(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
JOM BERSIH!!! bersih.org
amdang81
| Lagi Kisah Ahli UMNO masuk UMNO. |
| Bismillahirrahmanir Pagi-pagi lagi aku agak terkejut bila baca paper. Penggerak Pondok Nyamuk, 304 keluar PAS. Kalu diikutkan Jabi ni kampung zaujah aku. Walaupun dia tidak lagi menetap di situ, namun aku biasa ke sana kerana ramai sahabat-sahabat lama yang ada di DUN yang agak ketinggalan itu. Atas sedikit rasa tanggungjawab, aku bersegera (petang dah sebenarnya!! Akhirnya terbongkar rahsia bahawa dia ni dipercayai dipecat dari jawatan kerana melakukan penyelewengan dan bukannya letak jawatan untuk bersama PAS. Ada sumber mengatakan sebenarnya dia ni tidak pernah pun mengisi borang PAS dan masih UMNO. Cuma kerana disisihkan UMNO, dia mula merapati PAS. Mungkin sikap PAS yang tidak berburuk sangka menyebabkan dia mudah diterima. Sebelum tahun 2004, Ustaz Mad (menghormati panggilan seorang sahabat yang masih memanggilnya ustaz) secara rasminya telah dipinggirkan oleh para penduduk Pondok Nyamuk. Ini disebabkan perlakuan 'kurang sihat' yang diamal olehnya yang dikesan oleh para penduduk pondok. Ramai anak muda mengadu menjadi mangsa perbuatan Ustaz Mad tersebut. Sehinggalah dia sendiri terasa terpinggir dengan perbuatannya itu dan mula keluar dari kawasan pondok. Memang dia masih punya rumah dalam kawasan pondok, tetapi rumah tu sesekali sahaja dijenguk. Orang sekeliling juga sudah tidak ambil peduli dengan dia. Akhirnya dia muncul kembali dengan masuk UMNO. Jika dia dikatakan penggerak Pondok Nyamuk, penduduk tempatan mudah sahaja menafikannya kerana dia sendiri datang selepas pondok itu dibangunkan. Siapa pula Abdul Manaf Idris yang dikatakan Bekas Ketua Pemuda PAS Besut di dalam Akhbar Utusan? Ingatkah kalian pada Ayah Pin Angkasawan Pertama Negara? Jika ingat, tentu kalian ingat bagaimana Ayah Pin terpaksa naik ke 'Langit' setelah 'Perkampungan Hadharinya' dirobohkan oleh sekumpulan lelaki. Kumpulan lelaki itu turut disebut diketuai oleh bekas pimpinan PAS Besut. Sebenarnya Abdul Manaf ini merupakan sebahagian dari pengikut bekas pimpinan PAS terbabit iaitu Ustaz Abd Latif. Ustaz Latif menjadi bekas pimpinan setelah dipecat keahliannya oleh PAS. Abdul Manaf sendiri sebenarnya sudah lama mengisi borang UMNO. Mungkin ini kali ke 10 dia masuk UMNO. Biarkan dia. Lagi 303 yang lain? Mesti panjang tulisan aku jika aku perincikan satu-satu. Sebenarnya jumlah 303 itu lagi boleh dibahagikan kepada dua. Satunya memang mereka merupakan asalnya ahli UMNO dan masih UMNO, dan sebahagian besar lagi merupakan mereka yang tidak tahu apa-apa. Mengikut maklumat yang diterima memang ada nama Orang PAS yang menghantar borang, tetapi individu terbabit tidak tahu apa-apa. Kenapa ini boleh berlaku? Sebenarnya mereka yang tidak tahu apa-apa ini telah dan pernah mengisi borang permohonan bantuan dari kerajaan dan pihak JKK. Bantuan itu meliputi bantuan Persekolahan, bantuan Wang Ehsan dan pelbagai nama bantuan lagi. Senarai nama mereka inilah dipilih oleh UMNO untuk diisi dengan borang keahlian UMNO sekiranya mereka didapati belum menjadi ahli walaupun mereka itu tidak berniat demikian. Betapa baiknya UMNO. Orang UMNO ni memang jenis tak reti malu. Dia masuk UMNO, pastu daftar UMNO lagi, pastu daftar lagi, pastu daftar lagi. Itulah realiti yang ada di sana. Seperti kata seorang lagi sahabat, "10 kali dah puak-puak ni masuk UMNO". Aku sebelum ini juga bimbang dengan satu tulisan di Harakah yang menyebut PAS tidak bimbang dengan mereka yang keluar. Maka, hari ini jika 50 Juta ahli UMNO ngaku PAS dan Masuk UMNO, pastu masuk lagi, masuk lagi pun aku percaya PAS memang tidak akan bimbang. Namun penipuan dan memesongkan fakta seolah-olah ahli PAS yang masuk UMNO itulah sebenarnya jerat mereka. Dalam keadaan sekarang sebenarnya tiada sebab ahli PAS mahu keluar dari PAS. Ahli PAS tak berebut projek, Ahli PAS tidak berebut jawatan, malah PAS juga tidak terliur dengan wang ehsan yang tidak seberapa ringgit itu. Tidak pernah pula keluar akhbar ada yang mati kerana tidak mendapat Wang Ehsan. Namun, jika dikatakan ada ahli PAS masuk UMNO kerana dalam PAS tak ada projek, dalam PAS asyik kena bagi derma dan dalam PAS tak boleh buat maksiat, maka aku akan akui bahawa itu merupakan suatu 'KESILAPAN' PAS yang paling besar! Wallahua'lam |
| 1,000 penduduk protes sikap wakil rakyat |
Bismillahirrahmanir Ini cerita dari Jabi. Himpunan Aman penduduk tanpa sebarang provokasi dan halangan dari pihak polis. Apakah himpunan mereka mempunyai permit?? Aku tak kisah sebenarnya perhimpunan mereka mempunyai permit atau tidak, yang aku nak kisahkan adalah betapa sayangnya mereka kepada UMNO / BN dan DJ. Apakah mereka tidak tahu sikap YB mereka itu sebenarnya adalah kesan DJ yang didik? DJ yang mendidik YB yang ada mementingkan diri, jaga anak bini, jaga kroni. Pengundi? Percayalah semua ini sekejap sahaja. Nanti akan datang DANA Khas hari raya, maka ketika itu semua senyum berseri. Tiada lagi dengki dan iri hati. Kadang kala aku puji gak sikap orang UMNO ni. YB tak salah nak pentingkan diri, tapi kuah tu kena la cedok juga sini. Beri sahaja sedikit, nescaya mereka akan senyap. Aku kira laporan akhbar ini hanyalah segelintir penyokong UMNO yang terlepas pandang dari mendapat tender membina longkang, tender bersih jalan dan juga tender membuat signboard. Kalu tak, takkan bising punya. Yang hadir ramai-ramai itu pula dah tentu rakyat UMNO yang tiada kerja. Haraplah kontraktor mereka dapat tender, maka ada la sedikit belanja. Apapun, tahniah polis kerana tidak menghalang perhimpunan HARAM ini!!. SETIU Kira-kira 1,000 penduduk di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di sini, berkumpul bagi melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap wakil rakyat mereka yang dikatakan lebih mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mendengar keluhan rakyat. Sambil menunjukkan tanda protes, penduduk juga bersepakat menyembelih dua ekor lembu untuk dijadikan hidangan jamuan kepada orang ramai yang hadir pada perhimpunan itu, semalam. Jamuan tersebut diadakan di pekarangan rumah salah seorang anggota masyarakat di kampung berkenaan, iaitu Salleh Hussin, 48. Menurut Salleh, dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk mengadakan jamuan sempena perhimpunan itu sebagai tanda kekesalan penduduk kampung terhadap sikap wakil rakyat mereka yang tidak mahu mendengar keluhan dan pandangan. "Seorang pemimpin yang baik dan disenangi oleh rakyat adalah pemimpin yang boleh menerima pendapat dan pandangan orang lain dan berbincang untuk kemajuan dan kebaikan bersama," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, memandangkan seseorang pemimpin itu dipilih oleh rakyat, maka wakil rakyat yang dipilih itu perlu cakna kepada rakyat demi kepentingan orang ramai dan pentadbiran, bukannya mementingkan kehendak sendiri. "Oleh itu, seorang pemimpin mestilah bersikap telus dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat," ujarnya. Salleh berkata, masyarakat di sini terlalu kesal kerana kepimpinan yang ada pada hari ini tidak boleh menerima pandangan dan kritikan orang lain untuk kebaikan bersama dan parti. Pada perhimpunan tersebut, penduduk kampung itu turut menaikkan kain rentang berbunyi 'Kami Sayangkan UMNO, Kami Sayangkan MB, Tetapi Kami Tidak Mahu " bagi meluahkan rasa tidak berpuas hati. Nota: Berita petikan Sinar Harian |
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___




No comments:
Post a Comment