyarakat mengenai tahap keselamatan anak-anak di persekitaran komuniti setempat," katanya.

Selain mendoakan kesejahteraan Sharlinei sepanjang masa katanya, Wanita Jim terpanggil untuk menyumbang sedikit bakti bagi membantu Nashar dan keluarganya menjejaki kanak-kanak tersebut.

Malah katanya, Wanita JIM merayu kepada sesiapa yang terlibat dengan kehilangan Sharlinei agar segera mengembalikan Sharlinei yang tidak berdosa kepada keluarga yang begitu menanti kepulangannya.

Beliau berkata, jenayah melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa menggambarkan kerendahannya moral dan kehilangan pertimbangan kemanusiaan yang waras.

Sehubungan itu katanya, Wanita Jim mengambil peluang untuk menyeru semua ibu bapa serta orang dewasa dalam masyarakat untuk meningkatkan keprihatinan dan tanggungjawab melindungi kanak-kanak kecil yang masih belum berdaya melindungi diri mereka sendiri.

Pihak berkuasa juga katanya didesak melipat-gandakan usaha menjejaki pelaku jenayah ini untuk dibawa ke muka pengadilan dengan kadar segera. - mns
*****.*.*****

KETUA PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA BERSAMA UNIT AMAL SELANGOR LAWAT KELUARGA SHARLINIE, EDAR POSTER

 
 oleh : Azri Mohamad Arish
PETALING JAYA, 15 Januari 2008 - Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom (gambar)bersama seramai hampir 50 anggota Unit Amal negeri Selangor telah meluangkan masa melawat keluarga Sharlinie di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.

Dalam lawatan tersebut, Ustaz Jamsari bersama Pengarah Jabatan Amal Selangor, Hj Aszmi Anuar serta anggota Unit Amal Selangor telah mengadakan bacaan Yasin serta doa selamat untuk memohon kepada Allah agar adik Sharlinie dapat ditemui selain dilindungi dari sebarang kejahatan. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah TYDP PAS Kawasan PJS, Sdr Salleh.

Dengan kesempatan yang ada, Ustaz Jamsari telah memberi sedikit kata-kata perangsang kepada keluarga En Nashar serta isteri yang kelihatan sugul sejak beberapa hari lalu selain mengutuk tindakan jenayah yang dilakukan terhadap adik Sharlinie dan juga kanak-kanak lain yang semakin berleluasa di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Menurut Ustaz Jamsari lagi, perbuatan menculik kanak-kanak disifatkan sebagai tidak bermoral dan pelakunya adalah manusia yang tidak berakal.

Selepas selesai mengadakan bacaan Yasin serta doa selamat, kesemua anggota Unit Amal Selangor telah melancarkan operasi mencari serta mengedar poster adik Sharlinie bermula di sekitar kawasan Taman Medan seterusnya menuju beberapa lokasi tumpuan ramai antaranya Pasaraya Carefour Subang, Pasaraya Giant Kinrara Puchong dan Gombak. Sebanyak 5000 poster adik Sharlinie telah pun diedar kepada orang ramai.

 Walaupun berada dalam keadaan dukacita serta tekanan yang dihadapi, En Nashar sekeluarga mengucapkan terima kasih diatas kesudian Unit Amal melawat beliau sekeluarga selain menghargai  segala usaha yang dibuat oleh Unit Amal untuk mencari anak kesayangannya.

JOM BERSIH !!!



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.

__._,_.___
Moderator Central

An online resource

for moderators

of Yahoo! Groups.

Improvement Zone

on Yahoo! Groups

Find groups about

New Year's goals.

Get in Shape

on Yahoo! Groups

Find a buddy

and lose weight.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment