(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
Nor Azuana Hilang!
From: Roslan Supahat [mailto:roslans@ northport. com.my]
Sent: Friday, January 18, 2008 11:11 AM
To:
Subject: Sila edarkan Makluman Notis ini

A'kum,
Orang lain sibuk gempar dengan Pencarian adik Sharlini. Yg dekat dengan rumah abg dan kawan abg , yang ni seorang dewasa. Gadis ini telah juga hilang dan dipercayai diculik ketika memandu dlm perjalanan ke Shah Alam. Orang ini adalah Anak Qariah Pengerusi Surau Sedeli Tmn Sri Andalas. Dia kena culik pada 1hb. Jan. 2008 ketika perjalanan untuk menemui tunangnya ke Shah Alam. Hilang sehingga hari ini. Sembahyang hajat dan segala usaha telah dilakukan tetapi masih buntu. Dipercayai masih disimpan di Shah Alam. Minta tolonglah kepada kawan2 kot ada terjumpa dgnnya. Dipercayai dia telah diperbodohkan, dan 2X withdrwal duit kat Shah Alam tetapi sekarang dah kena blok kerana savingnya ada lebih 10,000. Beliau akan mendirikan majlis kahwin pada 8hb. March 2008 ini. Kesihan.
Hanya tuhan yg tahu macam mana kesusahan keluarganya yang hanya ada anak seorang perempuan. Dan budak ini adalah budak baik tak biasa keluar sesuka hati.
Sekian.
JOM BERSIH !!!
Abdullah tidak layak cakap soal kebebasan media
| Intan Abdullah Thu | Jan 17, 08 | 4:51:40 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 17 Jan (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS merasakan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak layak untuk bercakap mengenai soal keadilan dan kebebasan media di forum antarabangsa kerana beliau sendiri adalah 'diktator' yang mengongkong kebebasan media. Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily mengulas kenyataan Abdullah di Forum Perikatan Ketamadunan (AOC) di Sepanyol yang menggesa media meningkatkan peranan dalam merapatkan hubungan peradaban Timur dan Barat. "Kenyataan Abdullah tersebut merupakan satu tempelak ke atas media mainstream di negara ini yang selama ini memainkan peranan melaga-lagakan masyarakat pelbagai kaum. Lebih dahsyat lagi apabila parti-parti komponen BN yang menguasai media-media utama menggunakan media ini untuk mencetuskan isu perkauman dalam negara,"jelasnya. Malah menurutnya, tindakan Abdullah menyekat permit akhbar Harakah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2000 adalah satu dosa yang tidak boleh dimaafkan. "Jika Abdullah ingin bercakap soal kebebasan dan peranan media bagi merapatkan hubungan tamadun, beliau perlu terlebih dahulu memberikan kebebasan media sepenuhnya kepada rakyat di negara ini," ujarnya. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian juga menempelak kenyataan Abdullah dengan mendakwa bahawa media di negara ini langsung tidak adil. "Mereka bukan sahaja berpihak kepada Umno-BN, bahkan menyokong setiap penindasan BN ke atas rakyat seperti memberikan gambaran bahawa kenaikan tol, harga petrol, barang keperluan pengguna dan yuran sekolah sebagai positif." "Dalam masa yang sama, mereka juga menyebarkan fitnah dan maklumat palsu ke atas pemimpin PAS dengan memutar belitkan berita," katanya. Tambahnya, apabila menjelang pilihan raya wajah sebenar media proksi kerajaan begitu terserlah dengan peranan mereka mencanang isu-isu palsu dan bertindak secara berat sebelah dalam sebarang liputan yang dibuat. "Setiap kali musim pilihan raya, PAS digambarkan memusuhi orang bukan Melayu, undang-undang Islam akan menzalimi orang bukan Islam dan sebagainya." "Oleh sebab itu, maka tidak hairanlah indeks kebebasan media di Malaysia berada pada tahap yang amat rendah," katanya lagi. Ketika membicarakan isu yang sama, Salahuddin turut mengemukakan contoh isu yang menjadi perdebatan seperti menimbulkan semula isu-isu kecil dan terlalu teknikal dalam agama seperti ruangan Astora Jabat untuk mengeliru dan menimbulkan kemarahan umat Islam. "Kita juga masih ingat bahawa News Straits Times pernah menyiarkan karikatur Nabi selain beberapa media termasuk yang menggunakan nama Allah untuk merujuk kepada 'God'," ringkasnya. Jelasnya lagi, dalam isu Hindraf pula media Umno-BN sengaja membesar-besarkan hal ini supaya BN dapat mengambil kesempatan untuk kepentingan politik mereka. - mks.
|
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___



No comments:
Post a Comment