(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

PRU 12: Peluang rakyat tebus semula hak yang digadai BN
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan kenyataan dangkal Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa sekiranya rakyat mengundi pembangkang akan menggadai masa depan negara.
Adalah satu kenyataan yang silap bagi seorang pemimpin apabila menganggap perubahan adalah menggadai masa depan. Bukankah untuk kita lebih berjaya dan mencapai sesuatu yang lebih bermakna kita perlu berubah, dan mengundi pembangkang adalah satu cara kita berubah.
Nabi Muhammad SAW sendiri berhijrah ke Madinah apabila kerajaan Mekah yang dikuasai oleh orang Quraisy menolak Islam. Ini adalah satu bentuk perubahan untuk kebaikan, bukannya menggadai masa depan.
Rakyat harus melihat apakah keadaan sedia ada dengan kos hidup yang begitu tinggi, indeks kebebasan media yang teruk, indeks rasuah yang tinggi, perlaksanaan demokrasi tempang, salah guna kuasa dan penyelewengan yang begitu meluas dan sebagainya sebagai suatu yang cukup baik? Atau kita perlu berubah sekarang.
Bagi rakyat di negara maju seperti Eropah dan AS, mengundi pembangkang bertujuan untuk memulihkan semula negara yang dirosakkan oleh regim sebelumnya. Lihatlah bagaimana rakyat Britain, Australia dan AS membuat perubahan. Mereka tidak menggadai masa depan negara.
Hari ini, parti pembangkang di AS mendapat sambutan begitu meluas kerana dasar-dasar zalim regim George W Bush. Mereka mahu mengundi pembangkang untuk kebaikan. Dahulupun, di rantau ini, rakyat menjatuhkan Suharto dan tentera menjatuhkan Takhsin Sinawatra dengan tujuan untuk kebaikan kepada negara. Mereka bukan menggadai masa depan.
Kita harus sedar bahawa telah banyak perkara yang tergadai di Negara ini hasil kerakusan Kerajaan BN selama 50 tahun. Tanah rezab Melayu telah tergadai, bahasa Melayu tergadai, agama Islam tergadai, pendidikan Melayu tergadai, bahkan tanah-tanah ladang Felda juga hampir tergadai.
Di Felda Kemahang 3, rakyat terpaksa menebus semula hak mereka yang tergadai di Mahkamah Tinggi. Tiba-tiba pada hari ini, Menteri Felda memberitahu peneroka jangan gadai masa depan negara kepada pembangkang. Pilihan raya ini adalah peluang seluruh rakyat menebus semula segala hak yang telah digadai oleh BN, dan tawaran negara kebajikan oleh PAS adalah untuk menebus semula segala yang tergadai itu.
SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
JOM BERSIH!!! bersih.org/
Najib kepanasan hadapi tawaran pembangkang - Ustaz Ahmad Awang
| Johari Jaafar Tue | Jan 29, 08 | 10:48:30 am MYT | |
| IPOH, 29 Jan (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kini mula 'kepanasan' dalam menghadapi tawaran yang diberikan parti pembangkang khususnya PAS yang membawa slogan 'Negara Kebajikan', menyebabkan Timbalan Presiden Umno itu menjejajah ke seluruh negara dan mrnyifatkan tawaran tersebut 'tidak berpijak di bumi nyata'. ![]() "Najib boleh kata apa yang dia hendak kata, bagi Umno apa yang PAS buat semua tidak betul, sebenarnya pemimpin-pemimpin Umno kian resah dan gelisah dengan tawaran yang dikemukakan oleh PAS bersama parti-parti pembangkang, tawaran menarik itu telah mencemaskan mereka kerana itulah Najib menyifatkan tawaran dari PAS itu tidak berpijak di bumi nyata." Demikian ditegaskan oleh Naib Presiden PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri di sini ahad lalu. "PAS tidak berkhayal dalam mengemukakan konsep negara kebajikan, perkara tersebut telah dipraktikkan lama di Kelantan, PAS bukan untuk memperbodohkan pengundi seperti yang Umno lakukan, tawaran kita memang berpijak di bumi nyata," ujar beliau. Pemimpin-pemimpinUm "Oleh kerana itulah pemimpin-pemimpin BN akan cuba seberapa daya untuk meracuni fikiran rakyat dengan menyatakan tawaran yang dikemukakan oleh PAS dan parti-parti pembangkang sebagai tidak logik dan tidak berpijak di bumi nyata," katanya. Kenaikan harga berangan-barangan serta kenaikan harga petrol menyebabkan rakyat bangun untuk bertindak menukarkan kerajaan yang sedia ada untuk digantikan dengan kerajaan baru yang barisi parti-parti pembangkang selepas pilihan raya ke 12 yang kian hampir, kayanya. Menurut beliau lagi tawaran-tawaran yang dikemukakan parti pembangkang kali ini benar-benar menarik hati rakyat terutama hendak menurunkan harga petrol, pengajian percuma, pemberian biasiswa, sedangkan BN hampir pasti tidak akan menurunkan harga minyak. "Jika BN menang lagi, semua barang akan naik, harga minyak tentunya dinaikkan lagi, kini rakyat sudah tahu helah BN, mereka tidak mahu terperangkap lagi," ujar beliau. Beliau yakin menjelang tarikh pilihanraya umum, pemimpin-pemimpin Umno/BN bukan sahaja `kepanasan' tetapi tidur mereka juga tidak lena kerana diganggu oleh `mimpi ngeri' kekalahan BN di tangan parti-parti pembangkang. - mr |
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___



No comments:
Post a Comment