[Malaysia Today] PM yang mengantuk disorongkan bantal….Berita bergambar dan Video


Amin Iskandar @ Black

PM yang mengantuk disorongkan bantal….

Januari 4, 2008

Sekumpulan anak muda yang menamakan kumpulan mereka sebagai Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia telah membuat kejutan hari ini apabila menghantar "bantal" kepada Perdana Menteri dipejabatnya, Putrajaya.
Gabungan yang terdiri daripada penulis blog, penulis, pelukis dan aktivis ini juga telah mempamerkan banner yang bertajuk : Harapan anak muda kepada Perdana Menteri, "TerusLAH Tidur Wahai PM" dan poster-poster lucu tentang PM.
Menurut kumpulan tersebut, mereka menghantar bantal oleh kerana telah bosan melihat NGO dan parti politik menghantar memorandum dan tidak dilayan. Itu yang menyebabkan mereka menghantar bantal sebagai simbol telah hilang harapan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan sering tidur didalam majlis-majlis penting seperti mesyuarat OIC, APEC dan lain-lain.
Bantal yang diberi pada mulanya tidak mahu diambil oleh pegawai keselamatan PM. Namun setelah mendapati bahawa bantal itu "selamat" dan tidak mempunyai sebarang bahan yang membahayakan, mereka pun mengambil dan membawa masuk ke pejabat PM.
Rata-rata wartawan dan jurugambar yang hadir tertewa dan ada juga yang terpinga-pinga oleh kerana tidak menyangka "bantal" akan dihantar dan bukannya memorandum.
Beberapa orang anggota polis dan polis cawangan khas juga tergelak dan langsung tidak menyangka bahawa kumpulan anak muda tersebut akan menghantar bantal.
Untuk membaca berita dari Malaysiakini, sila klik disini dan  disini dan video di sini.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.

__._,_.___
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Groups

Get info and support

on Samsung HDTVs

and devices.

Moderator Central

Get answers to

your questions about

running Y! Groups.

Cat Groups

on Yahoo! Groups

Share pictures &

stories about cats.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment