PAS terus bekerjasama dengan KeADILan - Presiden PAS
| Wan Nordin Wan Yaacob Sun | Jan 20, 08 | 4:08:43 pm MYT | |
| SEREMBAN, 20 Jan (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyatakan PAS terus bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan pelbagai NGO lain berhadapan pilihan raya umum yang dijangka akan berlangsung awal Mac ini. ![]() Tuan Guru Abdul Hadi yang mengadakan sidang medianya di Seremban selepas Himpunan Bersama Rakyat di Ampangan, Seremban hari ini menafikan laporan akhbar bahawa PAS dan KeADILan berhadapan dengan masalah. Sebaliknya kata beliau dalam ketika bahang pilihan raya umum semakin dirasai ini, media memanipulasikan pelbagai isu sebagai bahan provokasi mereka. "Bagi menghadapai pelbagai provokasi dan spekulasi dalam demam pilihan raya ramai yang mengigau.Suka saya tegaskan PAS akan terus bekerjasama dengan KeADILan, dan bekerjasama dengan NGO-NGO serta semua pihak yang hendak membuat perubahan," tegasnya kepada wartawan. Sebahagian besar pembahagian kerusi telah selesai, sementara hanya sedikit saja yang masih belum disudahkan dan beliau optimis ia tidak mendatangkan masalah, kata Tuan Guru Abdul Hadi. "Kita akan usaha sedaya upaya untuk memastikan pertandingan dua penjuru antara pembangkang dengan BN," ujarnya. Beliau menolak laporan media yang menyatakan adanya masalah yang timbul di Kelantan antara PAS dengan KeADILan. Sebaliknya menyatakan, ianya adalah proses perbincangan yang masih berjalan. Beliau seterusnya melihat, bahawa keretakan sebenarnya timbul dalam Umno dan Barisan Nasional (BN). "Umno sendiri masih banyak pergolakan.Pergeser Terdahulu dalam taklimat kepada ahli dan penyokong PAS, Presiden PAS itu ada menyatakan bahawa kerjasama antara PAS dan KeADILan adalah dalam keadaan yang baik. Kerjasama perlu diteruskan kerana PAS memerlukan KeADILan untuk sama-sama menegakkan keadilan di negara ini setelah Umno/BN merosakkan demokrasi mengikut selera mereka sendiri, ujarnya. Beliau juga menyatakan bahawa agin perubahan kini mula dirasai, dan sokongan daripada kalangan masyarakat bukan Islam semakin menebal setelah melihat pakatan BN (Umno-MCA-MIC) mengkhianati bangsa mereka sendiri. Masyarakat Melayu ditindas Umno, sementara Cina dan India ditidas oleh MCA dan MIC, yang akhirnya menyebabkan rakyat tersepit dengan politik perkauman ini, katanya. Justeru ujarnya, PAS hadir dengan bekerjasama dengan KeADILan bagi memulihkan keadaan, dan menjanjikan keadilan kepada semua pihak tidak mengira bangsa dan agama. Beliau mahu rakyat menghantar 'signal' yang jelas kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum kali ini, bahawa ajal kerajaan hampir tiba. Turut hadir dalam program sehari bersama Presiden PAS di Negeri Sembilan hari ini ialah, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Penerangan, Mahfuz Omar; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohamed Omar; Timbalannya, Ustaz Ramli Al-Hafiz serta Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani. Kira-kira 500 penyokong PAS dan tetamu hadir dalam majlis tersebut yang didahului dengan jamuan makan tengahari.
|
*****.*.****
AL-HUSSEYN
Mungkin Fatwa Hadari membolehkan....

Surat dari seorang pembaca mstar bergelar S.Jebat menulis dalam ruangan pendapat melahirkan tidak puas hatinya kepada alim ulama kerana dilihat seolah-olah tidak pernah menasihati PM Abdullah Badawi tentang agamanya. disini
Lihatlah berita bergambar yang terang-terang menegur kesilapan PM Abdullah Badawi dengan tajuk yang agak berani: PM LANGGAR FATWA tetapi biasalah , PM kita tu hanya tahu tidur.Klik untuk lihat fatwa Mufti Perak
Mungkin ada fatwa Hadari yang membolehkan meletakan bunga ditugu macam Abdullah lakukan itu ; sebagaimana dia membolehkan isterinya tidak bertudung, membolehkan dirinya memegang bahu Michael Yeoh , bersalaman dengan isteri Najib si Rosnah.
Mufti dan Badan-badan Islam sering disalahkan oleh kerajaan dalam tindakan mereka, 'trend' ini kini dituruti oleh rakyat jelata. Malah Mufti kerap kali digambarkan membuat kesilapan oleh media kerajaan dan kerajaan sendiri walaupun mereka memperkatakan yang benar. Umpamanya kes Bekas Mufti Selangor, Datok Hj Ishak Hj Baharom dalam isu tangkapan 3 orang Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik. Selain itu kes 'kesilapan' Jabatan Agama Islam Selangor dalam menangkap individu Melayu Islam di PUB The Ship atas tduhan menghina Islam. Keadaan ini menyebabkan imej badan-badan Islam buruk dan kelihatan tidak 'up to date' dan tidak profesional dalam tindakan mereka. Inilah akibat pengaruh negatif budaya meminggirkan Islam di Malaysia.Baca rencana Ust Zaharuddin disini
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___



No comments:
Post a Comment