[Malaysia Today] Pilihan raya lebih awal kerana terdesak / Malaysia Foreign Investors Scared Away

PM akan adakan pilihan raya lebih awal kerana terdesak - Husam

Wan Nordin dan Intan Abdullah
Sat | Jan 19, 08 | 12:04:44 pm MYT
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-12 lebih awal dari yang dijangkakan pelbagai pihak berikutan arahan terbaru yang dikeluarkan Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad kepada pemimpin Umno semalam, kata Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa.

Menurut Husam, akhir tahun lalu banyak pihak meramalkan Perdana Menteri akan mengadakan pilihan raya umum akhir Mac 2008 dan dengan jangkaan itu PAS merasakan tempohnya antara empat atau lima minggu dari sekarang.

Namun, arahan terkini Setiausaha Agung Umno supaya pemimpinnya tidak keluar negara dalam masa terdekat memberi 'singnal' pilihan raya umum akan diadakan lebih awal, kata Husam hari ini ketika ditemui dalam satu program pilihan raya di Taman Melewar.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mohd Radzi yang disiarkan akhbar arus perdana hari ini mengenai arahan terbaru supaya pemimpin Umno tidak ke luar negara dalam masa terdekat.

Radzi dalam laporan akhbar itu juga menyebut, arahan dikuatkuasakan serta-merta bagi memastikan semua pemimpin dan ahli parti menumpukan persiapan menghadapi pilihan raya umum.

ImageKatanya, pekeliling mengenai larangan itu diedarkan semalam kepada semua 191 bahagian Umno di seluruh negara.

"Pemimpin parti negeri, bahagian serta cawangan diminta memastikan semua ahli Umno tidak ke luar negara pada masa ini."

"Jika hendak buat kursus menjelang pilihan raya, buat dalam negara sahaja," katanya.

Radzi yang juga Setiausaha Agung BN turut berkata, Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat Isnin (21 Januari) ini bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Mengulas lanjut Husam berkata, Perdana Menteri terpaksa mengadakan pilihan raya umum segera bukan kerana merasakan BN dalam keadaan yang cukup kuat.

Sebaliknya, ia terpaksa diadakan kerana prestasi BN yang semakin lemah, terdesak dan dilingkari pelbagai isu selain terdesak dengan tarikh tamatnya sekatan politik ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim pada April ini.

ImageKata Husam lagi, rakyat kini telah melihat kelemahan pentadbiran Perdana Menteri yang hanya tahu bercakap berbanding menunaikan apa yang dijanjikan.

Kelemahan ini berpunca dari keangkuhan BN setelah diberi mandat terlalu besar pada pilihan raya umum yang lalu, katanya.

PAS dan pakatan Barisan Alternatif (BA) katanya bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum sekalipun diadakan lebih awal dari yang dijangkakan.

Justeru beliau menyarankan kepada rakyat supaya bangkit bagi mengurangkan keangkuhan BN dalam pilihan raya akan datang.
*****.*.*****
The Malaysian

Foreign Investors Scared Away By Deteriorating Judiciary In Malaysia

Controversies surrounding the country's judicial system is scaring away foreign investors from doing business here, claims Parti Keadilan Rakyat (PKR).

In a joint statement by Kanul Gindol, political secretary to PKR Vice-President Datuk Dr Jeffrey Kitingan, and Jius Awang, coordinator for Liawan, Friday, both claimed that Malaysia had become less attractive to investors because of the deteriorating state of the judiciary.

They said that maintaining the independence of the judiciary was a prerequisite to attracting foreign investors.

"Many foreign companies, which have been around here (in Malaysia) are now either shifting to other investor-friendly countries or scaling down their operations here," they said.

They also claimed that increasing the fuel subsidy would not bankrupt the country, as stated by the Government.

However, what is really bankrupting the country is the way the Government managed its funds, including spending it on cost-inflated projects, they said.

Calling for the people's support for the party, Kanul and Jius said if elected to form the next Federal government, the party would decentralise the federal governance, as to give more freedom for capable states like Sabah and Sarawak. (Daily Express)

***** The VK Lingam controversy has further confirmed the deplorable state of our judicial system and the active, evil nexus between judges, politicians, lawyers and business tycoons. But as far as Umno is concerned, "semuanya OK" and they will continue to 'struggle' for bangsa, agama dan negara.



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.

__._,_.___
Best of Y! Groups

Check it out

and nominate your

group to be featured.

Curves on Yahoo!

A group for women

to share & discuss

food & weight loss.

Dog Groups

on Yahoo! Groups

Share pictures &

stories about dogs.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment