(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
Pemuda PAS Wilayah buat laporan polis terhadap Pengerusi SPR
| Wan Nordin Wan Yaacob Tue | Jan 08, 08 | 5:31:02 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 8 Jan (Hrkh) - Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini berhadapan dengan satu laporan polis ke atasnya berhubung keceluparannya mencabar parti-parti pembangkang supaya tidak menyertai pilihanraya umum akan datang. Laporan tersebut dibuat oleh Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melalui Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad di mengikut Seksyen 107, Kanun Acara Jenayah di Balai Polis Dang Wangi dekat sini hari ini. Harakahdaily juga mendapat maklumat bahawa Dewan Pemuda PAS Johor turut akan membuat laporan polis mengenai perkara yang sama terhadap Abdul Rashid pagi esok. Laporan polis itu berdasarkan kepada kenyatan Rashid yang disiarkan akhbar harian berbahasa Melayu, Utusan Malaysia bertarikh 1 Januari 2008 yang bertajuk "SPR cabar pembangkangkah jangan tanding pilihanraya" Dalam laporan itu, Abdul Rashid (kanan) dilaporkan sebagai berkata, tidak ada gunanya pihak pembangkang menyertai pilihanraya tersebut jika mereka tetap dengan tindakan mengutuk serta menuduh sistem pilihan rayadi Malaysia penuh dengan penyelewengan. Abdul Rashid juga menyatakan kesalnya dengan tindakan itu, mahu pembangkang lebih rasional dan bertanggungjawab sebelum melemparkan dakwaan.. Berikutan itu, Abdul Rashid mencabar pembangkang supaya tidak menyertai pilihanraya umum akan datang jika terus menuduh SPR dengan alasan bukan-bukan. Mengulas laporan polis yang dibuat hari ini, Kamaruzzaman melihat kenyataan pengerusi SPR itu sebagai melampau serta tidak bertanggungjawab. Baginya, Abdul Rashid tidak boleh membuat kenyataan itu kerana beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menjunjung proses pendemokrasian melalui sistem pilihanraya. Katanya lagi, cabaran yang dibuat oleh Abdul Rashid atas kapasiti selaku Pengerusi SPR menunjukkan betapa beliau seolah-olah mengambil sikap bermusuhan dengan parti-parti politik pembangkang. Beliau juga mendakwa Pengerusi SPR bersikap berat sebelah dan prejudis hingga menyebabkan hilangnya keyakinan parti politik terhadap ketelusan SPR. Berikutan kenyataan itu juga pihaknya beranggapan kenyataan pengerusi SPR itu juga merupakan satu perlanggaran terhadap peruntukan Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan yang secara tegas mengkehendaki supaya SPR menjadi satu suruhanjaya yang mendapat keyakinan dan kepercayaan daripada rakyat Malaysia, kata Kamaruzzaman. "Maka, sekiranya Pengerusi SPR bertindak menjadi seolah-olah seorang ahli politik dengan membuat cabaran terbuka kepada parti-parti politik yang merupakan pelanggan kepadanya, maka apa lagi keyakinan yang dapat diharapkan sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi di dalam negara ini," ujarnya. Cabaran terbuka yang dibuat oleh Pengerusi SPR tersebut juga dilihat sebagai suatu yang amat merbahaya dan bersifat provokatif serta boleh menimbulkan suasana tidak tenteram di dalam negara in, katanyai. "Dalam keadaan kami dari parti pembangkang sentiasa komited untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan telus, tidak sepertimana perjalanan pilihanraya yang diadakan selama ini yang jelas tidak adil dan banyak memberikan kelebihan kepada parti pemerintah, cabaran pengerusi SPR ini adalah satu hasutan supaya supaya pilihanraya tidak lagi dilihat sebagai mekanisme yang sah untuk rakyat memilih pemimpin," katanya. Kamaruzaman berkata, pengerusi SPR nampaknya mahu rakyat yang mempertikai kewibawaannya untuk memilih cara lain bagi melantik pemimpin dan kerajaan. "Inilah implikasi negatif dari kenyataan tersebut. Sebagai pengerusi SPR, Tan Sri Rashid (kanan) sepatutnya berusaha untuk membuktikan dirinya dan SPR mempunyai kewibawaan dan integriti yang tinggi, selain dari sikap adil dan telus kepada semua pihak. "Dengan mencabar parti-parti pembangkang supaya tidak bertanding di dalam pilihanraya, pengerusi SPR jelas tidak mahu mengambil sebarang tindakan untuk memperbetulkan kepincangan dan ketidakadilan di dalam proses pengedalian pilihanraya, Sebaliknya Pengerusi SPR dikatakan cuba bermain politik bagi menutup kelemahannya hingga boleh menyebabkan rakyat tidak lagi yakin bahawa pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sebagai pilihanraya yang adil dan telus, katanya. Sesungguhnya, tambah beliau, kenyataan pengerusi SPR itu boleh menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara dan ketenteraman awam apabila rakyat semakin tidak percaya terhadap ketelusan SPR. Memikirkan kes kepada keselamatan negara akibat keceluparan Pengerusi SPR itu, Pemuda PAS Wilayah membuat laporan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas Pengerusi SPR, katanya.
|
Detikdaily
Pengerusi SPR sangat berbahaya kepada keselamatan negara
Posted on Sunday, January 06 @ 10:32:49 EST by reformis
MINGGUAN MALAYSIA: Apakah reaksi saudara sebagai Ketua Pemuda Pas terhadap cabaran Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Rashid supaya pembangkang jangan menyertai pilihan raya kalau tidak yakin ia telus?
SALAHUDDIN AYUB: Saya merasakan cabaran yang dilemparkan oleh Pengerusi SPR sangat berbahaya kepada keselamatan negara. Sebagai Pengerusi SPR, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan tersebut. Kalau boleh biarlah saya mengibaratkan pilihan raya seperti satu pertandingan bola sepak di mana pasukan tuan rumah berlawan dengan pasukan dari luar.
Pengerusi SPR peranannya sebagai pengadil yang mesti kelihatan adil dan bijaksana. Apa akan jadi kalau dengan tiba-tiba pengadil ini mengatakan kepada pihak yang menentang tuan rumah supaya jangan berlawan? Saya ingin bertanya, bijaksanakah seorang Pengerusi SPR memberikan cabaran tersebut?

