[Malaysia Today] Pak Lah bagi signal untuk Pilihanraya Umum / Muslimat PAS cadang Rashid tanding pilihan raya

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

aHmadHazieq <pemudawilayah@yahoo.com> wrote:

Pak Lah bagi signal untuk Pilihanraya Umum yang semakin hampir

"Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan pada waktu ini." begitulah jawapan Pak Lah kepada Bernama ketika ditanya tentang status Parlimen Labis setelah perletakan jawatan Dr. Chua Soi Lek kerana skandal seksnya.
 
Nampaknya jawapan ringkas Pak Lah ini adalah signal awal terhadap Pilihanraya Umum yang semakin hampir. Kebiasaanya, Pilihanraya kecil wajib diadakan bila seseorang wakil rakyat itu mati atau meletakkan jawatan, tetapi kali ini jawapan Pak Lah jelas menunjukkan bahawa ianya sudah tidak sesuai lagi diadakan memandangkan Pilihanraya Umum semakin hampir.
 
Petugas-petugas Barisan Alternatif pastinya telah bersedia untuk menghadapi 'perang besar' ini. Gunakanlah peluang-peluang akhir ini untuk memperkemaskan jentera-jentera yang ada. Bagi mana-mana petugas yang belum melapor diri, diminta untuk segera menghadirkan diri ke pejabat-pejabat Kawasan atau cawangan.
 
Setakat ini, PAS dan Keadilan hampir selesai membincangkan soal pembahagian kerusi. Manifesto juga bakal dilancarkan tak lama lagi. Gendang Perang telah lama dipalu. Hardcore BA telah berada dibarisan hadapan.
 
Walaupun dicabar oleh Pengerusi SPR, Rashit untuk tidak menyertai Pilihanraya, namun Pembangkang nampaknya telah benar-benar berada pada tahap yang terbaik untuk membuat kejutan pada pilihanraya kali ini. Kokokan Rashit tidak perlu lagi dilayan kerana itu hanyalah sekadar jolokkan ayam tua yang sudah ketumpulan tajinya, mandul dan tidak berbenih lagi dalam dunia politik. Biarkan dia setahun lagi, selepas ini biarlah Allah membalas segala kesundalannya dalam politik negara ini.
 
Tangan-tangan yang bermunajat dan berdoa siang dan malam perlulah diperbanyakkan. Biar menjadi doa-doa rakyat untuk melihat tumbangnya sebuah legasi kepimpinan yang sudah membusuk dari kepala ke ekornya.

Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di http://dppwp.wordpress.com
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

*****.*.*****

Muslimat PAS cadang Tan Sri Rashid tanding pilihan raya
Saidah Hairan
Wed | Jan 02, 08 | 3:37:04 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Hrkh) - Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh mencadangkan supaya Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman bertanding dalam pilihan raya umum jika beliau enggan meletakkan jawatan ekoran tindakan dan sikapnya yang berpihak kepada Umno/BN.
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Menurut beliau, kenyataan terkini Rashid yang mencabar pembangkang supaya tidak menyertai pilihan raya membuktikan bahawa beliau menjadi `alat tunggangan' Umno/BN.

Nuridah mewakili wanita seluruh negara mengucapkan tahniah kepada Rashid kerana mendapat kepercayaan penuh daripada Perdana Menteri dan kepimpinan Umno/BN untuk meneruskan jawatannya sehingga pilihan raya umum nanti.

Justeru itu, Muslimat PAS menyeru dan berharap agar Rashid dapat melaksanakan tugas dengan penuh keinsafan bahawa Allah serta para malaikat sentiasa memerhati dan mencatat semua tindakan hamba-Nya.

"Semua tindakan manusia daripada sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya menatijahkan dosa dan pahala," tegas beliau.

Beliau yang dihubungi menegaskan, kerja pilihan raya merupakan satu kerja yang besar bagi memilih kepimpinan negara.

Katanya, semua kerja itu akan dipersoalkan oleh Allah dan sebagai umat Islam perlu yakin dan percaya bahawa setiap kerja tidak habis di dunia sahaja.

Sehubungan itu, tambah beliau, Rashid sebagai Pengerusi SPR perlu melihatkan serta melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan telus, adil, bijak dan efisin.

Beliau memberi amaran dalam membuat kenyataan Rashid jangan berpihak kemana-mana parti kerana ia akan mengeruhkan keadaan dan kepercayaan parti politik khususnya pembangkang. - mr



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.

__._,_.___
Moderator Central

An online resource

for moderators

of Yahoo! Groups.

Parenting Zone

Your home for

parenting information

on Yahoo! Groups.

Dog Groups

on Yahoo! Groups

discuss everything

related to dogs.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment