(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
Lingam mungkin ada akses rahsia-rahsia rasmi?
Lingam mungkin ada akses rahsia-rahsia rasmi?
| Wan Nordin Wan Yaacob Thu | Jan 17, 08 | 8:18:21 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 17 Jan (Hrkh) - Suruhanjaya Diraja yang menyiasat skandal kehakiman 'Pita Lingam' diberitahu mengenai pertukaran surat antara bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan dengan pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2001. ![]() Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman, telah diminta memberi keterangan saksi untuk menyahihkan surat-surat tersebut di hadapan lima pesuruhjaya siasatan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Dalam satu surat bertarikh 2 Oktober 2001, Mohamed Dzaiddin telah mengemukakan lima calon untuk menjadi Hakim Mahkamah Tinggi kepada bekas Perdana Menteri. Samsudin pula juga mengemukakan lima calon ( tiga yang sama dan dua yang berbeza), dan Mahathir akhirnya memilih senarai yang dikemuka oleh Samsudin. Dalam rakaman video yang dibuat pada 21 Disember 2001, Dato' VK Lingam menamakan dengan tepat dua orang dari senarai Mohamed Dzaidin akan digugurkan. Sementara pelantikan hanya diumumkan pada 8 Februari 2002. Lingam menerangkan bahawa satu nama yang akhirnya digugurkan, Zainudin Ismail, ditolak kerana Zainudin mengritik perlantikan Ahmad Fairuz sebagai Ketua Hakim Malaya. Akhbar arus perdana melaporkan., surat-surat rasmi antara bekas Dr Mahathir dan Mohamed Dzaiddin berhubung rundingan pelantikan Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan hakim-hakim Mahkamah Tinggi didedahkan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja. Sebanyak 30 dokumen termasuk memorandum kepada Majlis Raja-Raja dan Pengelola Istana Negara yang bertarikh antara 2 Julai 2001 dan 30 Jun 2002 dikemukakan sebagai bahan bukti serta dicamkan oleh Samsudin. Surat-surat tersebut yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia telah dikelaskan semula sebelum salinannya diserahkan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja. Samsudin yang memberi keterangan sebagai saksi keenam pada hari ketiga prosiding suruhanjaya itu juga mengesahkan semua dokumen tersebut pernah dikendalikan, disedia dan ditandatangani semasa beliau memegang jawatan KSN antara 1 Februari 2001 dan 2 September 2006. Antara dokumen rasmi yang dikemukakan oleh pegawai pengendali suruhanjaya, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan ialah surat cadangan pelantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim sebagai Hakim Besar Malaya bertarikh 2 Julai 2002 daripada Mohamed Dzaiddin kepada Dr Mahathir. Dalam surat itu, antara lain Mohamed Dzaiddin memohon persetujuan Dr Mahathir supaya Ahmad Fairuz dilantik sebagai Hakim Besar Malaya. Bekas Ketua Hakim Negara itu menulis kepada Dr Mahathir: 'Saya berpenuh keyakinan Dato' Ahmad Fairuz dapat bekerjasama dan bersefahaman dengan saya kerana kami datang dari sama sekolah'. Surat bertarikh 19 Ogos 2002 pula berupa cadangan pelantikan Ahmad Fairuz sebagai Presiden Mahkamah Rayuan oleh Mohamed Dzaiddin kepada bekas Perdana Menteri itu. Turut dikemukakan ialah surat cadangan pelantikan lima hakim Mahkamah Tinggi pada 5 Disember 2001 yang menyenaraikan lima calon iaitu tiga Pesuruhjaya Kehakiman iaitu Dato' Heliliah Mohd. Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato' Ahmad Maarop serta dua peguam iaitu Dr Andrew Chew dan Zainuddin Ismail. Menjawab soalan peguam yang mewakili Badan Peguam Malaysia, Razlan Hadri, Samsudin menjelaskan kepentingan surat rasmi tersebut dengan berkata, "Surat itu tidak didedahkan walaupun kepada Menteri dan Timbalan Menteri."/wann.
|
JOM BERSIH !!!
No2umno
'Top secret' letters released

Malaysiakini - A series of letters between former premier Dr Mahathir Mohamad and ex-Chief Justice Mohamed Dzaiddin Abdullah between October 2001 and January 2002 gave an insight as to how judges were appointed.These highly confidential letters, which were declassified and released to the royal commission of inquiry into the Lingam tape yesterday, showed a glimpse of how Mahathir can decide who to appoint as a judge and who to discard.In one such letter, Mahathir did not explain why he dropped two candidates for the High Court positions in 2001 despite the names being forwarded twice to him.
Former chief secretary to the government Samsudin Osman, who testified before the inquiry yesterday and was privy to the letters, had confirmed the letters and their contents.
The inquiry was told yesterday that in one letter dated Oct 2, 2001, Mohamed Dzaiddin had recommended five names to Mahathir to be appointed to the High Court.
The five were the then solicitor-general Heliliah Yusof, judicial commissioners Ramly Ali and Ahmad Maarop, and senior lawyers Andrew Chew and Zainudin Ismail.
Vacancies not filled
However in a reply to Mohamed Dzaiddin on Dec 5, 2001, Mahathir had only agreed to the recommendations of Heliliah, Ramly and Ahmad. "Besides that, I would like to recommend two out of the five serving judicial commissioners below to be appointed as High Court judges," Mahathir wrote in the letter, a copy of which was obtained by Malaysiakini. (See letter here)
Mahathir's recommendation consisted of Zakaria Sam, Su Geok Yam, Sulaiman Daud, Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad and VT Singam.
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___




No comments:
Post a Comment