Manipulasi media dan pilihan raya
| Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif Sun | Jan 13, 08 | 1:27:07 pm MYT | |
| PERJALANAN pilihan raya biasanya dikaitkan dengan '3M' yang merujuk kepada faktor 'Media', 'Money' dan 'Machinery'. Ini bermaksud peranan ketiga-tiga faktor: media, wang (money) dan jentera (machinery) adalah penting dalam mana-mana pilihan raya sama ada di negara maju atau negara membangun. Cuma yang berbeza ialah sejauh mana dari segi penggunaannya itu berlaku menurut peraturan (rule of conduct) atau sebaliknya. Sehubungan itu, sekiranya berlaku penyalahgunaan ketiga-tiga faktor ini ia pasti akan menjejaskan nilai-nilai kebaikan di sebalik amalan demokrasi dan pastinya akan mengotorkan proses pilihan raya itu sendiri. Namun, realiti daripada penggunaan '3M' ia amat berkait rapat dengan tahap demokrasi yang diamalkan oleh sesebuah negara yang melaksanakan pilihan raya. Ini bermakna di negara maju yang mengamalkan sistem demokrasi yang matang, tahap penyalahgunaan '3M' ini amatlah rendah; dan begitulah sebaliknya iaitu di negara-negara membangun di mana amalan demokrasi masih "bertatih", maka kecenderungan penyalahgunaannya adalah tinggi. Dalam kes media, di negara maju seperti Amerika Syarikat, mana-mana parti politik yang bertanding dalam pilihan raya diberi kebebasan untuk membeli airtime di mana-mana stesen televisyen (TV) atau radio untuk berkempen. Media cetak juga tidak berpihak dalam analisis berita mengenai pilihan raya. Malah ada parti-parti politik yang bertanding boleh mengeluarkan akhbar harian mereka secara bebas. Begitu juga dari segi penggunaan wang, di negara maju seperti Jepun, wang derma kempen untuk satu-satu calon yang bertanding diisytihar secara rasmi jumlah pungutan dan pihak penyumbang (penderma) diketahui umum serta tidak berlakunya sogokan "wang politik". Ini berbeza dengan yang berlaku di kebanyakan negara membangun seperti Malaysia, tidak ada peraturan yang mengawal penerimaan sumber wang secara tidak sah, maka jumlah sumbangan menjadi rahsia dan pihak pengundi mahu pun pihak berkuasa tidak berhak mengetahuinya. Peraturan yang ada dan dipakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hanyalah setakat setiap calon yang bertanding bagi dewan undangan negeri misalnya, tidak dibenarkan berbelanja melebihi daripada RM100 ribu. Realiti yang berlaku ialah ada calon-calon yang bertanding, terutamanya calon-calon BN dilihat melebihi daripada had yang dibenarkan. Berdasarkan pemerhatian di dalam pilihan raya umum lalu, ada calon BN yang memasang billboard di setiap simpang jalan yang setiap satunya dianggar bernilai belasan ribu ringgit. Belum lagi dihitung upah yang dibayar kepada pekerja parti dan wang sogokan kepada pihak tertentu atas dasar untuk membeli undi. Memburukkan lagi keadaan ialah agensi penguatkuasaan penyalahgunaan dana awam seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak mempunyai kuasa langsung untuk menghalang berlakunya sogokan dalam pilihan raya. Kuasa bagi menghalang dan mendakwa mereka yang melakukan rasuah dalam pilihan raya sepatutnya dikongsi bersama oleh SPR kerana merekalah pihak yang arif dengan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pilihan raya. Akhirnya merujuk kepada faktor jentera ia lebih merujuk kepada faktor dalaman sesebuah parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Manipulasi Media: Premis Asas Kembali kepada fokus tulisan ini adalah kepada faktor pertama '3M', iaitu media. Apa yang berlaku di kebanyakan negara membangun ialah amalan berat sebelah (diskriminasi) Dalam konteks Malaysia, pihak media arus perdana selain dikawal oleh kerajan, ada juga yang dikuasai pihak pemodal yang bersekongkol dengan kerajaan BN dan rapat dengan pemimpin tertentu daripada kalangan parti komponen BN. RTM misalnya, merupakan saluran penerangan kerajaan tetapi tidak memberi ruang kepada pemimpin pembangkang muncul menjelaskan dasar-dasar parti semasa pilihan raya. Begitu juga TV3 adalah dikuasai Media Prima milik pihak pemodal (swasta) yang ditaja khusus untuk kepentingan pemimpin BN. Justeru, media-media itu senantiasa dimanipulasikan bagi tujuan meneruskan hayat kuasa kerajaan BN sebelum, semasa dan selepas piluhan raya. Pada masa sama, pembangkang tidak dibenar mengadakan atau memiliki stesen radio dan TV sendiri. Maka, pihak pembangkang sepanjang masa menghadapi kekangan di dalam proses menyampaikan maklumat kepada ahli, penyokong dan pengundi. Banyak kajian memperlihatkan di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia peranan media, cetak dan elektronik, amatlah penting dalam membentuk sikap politik pengundi. Di Malaysia kajian memperlihatkan bahawa media elektronik iaitu radio dan TV amatlah berpengaruh sekali dalam membentuk minda pengundi. Atas hakikat inilah TV di Malaysia sungguhpun berstatus swasta, masih dikawal ketat oleh BN melalui proksinya. Maka agak mustahil bagi stesen TV tersebut akan memberi ruang kepada pembangkang untuk menguar-uarkan dasar perjuangan mereka kepada masyarakat awam. Pentingnya TV dalam membentuk sikap politik pengundi juga berlaku dalam konteks negara maju seperti di Eropah dan Amerika. Di Amerika Syarikat misalnya, sebelum pilihan raya Presiden biasanya calon Presiden dari Parti Demokrat dan Republikan akan mengadakan Debat Presiden secara terbuka yang dipancarkan secara langsung menerusi rangkaian TV bagi membincang dan menjawab pelbagai isu negara yang dikemukakan oleh pihak awam. Prestasi calon dalam debat ini mempunyai pengaruh yang besar menentukan menang kalahnya seseorang calon. Ia boleh merubah keputusan tinjauan awam (opinion polls) yang dilakukan sebelum diadakan Debat Presiden tersebut. Hal sedemikian belum terjadi di Malaysia, meskipun pun umur RTM dan TV swasta sudah terangkum dalam ledakan maklumat global. Dalam hal ini, standard media Malaysia sudah terkebelakang berbanding Indonesia. Apa yang berlaku dalam pemilihan umum Indonesia dan yang terbaru beberapa pemilihan gabenor, didapati semua calon yang mewakili kumpulan parti masing-masing telah diberi ruang berdebat dan bersoal jawab secara terbuka dengan kumpulan pengundi. Dalam kes Malaysia berikutnya pula, kajian menunjukkan media cetak seperti akhbar harian adalah kedua terpenting mempengaruhi minda pengundi. Disebabkan kedua-dua bentuk media ini, cetak dan elektronik, mempunyai pengaruh yang begitu penting, maka BN telah menggunakan kedua-dua bentuk media ini sebagai intstrumen propaganda bagi memperkukuhkan kedudukan BN pada kaca mata rakyat. Amat menonjol ialah peranan RTM telah dimonopoli oleh kerajaan BN yang menggunanya sebagai saluran 'berkempen' untuk BN sepanjang tahun; di luar musim pilihan raya dan paling "jijik" ketika musim pilihan raya. Stesen televisyen swasta yang berpengaruh seperti TV3 yang mempunyai program yang agak baik seperti 'Bersamamu' turut 'berkempen' di saat-saat akhir sebelum pilihan raya. Apabila ada berita mengenai parti pembangkang disiarkan, sama ada di media cetak atau elektronik, semestinya olahannya adalah memberi imej/kesan negatif kepada pembankang. Perspektif amalan media tersebut telah dibuktikan berlaku melalui kajian ilmiah (dengan menggunakan kaedah analisis kandungan) oleh Prof. Dr. Syed Idid Arabi, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Prof. Dr. Safar Hasim dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993, kemudian diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bertajuk Pilihan raya Umum: Satu Perspektif Komunikasi Politik. Rumusan kajian itu bahawa memahami hakikat media begitu berpengaruh dalam membentuk minda pengundi, maka BN tanpa segan silu telah memanipulasi media bagi kepentingan politik mereka. Kesan daripadanya, rakyat biasa yang tidak peka dengan unsur propaganda pihak BN menerusi pelbagai rancangan media tersebut dan memanipulasinya bagi tujuan memenangi pilihan raya umum ke 12 akan datang; sudah tentu akan terkejut atau teruja dengan berita-berita yang dimuatkan di muka depan/dalam akhbar harian mengenai status pilihan raya di Malaysia. Misalnya, Berita Minggu bertarikh 25 November 2007 memulakan serangan dakyahnya dengan judul muka depan berbunyi 'Rakyat tambah yakin: Kaji selidik menunjukkan kepimpinan BN dapat penarafan tinggi'. Akhbar itu merujuk kepada hasil kajian yang dilakukan oleh badan penyelidik tempatan, Merdeka Centre yang dibiayai oleh The New Straits Times dan Friedrich Naumann Foundation. Jangka masa kajian adalah antara 20 Oktober hingga 6 November 2007 yang melibatkan 1,024 responden. Memahami bahawa sifat majoriti rakyat Malaysia yang malas membaca, para pengarang akhbar harian seperti Berita Minggu telah merancang penentuan agendanya berdasarkan maklumat hasil penyelidikan yang dilakukan oleh Merdeka Centre. Hasil kajian yang positif sahaja yang ditonjolkan, sedangkan kajian yang sama juga mendapati beberapa elemen kepimpinan BN yang tidak diyakini responden. Oleh itu, tersiarlah tajuk utama yang tersirat dalam penonjolan muka depan (dengan nada untuk membodek pemimpin tertinggi negara). Penonjolan propaganda pada muka depan akhbar Berita Minggu bertarikh 25 November 2007 ialah bagaimana responden (baca pengundi) masih memberi sokongan yang pada Perdana Menteri (PM) sungguhpun pelbagai masalah melanda negara. Dinyatakan bahawa tahap kepuasan kepimpinan PM adalah menyakinkan; 77% responden berpuas hati dengan keberkesanan PM membuat keputusan penting dan 79% masyarakat India menerima baik kepimpinan PM. Sekiranya pembaca meneliti hasil penyelidikan Merdeka Centre secara terperinci di muka-muka surat seterusnya, terbukti bahawa hasil kajian tidak semuanya baik untuk BN. Malah seperti dijangkakan analisis oleh akhbar berbahasa Inggeris seperti The New Straits Times adalah lebih objektif dan menarik. Sungguhpun 71% responden bersetuju dengan pimpinan Pak Lah selaku PM, fakta ini disanggah dengan hasil kajian yang menyatakan hanya 58% responden puas hati terhadap keupayaan kerajaan memenuhi harapan rakyat. Penemuan ini amat penting dalam konteks politik Malaysia. Ini bermakna politik Malaysia bukan lagi bersifat personalized politics. Ini juga bermakna ketokohan seseorang PM tidak bererti secara automatik meningkatkan prestasi BN. Dalam erti kata yang lain, menyokong Pak Lah tidak semestinya menyokong BN. Hasil kajian memperlihatkan aspek ini akan berlaku di kalangan pengundi bukan Melayu, terutamanya Cina. Semasa kajian dijalankan pengundi India agak konsisten dalam sokongannya terhadap BN, sungguhpun pengundi Melayu nampaknya lebih stabil. Walau bagaimanapun, apabila terjadinya demonstrasi oleh pihak Hindu Rights Action Force (Hindraf), masa depan sokongan pengundi India tidak dapat dijangka secara tepat. Sekiranya trend di atas berterusan sehingga diadakan pilihan raya umum ke-12, ia mempunyai dua implikasi penting kepada BN. Pertama, dalam bahagian pilihan raya (parlimen atau negeri) di mana terdapat jumlah pengundi Cina agak besar atau merupakan majoriti berbanding Melayu, kemungkinan yang mendapat durian runtuh adalah parti pembangkang Cina seperti DAP. Ini konsisten dengan bisik-bisik politik akhir-akhir ini dan amaran Tun Daim tentang beberapa negeri agak "panas" bagi BN, maka besar kemungkinan Pulau Pinang akan jatuh ke tangan pembangkang. Ini merupakan satu pukulan moral yang amat serius untuk Pak Lah yang berasal dari Pulau Pinang. Apakah Gerakan boleh dipercayai 100% dalam hal ini? Perlu diingatkan bahawa politik adalah seni serba mungkin (that politics is the art of the possible). Ekoran gelora rumah tangga BN/Gerakan sekarang (kesan kenyataan Naib Ketua Pemuda Gerakan S. Paranjothy mengenai kemunduran masyarakat India), boleh jadi Gerakan sudah berada dalam kegoyahan untuk menghadapi DAP di Pulau Pinang. Kedua, dalam kawasan pilihan raya di mana pengundinya adalah sama banyak antara Melayu dan bukan Melayu. Dalam konteks ini biasanya pengundi bukan Melayu adalah pengundi taktikal (tactical voters), maka yang mendapat manfaat adalah parti seperti PKR yang memperjuangkan prinsip keadilan untuk semua. Limpahan daripada dua trend pilihan raya yang penting itu juga boleh dimanfaatkan oleh PAS di kebanyakan bahagian pilihan raya yang majoritinya pengundi Melayu. Dalam hal ini, PAS memiliki isu yang dapat meraih simpati pengundi Melayu yang non-partisan ekoran "kecamuk" rumah tangga BN sekarang. Justeru, PAS dijangka berupaya memperkukuhkan pengaruhnya di Kelantan, mempertingkatkan prestasinya di Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang dan Selangor; prestasi PAS akan lebih baik berbanding pilihan raya umum 2004. Apabila merujuk semula kepada manipulasi Berita Minggu tersebut, analisis para pengarangnya cuba menentukan agenda (dengan memanipulasi data hasil kajian Merdeka Centre) agar faktor feel good muncul semula selepas tiga tahun di bawah kepimpinan Pak Lah. Ia semacam pemulihan psikologi untuk BN menikmati senario kondusif sebagaimana yang berlaku pada pilihan raya umum 2004. Ini sebuah nostalgik yang boleh diagenda melalui media milik peribadi, bukan milik rakyat. Ia tidak akan kembali lagi. Ia tidak mungkin diulangi. Ini kerana dari segi psikologinya, para pengundi secara umum memberi rasa kasihan dan prihatin serta memberi sokongan sekadar sekali bukan kedua kali atas dasar simpati/harapan kepada Perdana Menteri yang baru. Kini peluang telah diberi, maka Pak Lah sebagai PM sudah dilihat prestasinya, maka ia sedang dinilai. Penilaian terhadap prestasinya adalah boleh merujuk kepada janji-janjinya, berjaya atau tidak. Daripada bukti yang ada tahap amalan rasuah makin tinggi dan tahap amalan demokrasi pula makin menurun. Sekiranya prestasi Pak Lah berada di tahap terbaik, sudah pasti beliau akan melakukan beberapa perubahan pentadbiran yang bersifat struktural, seperti memperkasakan undang-undang, menambah upaya kebolehpercayaan kepada badan-badan kehakiman, meningkatkan integriti badan-badan penguatkuasa seperti polis, BPR, kastam dan imigresen, membuka ruang untuk rakyat menikmati hak dan kebebasan, dan memperbaiki kepincangan demokrasi yang diuruskan oleh SPR. Realitinya adalah suatu ironik; lain harapan rakyat, lain pula yang Abdullah buat, maka kekallah tanpa dipinda (jauh sekali untuk menghapus) semua akta-akta zalim (draconian laws) seperti ISA, Akta Polis, OSA, AUKU dan banyak lagi. Oleh itu rakyat seharusnya disedarkan (oleh media alternatif) betapa Pak Lah adalah sama seperti Dr. Mahathir, personaliti sahaja yang membezakan antara keduanya. Personaliti Pak Lah yang dikatakan lembut dan lebih Islamik, serta tersirat maksud politik yang tidak berubah malah sesuatu yang lebih mengelirukan (very deceiving). Paling tidak Dr.Mahathir yang dikatakan zalim itu telah mencipta rekod, secara berani menyerang (sungguhpun secara lisan) musuh Islam seperti Yahudi. Meneruskan penentuan agendanya (para pengarang Berita Harian) dengan memanipulasi maklumat dari hasil kajian (yang belum tentu autoritatif) Seramai 69% rakyat Malaysia juga berpendapat Malaysia ditadbir mengikut kemahuan rakyat. Penyiaran hasil kajian itu merupakan sambungan daripada penemuan kajian oleh Merdeka Centre, sebagaimana dibincangkan di atas. Apa yang penting, kesemua penemuan kajian tersebut perlu diperhalusi secara yang lebih objektif. Maka, nilai objektiviti atas sesuatu isu, berita dan peristiwa seharusnya berlaku di dalam penyiaran media. Barulah sesebuah agensi media tersebut benar-benar mewakili dan memperjuangkan kepentingan rakyat. Agak malang, apabila media berfungsi dengan agenda yang memporak-perandakan harapan dan masa depan rakyat, maka akan berlakulah kepincangan sistem maklumat dalam sesebuah negara. Hasil penyelidikan boleh dikritik Dalam huraian seterusnya saya akan mengkritik Merdeka Centre, TNS dan Gallup International dari dua sudut. Pertama, status penyelidikan badan ini dan kedua metodologi penyelidikan yang digunakan. Sebelum itu, ada beberapa soalan umum yang boleh diketengahkan: Dari segi masa (timing), kenapa laporan ini dihebahkan sekarang? Apakah ini merupakan usaha-usaha untuk memadamkan pengaruh Bersih yang telah mampu menggerakkan seratus ribu rakyat awam yang yakin dengan hakikat bahawa amalan pilihan raya di Malaysia memang tidak bersih. Usaha untuk memadam pengaruh Bersih ada logiknya kerana penyelidikan yang dilakukan oleh agensi penyelidik tempatan seperti Merdeka Centre atau agensi penyelidik antarabangsa seperti Gallup International adalah sebelum berlangsungnya perhimpunan gergasi oleh masyarakat awam anjuran Bersih pada tarikh keramat 10 November 2007. Gallup International misalnya menjalankan penyelidikan mereka antara Jun hingga Ogos 2007. Seterusnya ialah: Apakah ada pakatan politik antara TNS dan Gallup International dengan BN? Kenapa penemuan kajian oleh badan-badan antarabangsa yang lebih berwibawa dari TNS dan Gallup International tidak dijadikan sandaran untuk mengukur prestasi kerajaan BN sekarang. Misalnya badan-badan seperti Transparency International, Economist dan Reporters Without Borders. Badan-badan penyelidik ini mendapati tahap demokrasi dan rasuah di Malaysia amat membimbangkan. Laporan penyelididkan badan-badan ini sudah pasti tidak diterima dengan hati yang terbuka. Jelas di sini berlaku double-standard pihak media di negara ini. Media berkenaan hanya sedia memanipulasi data penyelidikan atau statistik bagi memenuhi tujuan-tujuan yang tertentu bukanlah sesuatu yang baru. Berselindung di sebalik penyelidikan yang kononnya 'objektif', 'saintifik' dan 'berwibawa', maka pembaca tidak menyedari hakikat bahawa data-data penyelidikan itu telah dimanipulasi bagi mencapai tujuan tertentu. Dalam konteks perbincangan sekarang ini, manipulasi media hanya bertujuan untuk memberi legitimasi kepada Abdullah selaku PM secara khusus dan BN secara umumnya. Penyalahgunaan statistik bagi tujuan tertentu telah didedah oleh Darrell Huff seawal tahun 1954 dalam buku beliau berjudul How to Lie with Statistics yang boleh diterjemahkan sebagai "bagaimana untuk menipu dengan menggunakan statistik". Sekiranya pelajar mengambil kursus sains sosial atau ekonomi bagi ijazah sarjana muda di seberang laut seperti di Australia, buku ini merupakan buku teks yang wajib dirujuk. Walau apapun yang perlu disedari oleh penganalisis dan ahli strategi politik ialah hakikat sesuatu penemuan kajian oleh badan antarabangsa yang dilaporkan secara statistik seperti TNS dan Gallup International, mahupun oleh media massa milik BN adalah satu rantaian strategi politik BN bagi memenangi pilihan raya umum ke 12 nanti. Maka akan ada lagi strategi-strategi politik yang telah diatur secara rapi untuk diuruskan oleh media massa berkenaan sehinggalah berlakunya pilihan raya umum ke-12. Pada pengamatan saya rantaian strategi politik yang sedang dilaksanakan oleh BN adalah bersumberkan strategi politik yang diubahsuai dari pemikiran Lee A*****er (1951-1991) seorang ahli strategi politik dari Amerika Syarikat. Pendekatan yang digunakan oleh A*****er ialah pendekatan yang dikenali sebagai attack politics, iaitu mengutamakan pendekatan politik yang agresif seperti menggunakan media secara agresif, menyebar khabar angin palsu, kempen bisik-bisik (whisper campaign), mengeluarkan surat-surat beracun di saat-saat akhir kempen, dan menyediakan pemberita dengan tugas-tugas khas (planted reporters). Malah pihak BN turut menggunakan badan-badan tertentu termasuk agensi media massa bagi menyediakan penyelidik-penyelid Satu lagi kaedah yang digunakan oleh A*****er dan ditiru oleh BN ialah kaedah yang dikenali sebagai push polling. Apa yang dimaksudkan dengan kaedah push polling ialah dengan mengadakan tinjauan pendapat (opinion polls) atau pungutan suara berhubung dengan pilihan raya oleh peninjau yang kononnya ââ¬Ëbebasââ¬â¢ atau 'berkecuali' dan 'berwibawa' yang hasil dari kajian 'saintifik' ini menunjukkan satu-satu parti politik mendapat sambutan hebat masyarakat. Penemuan yang dikemukakan oleh Merdeka Centre, TNS dan Gallup International yang menyokong PM dan BN benar-benar mengikuti kaedah push polling yang digunakan oleh A*****er! Sungguhpun dalam kes Merdeka Centre, hasil kajiannya dimanipulasi secara selektif oleh pihak pengarang akhbar harian milik BN. Seterusnya, bagi menjatuhkan musuh politiknya A*****er menggunakan kaedah menggunakan ââ¬Ëorang ketigaââ¬â¢. Beliau misalnya menggunakan Senator Steve Symms dari Idaho yang membuat kenyataan bahawa isteri Dukakis (calon lawan George Bush Sr yang disokong oleh A*****er) pernah membakar bendera Amerika bagi tujuan memprotes penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam. Kaedah ini juga ditiru oleh BN dalam peristiwa berdarah Batu Buruk Trengganu di mana bendera Malaysia turut dibakar! Walau apapun strategi licik yang digunakan oleh A*****er dan ditiru oleh BN, ahli strategi politik BN harus menyedari dan mengambil pengajaran bahawa A*****er menemui ajal disebabkan ketumbuhan otak (brain tumour) mungkin kerana terlalu banyak memikirkan strategi-strategi jahat politiknya! Di hari-hari terakhir kehidupannya A*****er membuat kenyataan terbuka memohon maaf kepada semua mangsa-mangsa politiknya. Belum terlambat untuk ahli-ahli strategi politik BN untuk melakukan perkara yang sama! Membina status dan metodologi penyelidikan yang autoritatif Merujuk kepada beberapa laporan tinjauan pendapat yang dikeluarkan oleh Merdeka Centre dan merujuk kepada laman web TNS dan Gallup International kita boleh mempertikaikan status badan-badan penyelidikan ini. Status yang maksudkan ialah dari segi kepakaran atau pengkhususan (specialization) yang dimiliki oleh badan-badan penyelidikan ini. Ketiga-tiga badan penyelidikan ini mempunyai kepakaran dalam bidang bukan sains politik. Sedangkan, isu yang diketengahkan oleh akhbar harian milik BN ialah isu kepimpinan (prestasi PM yang meningkat) dan status demokrasi Malaysia. Isu kepimpinan dan demokrasi adalah menjurus secara spesifik kepada sains politik yang mempunyai angkubah (variables) dan metodologi yang tersendiri apabila menjalankan penyelidikan. Ketiga-tiga badan penyelidikan ini mempunyai tenaga penyelidik yang bersifat umum dari segi pengkhususan dan nampaknya hasil penyelidikan yang mereka lakukan lebih memenuhi tuntutan pasaran (market surveys). Maklumat yang terdapat pada laman web TNS dan Gallup International dengan jelas menjurus ke arah ini. Sifat umum sebagai pendekatan yang digunakan oleh Gallup International terserlah dengan jelas apabila hanya seorang sahaja 'pakar rujuk' atau wakil di setiap negara. Apa yang lebih menarik Gallup International tidak mempunyai wakilnya secara khusus di kebanyakan negara di seluruh dunia. Gallup menggunakan perkhidmatan syarikat atau badan penyelidikan yang bekerjasama dengannya. Di Malaysia syarikat berkenaan ialah TNS Malaysia. Ia diwakili oleh insan yang bernama Bee Yoke Yang. Secara jujur nama ini tidak dikenali di kalangan penyelidik atau ahli akademik. Setahu saya orang paling pakar dalam mengendalikan survei pilihan raya (electoral survey) di Malaysia ialah Prof. Dr. Syed Arabi Idid, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kita ingin mempersoalkan bentuk sampling yang digunakan oleh Bee Yoke Yang. Kenapakah semua 1,250 responden beliau adalah dari kawasan bandar. Kenapa pengundi luar bandar tidak dimasukkan? Apakan sampling beliau berbentuk stratified dalam erti kata mengambil kira kepelbagaian umur, jantina, tahap pendapatan dan pendidikan responden? Ini merupakan beberapa soalan asas yang menyebabkan pembaca ragu-ragu mengenai metodologi yang digunakan. Menggunakan metodologi yang kurang mantap akan menghasilkan keputusan penyelidikan yang kurang objektif dan terdedah kepada pertikaian. Kaedah penyelidikan yang digunakan oleh Merdeka Centre (temubual melalui telefon) juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Ia meninjau pendapat awam (public opinion polls) berhubung isu-isu semasa negara menjelang pilihan raya umum ke 12. Sudah pasti responden yang dipilih adalah bersifat rawak (random) berdasarkan nama-nama yang tertera dalam buku panduan telefon (yellow pages). Saya sendiri telah beberapa kali dihubungi oleh pembantu penyelidik Merdeka Centre untuk berfungsi sebagai responden. Kaedah penyelidikan menggunakan telefon mempunyai kelemahan-kelemahan yang tersendiri. Antara kelemahan yang boleh dikenalpasti ialah: Pertama, penemubual (bukan penyelidik sebenarnya) tidak dapat memerhati reaksi responden terhadap soalan-soalan (isu-isu) yang ditanya sebagaimana yang diperolehi oleh penyelidik yang membuat survei atau tinjauan di lapangan (field survey). Kedua, temubual yang agak panjang/meleret- Kelima, berdasarkan soalan-soalan yang pernah ditanya kepada saya sebagai responden, responden perlu memiliki paling kurang ijazah sarjana muda untuk memahami dan menjawab dengan baik. Pengalaman saya membuat penyelidikan di Kelantan dan Trengganu mendapati bahawa pengundi di luar bandar sebahagian besar hanya berkelulusan SPM atau setaraf dengannya. Apakah Merdeka Centre boleh pastikan bahawa semua respondennya memiliki sekurang-sekurangny Tidak dinafikan bahawa setiap kaedah penyelidikan mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri tetapi secara jumhur sebahagian besar badan penyelidik yang autoritatif dalam bidang sains sosial seperti Kerlinger menyetujui hakikat bahawa penyelidikan menggunakan telefon mempunyai lebih banyak kelemahan daripada kekuatan. Penyelidik