Apakah yang Pas mahukan daripada pilihan raya di negara ini?
SALAHUDDIN: Apa yang Pas mahu ialah permainan bola sepak yang adil di padang yang sama rata. Inilah yang Pas harapkan. Mewujudkan pilihan raya yang adil dalam negara kita adalah menjadi tuntutan kita semua.
Jadi saya sangat kesal dengan kenyataan SPR itu dan bagi saya SPR tidak memerlukan pengerusi seperti itu yang banyak kali mengeluarkan kenyataan yang menampakkan beliau berat sebelah dan menyokong Barisan Nasional. Itu kerja orang politik dan bukan kerja Pengerusi SPR.
Jadi, Pas tidak akan memulaukan atau terfikir untuk memulaukan pilihan raya kali ini?
SALAHUDDIN: Setakat hari ini Pas masih mempunyai komitmen menyertai pilihan raya walaupun Pas faham padang permainan itu masih tidak sama rata. Tetapi kita tidak ada pilihan lain untuk menjunjung demokrasi. Saya mengambil contoh kalaulah ada SPR swasta atau pilihan raya swasta, Pas pilih swasta. Seperti rakyat boleh memilih hospital swasta. Tetapi dalam negara kita inilah satu-satunya sistem yang ada.
Sebab itu Pas begitu komited untuk bersama-sama dengan sistem ini. Pas telah membuktikan komitmen mereka menyertai pilihan raya sejak mula lagi. Sudah sebelas kali pilihan raya dan ini membuktikan bahawa Pas sangat menghormati sistem yang ada ini sekali gus menghormati konsep demokrasi berparlimen di negara ini.

Apakah yang menjadi kerisauan saudara tentang sistem yang didakwa tidak telus ini?
SALAHUDDIN: Saya mempunyai satu tanggungjawab besar sebagai Ketua Pemuda Pas. Jumlah ahli Pas setakat ini hampir 1 juta orang sementara bilangan pemuda pula hampir setengah juta orang. Apabila saya sebagai Ketua Pemuda mahu parti saya menyertai pilihan raya maknanya saya mahu semangat orang muda ini, kritikan dan ketidakpuasan mereka diterjemahkan menerusi peti undi.
Ini peranan yang saya mainkan. Tetapi bayangkanlah kalau tidak ada pilihan raya, bagaimanakah cara anak- anak muda ini menterjemahkan kritikan atau ketidakpuasan mereka? Kerana itu saya fikir tidak menyertai pilihan raya sangat berbahaya kepada keselamatan negara. Kerana itu
Pas tetap komited untuk menjadikan sistem ini satu sistem yang adil di mana setiap rakyat boleh menyalurkan kritikan, bangkangan mereka menerusi sistem pilihan raya, bukannya menerusi cara-cara yang lain yang diamalkan di negara-negara yang tidak ada demokrasi.

