(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
Umno terus lenakan rakyat Kelantan dengan janji
| Anual Bakri Haron Thu | Jan 31, 08 | 1:20:13 pm MYT | |
| Puas-puas duduk-duduk, seronok juga menilai senarai semak janji Umno untuk pilihan raya akan datang. Bunyinya begini: ![]() 1. Politik - BN akan menghapuskan sikap pilih kasih dalam pengagihan peruntukan supaya semua anggota masyarakat akan menikmati hak sama rata. Komen : Jadi, selama ini Umno dok main pilih kasih dalam timbang dacing yang tidak sama ratalah tu. Dia mengaku doh tu. Sebenarnya, lama dah, Umno dok buat aniaya kepada rakyat Kelantan. Baru hari ni dia baru sedar (kaba)? OK dah tu. Bila sudah mula mengaku. Payah juga nak suruh orang mengaku. Sama seperti Mustapa Mohamed jugalah yang pernah mengaku menyekat peruntukan untuk sampai ke Kelantan dalam persidangan DUN lalu. Tapi dia cakap, juga; itu dululah. Jadi la ni, baik dah lah? 2. Ekonomi - Kerajaan akan menggunakan peruntukan khas di setiap daerah bagi membolehkan masyarakat setempat menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing. 3. Pembangunan - Semua pihak termasuk di pedalaman akan menikmati kemudahan asas seperti jalan kampung, balai raya, dewan serbaguna dan bekalan air bersih. Komen : Cerita lama. Sampai putus buah tasbih pun, inilah ratib Annuar Musa dan orang-orang yang sewaktu dengannya. (inilah pun sekadar yang boleh dijanjikan Umno). Baiklah, mana janji masjid, janji iman dan janji nak wujudkan rakyat yang bertaqwanya? Caranya? 4. Rumah kediaman - Setiap kawasan sebanyak 1,000 buah rumah akan dibina dengan bayaran minimum yang dikenakan sebanyak RM100 sebulan bagi menentukan setiap penduduk mempunyai rumah sendiri. Komen : RM 100 sebulan (Ai, ke murah sangat!). Di Selangor, heboh (gege) rumah setinggan orang miskin disodok. Di Terengganu pula, sibuk runtuhkan masjid, Tu ggapo! 5. "Kita akan pastikan setiap belia mempunyai rumah sendiri sebelum berkahwin." Komen : Ewah! Kenapa tunggu nanti memerintah dulu. Buat sekaranglah kalau betul-betul ikhlas. Tak payah tunggu-tunggu. Kerja yang molek jangan ditangguh. PAS memerintah. Awak buat rumah. Tiada masalah. Seeloknya, mulakan di negeri-negeri yang telah diperintah oleh Umnolah dulu. Buktikan dulu. Baru rakyat Kelantan boleh percaya. Inilah antara lima petikan janji Umno untuk rakyat Kelantan seperti yang termuat di dalam Bernama bertarikh 28 Januari 2008. Ha ha ha
berbahagialah wahai rakyat Kelantan. Melompong lagilah nampaknya rakyat negeri-negeri orang di luar Kelantan. Ha ha ha! - mj/ mr |
BuletinOnline
| Pembalakan Haram Pemimpin UMNO kena tanya anak buahnya | | | |

Tinjauan BuletinOnline ke lokasi berkenaan mendapati bahawa kawasan 'beta'(tempat himpunan kayu balak sebelum dibawa keluar) telah direntang dengan tali dan terdapat notis yang bertulis 'kayu balak disita'.Melalui pemerhatian yang dibuat, 'kerja haram' tersebut telah lama dilakukan oleh satu 'sindiket pakatan' yang terancang.
Menurut sumber BuletinOnline, kerja-kerja mencuri balak tersebut telah dimulakan sejak musim tengkujoh bermula, sekitar bulan November tahun lalu. Kerja-kerja mencuri hasil negeri itu dilakukan pada masa tersebut kerana 'menjadi kebiasaan' penguatkuasa Jabatan Perhutanan tidak membuat pemeriksaan rutin kerana syarikat-syarikat yang diberikan lesen yang sah biasanya menghentikan kerja-kerja pengeluaran balak dimusim hujan. Bukti terdapat 'pakatan sindiket' didalam kerja-kerja haram mencuri balak tersebut adalah, 'beta' terletak ditepi jalan Che Lijah Durian Mentangau, tidak jauh dari Kampung Serdang. Kawasan 'beta' tersebut hanya terletak kira-kira 800 meter dari tapak penempatan dan operasi salah sebuah kontraktor pembinaan Lebuhraya Pantai Timur(LPT).
Oleh yang demikian, pergerakan keluar masuk penebang-penebang balak serta aktiviti jentera berat yang digunakan untuk mengangkut kayu dari kawasan sekitar, pasti dapat dilihat dengan jelas dari tapak pembinaan yang berada diatas bukit. Aktiviti haram tersebut juga pasti disedari oleh penduduk kampung Serdang memandangkan tidak banyak kenderaan yang melalui jalan utama, kerana jalan tersebut sedang dinaiktaraf. Sumber itu berkata lagi, sekurang-kurangnya dua orang pimpinan UMNO peringkat Kampung Serdang didakwa terlibat didalam sindiket pakatan tersebut. Manakala modus operandi pengeluaran kayu haram adalah menggunakan pekerja-pekerja Indonesia secara tidak sah. Kayu-kayu telah diangkut melalui jalan Che Lijah ke Bukit Besi, ke sebuah kilang papan yang dipercayai milik 'orang Melayu'
Sehubungan dengan itu Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Ramli ketika dihubungi oleh BuletinOnline merasa kesal kerana pihak berkuasa kerana terlalu lambat bertindak, dan ia boleh menimbulkan syak wasangka rakyat terhadap ketelusan pihak berkuasa. Beliau juga mengecam pimpinan UMNO Terengganu yang mendiamkan diri, sedangkan berjuta ringgit hasil negeri telah dicuri.
"waktu kita jadi kerajaan dulu, mereka bising-bising pasal balak. Pembalakan yang sah dikeluarkan oleh kerajaan negeri, dianggap sebagai prosedur yang tidak sah." Kata Wan Hassan.
"Kerajaan dituduh merosakkan alam sekitar, UMNO sanggup membelanjakan beribu-ribu ringgit ketika itu menyewa helikopter untuk memburuk-burukkan kerajaan,
"Tapi sekarang bila orang benar-benar curi kayu, curi hasil negeri, tak ada seorang yang pun yang buat komen" jelas beliau yang juga bekas Exco kerajaan Negeri Terengganu. Sehingga berita ini ditulis, pimpinan UMNO Terengganu tidak membuat apa-apa komen tentang 'kerja haram' mencuri hasil kerajaan tersebut.
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___




No comments:
Post a Comment