(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
aHmadHazieq <pemudawilayah@
Pemuda Wilayah bersedia hadapi Pilihanraya Umum
oleh HermanSamsudeen
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kini berada dalam tahap terbaik dalam menghadapi Pilihanraya Umum kali ke-12 yang dijangka akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Seramai 120 orang pemuda yang menjadi Hardliner diperingkat Wilayah telah berkumpul dalam Ijtima' Pilihanraya Pemuda Wilayah yang berlangsung dari 19-20 Januari lalu.Kumpulan pertama ini merupakan tulang belakang kepada jentera Pilihanraya Pemuda Wilayah dan dijangka akan memberikan satu momentum kepada gerak kerja pilihanraya disemua peringkat di Wilayah. Mereka adalah kumpulan khas yang bertindak sebagai jentera utama pemuda yang turut mengatur segala perancangan dan gerak kerja diperingkat kawasan bertanding.
Ketika ucapan penutupan Ijtima', Pesuruhjaya PAS Wilayah, Hj. Mohamad Nor Mohamad mengakui bahawa pemuda merupakan sayap terpenting di Wilayah Persekutuan. Kumpulan ini adalah Hardliner yang harus digilap bagi memastikan mereka mampu bertindak secara berkumpulan ataupun individu."Dengan adanya sokong padu dari jentera pemuda, PAS Wilayah tekad untuk bertanding di 5 Parlimen iaitu Titiwangsa, Putrajaya, Setiawangsa, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai" kata beliau.
Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzaman Mohamad yakin bahawa kumpulan ini akan dapat mengukuhkan lagi persediaan PAS Wilayah yang kini sedang giat menyusun strategi bagi memastikan Barisan Nasional menerima saingan yang sengit pada pilihanraya akan datang."ini hanyalah sebahagian kecil dari keseluruhan jentera pemuda yang kita ada. Mereka adalah golongan terpilih dan diberikan latihan khas tentang strategi pilihanraya. Diharapkan mereka akan dapat memimpin dan menyelaraskan petugas-petugas pemuda yang mendaftarkan diri untuk bersama dengan PAS menjelang pilihanraya akan datang" kata kamaruzaman.
Pemuda-pemuda ini telah diberikan beberapa bentuk latihan bagi memberikan kefahaman kepada mereka terhadap tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka. Aktiviti kembara malam juga diadakan bagi memberikan sedikit latihan mental dan fizikal kepada mereka.
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Isteri Dr. Hidayat Nurwahid (Ketua MPR-RI dari PKS) kembali ke rahmatulah
oleh HermanSamsudeen
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.Baru tadi menerima berita dari teman-teman Partai Keadilan Sejahtera (PKS) tentang kembalinya Hjh. Kastian Indriawati, isteri kepada Dr. Hidayat Nurwahid ke rahmatullah pada pukul 12.49 tengah malam tadi di Rumah Sakit Jogya International Hospital (RS JIH).
Dr. Hidayat adalah mantan Presiden PKS dan meletak jawatan 11 Oktober 2004 setelah dilantik menjadi Ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR-RI) bagi sesi 2004-2009 mengantikan Amien Rais.

Ketua MPR Hidayat Nurwahid membawa jenazah istrinya, Kastian Indrawati, dari Jogja International Hospital
Hjh. Kastian, 49 telah meninggalkan beliau bersama empat orang anak, Inayatu Dzil Izzati, Ruzaina, Alla Khairi, dan Hubaib Shidiqi.
Sebelum itu, Hjh. Kastian telah dimasukan ke Rumah Sakit berkenaan sejak 17 Januari lalu setelah dilaporkan mengalami masalah pernafasan sehingga mengalami hyperteroid dan mengakibatkan gangguan beberapa fungsi organ seperti jantung dan ginjal
Jenazah beliau telah dimakamkan di TPU Kebon Dalem, Prambanan, Klaten, Jawa Tengah pada pukul 2 petang tadi.
Jasa dan pengorbanan beliau di dalam mendokong aspirasi perjuangan Dr. Hidayat dan PKS serta gerakan Islam secara umumnya pastinya menjadi suatu kenangan bermakna. Semoga roh beliau aman dan sejahtera di dalam redha Allah.
Pemuda PAS Wilayah merakamkan takziah di atas pemergian beliau.

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___



Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di
No comments:
Post a Comment