Tetapi sistem pilihan raya kita telah ada perubahan, misalnya akan menggunakan cop jari dan peti undi yang telus. Apa lagi yang tidak cukup?
SALAHUDDIN: Kita semua mahukan negara Malaysia ini benar-benar menikmati pilihan raya yang adil dan sistem yang telus. Maknanya ketelusan kepada sistem dan bukan peti undi. Pas mahu ketelusan dalam menguruskan pilihan raya. Badan yang diamanahkan menguruskan pilihan raya tidak nampak berpihak. Ini yang Pas mahu. Kalau benarlah cop jari itu digunakan dalam pilihan raya akan datang, ini bermakna satu daripada empat yang Pas minta sudah dilaksanakan. Saya sangat bersyukur.

Adakah ini bermakna Pas mengalami kekalahan disebabkan sistem?
SALAHUDDIN: Kami bersedia untuk menang dan untuk kalah dalam sistem pilihan raya yang adil. Ini keyakinan kami. Pas rela kalah walaupun seribu tahun lagi. Mungkin pengundi tidak setuju dengan Pas atau tidak yakin lagi dengan apa yang diperjuangkan oleh Pas. Kalau kalah disebabkan faktor itu, kami terima. Kalau kami kalah, tidak jadi masalah. Tetapi kami tidak mahu kalah dalam satu sistem yang kami rasakan tidak adil dalam negara kita.

Kalau benar ada ketidaktelusan, kenapa pembangkang tidak membuktikan penipuan itu?
SALAHUDDIN: Sebenarnya ini selalu diungkapkan oleh Pengerusi SPR bahawa Pas tidak boleh membuktikan ketidakadilan itu. Kalau kita masih ingat, dalam pilihan raya Likas, perkara ini telah menjadi kes mahkamah.
Pas mengadakan petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak selepas 2004 dan petisyen pilihan raya Pengkalan Pasir di Kelantan. Selain itu kami telah membuktikan dalam dialog, pertemuan, perbincangan hatta sampai ke mahkamah. Jadi, bagi saya kepincangan ini perlu diperbaiki masa akan datang.

Apakah harapan saudara terhadap perubahan sistem pilihan raya akan datang?
SALAHUDDIN: Saya mengharapkan satu penambahbaikan yang total supaya rakyat dapat memilih dan menyertai pilihan raya dengan seadil-adilnya. Ini adalah harapan Pas. Kalau ditelitikan, apa yang Pas tuntut ini tidak terkeluar daripada batas peraturan dan undang-undang.
Semua yang Pas lakukan ini ada dalam kerangka perlembagaan kita. Kami tidak menuntut satu peraturan yang tidak munasabah di luar kerangka perlembagaan. Pas minta celup jari kerana ini adalah amalan di semua negara dan telah terbukti dapat meminimumkan pengundi hantu.
Ini memberikan kepuasan kepada rakyat. Begitu juga apabila Pas meminta dimansuhkan undi pos. Rasionalnya setelah negara kita aman selepas 50 tahun merdeka, adakah sistem undi pos ini masih lagi relevan?

Apa yang saudara maksudkan dengan akses media yang adil?
SALAHUDDIN: Kalau tidak boleh memberikan liputan kepada kami di luar musim pilihan raya, bagilah dalam tempoh berkempen selama 10 hari. Maknanya kepimpinan parti UMNO, MCA, Pas dan lain-lain lagi boleh muncul dalam media elektronik untuk mengemukakan manifesto mereka untuk menerangkan apa yang parti-parti itu boleh tawarkan kepada rakyat.
Saya yakin permintaan ini tidak pernah terbabas atau tersasar daripada peraturan atau undang undang.

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___

Dalam laporan itu, Abdul Rashid (kanan) dilaporkan sebagai berkata, tidak ada gunanya pihak pembangkang menyertai pilihanraya tersebut jika mereka tetap dengan tindakan mengutuk serta menuduh sistem pilihan rayadi Malaysia penuh dengan penyelewengan.
No comments:
Post a Comment