seperti Kerlinger juga bersetuju penyelidikan di lapangan secara bersemuka dengan menggunakan satu set soal-selidik akan menghasilkan maklumat yang lebih tepat. Dari satu dimensi yang lain, menjalankan penyelidikan dalam sebuah masyarakat membangun seperti Malaysia amat berkait rapat dengan sifat budaya politik masyarakat setempat. Disebabkan sebahagian besar daripada isu yang ingin dikaji boleh dilabel sebagai 'sensitif', maka responden tidak akan memberi jawapan yang seobjektif mungkin. Jawapan-jawapan mereka adalah berlapik kerana bimbang mempunyai risiko politik yang tersendiri. Misalnya, seringkali pihak berkepentingan akan sentiasa memintas dan merakam percakapan telefon. Sungguhpun disoal-selidik ada dinyatakan bahawa maklumat yang dikumpul akan dirahsiakan dan akan digunakan semata-mata untuk tujuan kajian ilmiah dan responden tidak perlu mencatitkan nama mereka, tetapi jauh disudut hati mereka tahu pihak keselamatan akan dapat mengenalpasti identiti setiap responden berdasarkan jawapan-jawapan yang diberi. Budaya politik ini sebenarnya merupakan satu kekangan ke arah menghasilkan satu bentuk penyelidikan yang benar-benar objektif. Berbeza dengan budaya politik negara Barat yang matang sistem demokrasinya, responden memberi jawapan secara objektif tanpa rasa takut. Maka tinjauan pendapat awam yang biasa dilakukan oleh majalah Time mengenai pilihan raya di Amerika Syarikat biasanya adalah tepat kerana error margin adalah rendah. Kaedah ini nampaknya menjadi landasan yang dipelopori oleh Merdeka Centre. Satu usaha yang baik dalam konteks budaya politik yang belum baik, maka ia boleh menghasilkan keputusan yang kurang tepat kerana error marginnya tinggi. Merujuk kembali kepada status badan penyelidik: Merdeka Centre, TNS dan Gallup International, yang mempunyai kepakaran yang bersifat umum dan penyelidikan bersifat tinjauan pasaran (market survey), maka metodologi kajiannya agak longgar. Logiknya, ketiga-tiga badan penyelidikan ini perlu mendefinisi terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan kepimpinan dan demokrasi. Selepas menjelaskannya di peringkat definisi mereka perlu mengemukakan kaedah bagaimana konsep-konsep ini dapat diukur dengan membina misalnya indeks demokrasi. Dalam hal ini nampaknya The Economist Intelligence Unit yang beribu pejabat di London adalah lebih saintifik dalam kajian mereka berhubung dengan status demokrasi di negara-negara merdeka di dunia untuk tahun 2007, sungguhpun pendekatan mereka adalah juga bersifat tinjauan. The Economist misalnya mendefinisikan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan demokrasi. Selepas usaha ini dilaksanakan The Economist membina apa yang dikenali sebagai indeks demokrasi dan indeks ini digunakan bagi mengukur tahap demokrasi di 165 negara merdeka di dunia. Intisari kepada indeks demokrasi yang dibina oleh The Economist adalah lima kategori atau ciri demokrasi yang perlu dimiliki oleh semua negara yang mengaku mereka mengamalkan sistem politik demokrasi. Lima kategori yang dimaksudkan adalah: Proses pilihan raya dan pluralisme; kebebasan sivil; perjalanan kerajaan; partisipasi politik dan budaya politik. Kelima-lima kategori ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh, wujudnya kebebasan sivil (civil liberties) akan membawa terlaksananya dalam sesebuah negara demokrasi itu perkara-perkara yang mesra dan melayani hak asasi manusia seperti kebebasan berucap, kebebasan akhbar, kebebasan beragama, kebebasan berhimpun dan berpersatuan dan hak kepada proses kehakiman yang wajar (the right to due judicial process). Berdasarkan lima kategori yang dikenal pasti The Economist mengkategorikan 165 negara merdeka di dunia bagi tahun 2007 ke dalam empat kumpulan. Dalam kumpulan pertama adalah negara-negara yang mengamalkan demokrasi penuh (full democracies) The Economist mengkaji setiap negara (country profile) secara terperinci, walhal dalam kes Gallup International negara Malaysia nampaknya dikelompok secara umum di bawah kategori 'Asia Pasifik'. Kesimpulan Ada benarnya falsafah yang menyebut bahawa mereka yang mengawal maklumat adalah mereka yang berkuasa. Mereka yang mempunyai maklumat juga dikenali sebagai penjaga pintu kuasa (gatekeepers) Lanjutan daripada itu, media juga dikenali sebagai the Fourth Estate iaitu tonggak kuasa politik selain eksekutif, legislatif dan judikatif (kehakiman). Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang nyata antara memiliki maklumat dengan memanipulasi maklumat. Memanipulasi maklumat dalam konteks perbincangan penelitian ini, didapati pihak kerajaan BN telah merencana penentuan agenda (agenda setting) bagi menyediakan persekitaran politik yang bersifat feel good. Ia berusaha untuk mengembalikan nostalgia pilihan raya umum 2004 apabila faktor feel good ini telah memberi kemenangan yang besar kepada Abdullah. Penelitian ini menegaskan bahawa usaha untuk mengembalikan kegemilangan politik berdasarkan faktor feel good tidak akan menjadi kenyataan kerana kaedah penentuan agenda dengan memanipulasi media tidak berdiri di atas kerangka atau asas yang kukuh. Sementelah pula, sumber maklumat (hasil kajian badan penyelidik) yang dimanipulasikan itu boleh dipertikaikan dan diragui sifat objektivitinya. Kata orang tua-tua, kalau nak berbohong pun biarlah dengan cara yang cerdik! - Penulis adalah Pengarah, Centre for Electoral reforms Initiatives (CERI)
|
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___


Cuma yang berbeza ialah sejauh mana dari segi penggunaannya itu berlaku menurut peraturan (rule of conduct) atau sebaliknya. Sehubungan itu, sekiranya berlaku penyalahgunaan ketiga-tiga faktor ini ia pasti akan menjejaskan nilai-nilai kebaikan di sebalik amalan demokrasi dan pastinya akan mengotorkan proses pilihan raya itu sendiri.
Apabila ada berita mengenai parti pembangkang disiarkan, sama ada di media cetak atau elektronik, semestinya olahannya adalah memberi imej/kesan negatif kepada pembankang. Perspektif amalan media tersebut telah dibuktikan berlaku melalui kajian ilmiah (dengan menggunakan kaedah analisis kandungan) oleh Prof. Dr. Syed Idid Arabi, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Prof. Dr. Safar Hasim dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993, kemudian diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bertajuk Pilihan raya Umum: Satu Perspektif Komunikasi Politik. Rumusan kajian itu bahawa memahami hakikat media begitu berpengaruh dalam membentuk minda pengundi, maka BN tanpa segan silu telah memanipulasi media bagi kepentingan politik mereka.
Realitinya adalah suatu ironik; lain harapan rakyat, lain pula yang Abdullah buat, maka kekallah tanpa dipinda (jauh sekali untuk menghapus) semua akta-akta zalim (draconian laws) seperti ISA, Akta Polis, OSA, AUKU dan banyak lagi. Oleh itu rakyat seharusnya disedarkan (oleh media alternatif) betapa Pak Lah adalah sama seperti Dr. Mahathir, personaliti sahaja yang membezakan antara keduanya. Personaliti Pak Lah yang dikatakan lembut dan lebih Islamik, serta tersirat maksud politik yang tidak berubah malah sesuatu yang lebih mengelirukan (very deceiving). Paling tidak Dr.Mahathir yang dikatakan zalim itu telah mencipta rekod, secara berani menyerang (sungguhpun secara lisan) musuh Islam seperti Yahudi.
Pada pengamatan saya rantaian strategi politik yang sedang dilaksanakan oleh BN adalah bersumberkan strategi politik yang diubahsuai dari pemikiran Lee A*****er (1951-1991) seorang ahli strategi politik dari Amerika Syarikat. Pendekatan yang digunakan oleh A*****er ialah pendekatan yang dikenali sebagai attack politics, iaitu mengutamakan pendekatan politik yang agresif seperti menggunakan media secara agresif, menyebar khabar angin palsu, kempen bisik-bisik (whisper campaign), mengeluarkan surat-surat beracun di saat-saat akhir kempen, dan menyediakan pemberita dengan tugas-tugas khas (planted reporters). Malah pihak BN turut menggunakan badan-badan tertentu termasuk agensi media massa bagi menyediakan penyelidik-penyelid
Selepas usaha ini dilaksanakan The Economist membina apa yang dikenali sebagai indeks demokrasi dan indeks ini digunakan bagi mengukur tahap demokrasi di 165 negara merdeka di dunia. Intisari kepada indeks demokrasi yang dibina oleh The Economist adalah lima kategori atau ciri demokrasi yang perlu dimiliki oleh semua negara yang mengaku mereka mengamalkan sistem politik demokrasi.
No comments:
Post a Comment