| Rayuan Ikat Jamin Suwandi, Azman ditunda kepada 14 Jan, 08 Tujuh dilepaskan dengan jaminan polis | | | |
| Ditulis oleh WanKay & AYu | |
| | |
![]() Permohonan untuk mendapatkan jaminan itu dibuat setelah Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Hassan Abdul Ghani pada 9 Disember lalu tidak membenarkan Suwandi dan Azman ikat jamin. Hassan juga mengekalkan keputusan itu pada perbicaraan 30 Disember lalu. Abdul Gani semasa berhujah mengemukakan bantahan awal terhadap afidavit pemohon yang terdapat beberapa kesilapan yang baginya adalah afidavit cacat dan sangat lemah. Antara perkara yang dibantah dalam afidavit tersebut berkait dengan tandatangan peguam, ikrar, masa, hubungan kekeluargaan dan penghujahan atau pendapat. Mohamed Hanipa pula berhujah apa yang dihujahkan oleh Abdul Gani itu tiada apa-apa notis bertulis. Beliau turut mempersoalkan apa yang dikatakan oleh Abdul Gani terhadap afidavit pemohon sebagai afidavit defektif tetapi dalam masa yang sama menjawab afidavit berkenaan. Beliau juga berhujah beberapa kesilapan yang berlaku dalam afidavit pihak pendakwa. Selain beliau dan Wan Abdul Muttalib, turut mewakili Suwandi dan Azman ialah Abd Haris Malik, Wan Zainuddin Wan Musa, Haji Othman Mohd Noor, Kamaruzaman Abdul Wahab, Aminuddin Zulkifli, Khairuddin Osman dan Fariz Irwan Mustafa. Wan Muttalib pula mengakui tentang kesilapan kemanusiaan itu yang menggunakan komputer tetapi tiada ada sebab dari segi undang-undang untuk memberi peluang kepada kedua-dua tertuduh untuk mendapatkan keadilan. Baginya, kesilapan boleh dibuat pembetulan dan memohon untuk memasukkan afidavit pembetulan kerana pihak Peguam Negara tiada apa-apa halangan untuk membuat pembetulan supaya apabila dibawa ke atas berada di atas landasan yang betul. Abdul Gani tidak membantah terhadap permohonan itu kerana baginya kedua-dua pihak harus menegakkan dari segi keadilan dan diperbetulkan mengikut undang-undang. Sehubungan itu, beliau tidak mahu ada pihak yang memenangi kes di mahkamah di atas kesilapan yang tertentu. Turut mewakil pihak pendakwaan ialah Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof. Sementara itu, tujuh orang pemuda yang ditahan pada sebelah pagi diperkarangan mahkamah Kuala Terengganu telah dibebaskan pada lewat petang semalam. Salah seorang dari mereka, Ustaz Tarmizi Jaafar, ketika dihubungi oleh Buletinonline malam ini memberitahu bahawa, kesemua meraka dilepaskan dengan jaminan polis. " AlhamduliLlah kami semua dilepaskan pada waktu hampir maghrib, setelah diambil keterangan oleh Inspektor Amirudin" jelas Ustaz Tarmizi. "Namun begitu, kami diberikan satu surat untuk kembali melapor kepada Balai polis pada 20 Januari, 2008" Mereka tidak dikenakan apa-apa pertuduhan, namun begitu kebimbangan berulangnya peristiwa seperti Insiden Batu Buruk 8 September lalu, dimana pertuduhan dibuat kemudian, setelah mereka melaporkan diri di balai polis. |
*****.*.****

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___



No comments:
Post a Comment