(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
Kes Sharlinie bukti Malaysia tidak selamat - Salahuddin Ayub
| Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin Tue | Jan 15, 08 | 4:53:00 pm MYT | |
| PETALING JAYA, 14 Jan (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, Malaysia kini sudah tidak selamat lantaran lambakan kes jenayah yang kian meningkat. ![]() "Saya rasa Malaysia sudah tidak selamat. Bahkan saya sendiri pun berasa takut untuk membenarkan anak-anak saya keluar untuk menjalankan kegiatan rekreasi tanpa pengawasan orang dewasa," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Sehubungan itu, beliau berkata, Pemuda PAS menyeru masyarakat agar dapat berganding bahu bagi membanteras jenayah yang berlaku di kawasan masing-masing tanpa hanya perlu bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata. Katanya, penduduk setempat hendaklah sama-sama berperanan bagi membantu menjaga keselamatan memandangkan kadar jenayah negara yang kian meningkat dari masa ke semasa. "Kita sudah tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan pihak keselamatan apabila kes yang hampir sama berulang dalam tempoh terdekat sebagaimana kejadian malang yang menimpa Arwah Nurin Jazlin Jazimin serta beberapa mangsa sebelum ini," ujarnya kepada wartawan. Beliau berkata demikian ketika ditemui apabila mengadakan lawatan ke rumah mangsa penculikan Sharlinie Mohd Nashar, 5, di Kampung Medan, Petaling Jaya Utara hari ini. "Kita telah mengadakan runding mengenai keselamatan untuk membincangkan kes-kes mutakhir ini kerana kita tertanya-tanya sampai bilakah kita harus menyaksikan lebih banyak lagi kes seumpama ini berlaku?" ujarnya nada kekecewaan. Bagaimanapun, beliau menyeru pihak polis agar dapat mempertingkatkan kecekapan serta kualiti perkhidmatan mereka selaku anggota keselamatan negara bagi membanteras kegiatan jenayah. "Pada masa yang sama, masyarakat juga perlu mengikis sikap 'menjaga tepi kain orang' yang sering kali menjadi amalan sesetengah kawasan terutamanya masyarakat yang tinggal di bandar, kerana ia ternyata merugikan banyak pihak," ujarnya. Dalam pertemuan Pemuda PAS dengan ibu Syarlinie, Suraya Ahmad, 28, beliau turut berkongsi rasa simpati di samping berdoa agar Sharlinie segera ditemui dengan selamat. "Saya amat berharap dan akan terus berdoa agar Sharlinie ditemui dengan selamat," tambahnya. Pada masa yang sama, ketika ditanya Salahudin mengenai gerak hati beliau mengenai anak peremuannya itu sama ada masih hidup ataupun sebaliknya, Suraya hanya berkata bahawa beliau menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah semata-mata. Di kesempatan itu, Salahudin bersama rombongan Pemuda PAS Pusat turut menghulurkan sumbangan serta buah tangan bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa. "Kami telah mengarahkan pemuda PAS seluruh negara mengadakan solat hajat serta bacaan yasin sehingga Sharlinie ditemui di samping menggerakkan pasukan Unit Amal Malaysia untuk mengedarkan risalah bagi membantu mengesan mangsa." "Saya memahami tekanan yang dirasai oleh keluarga adik Sharlinie dan saya memanjatkan doa kepada Allah agar segala urusan ini dipermudahkan, Tegas Salahuddin, kes-kes seumpama ini memberikan tanggapan kepada semua pihak bahawa ibubapa serta penjaga perlu lebih berwaspada serta mengawal gerak geri anak-anak mereka ketika berada di luar rumah. Semalam, Pemuda PAS kawasan Petaling Jaya Selatan serta Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Pusat telah turut sama mengadakan kunjungan ke rumah Sharlinie serta mengadakan solat hajat serta bacaan surah yasin di sana. Sharlinie dilaporkan hilang kira-kira 11.30 pagi Rabu 9 Januari lalu ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan di sini. Sehari selepas itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan diculik di Taman Medan, Petaling Jaya sebelum ditinggalkan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam, satu lagi kes berlaku di taman yang sama. - mr
|
Cakap Tak Serupa Bikin
Pak Lah's Plea to Criminals
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi made a plea to the person who kidnap Sharlinie urging him to free the child."Those who did this are cruel. I hope those responsible will realize how angry the public is," Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi told reporters yesterday at the Family Day for staff of the Prime Minister's Office at Seri Perdana, his official residence.
"They must repent and be brave enough to return Sharlinie."
We Malaysians are glad that the Prime Minister had come out in the open to call on the criminals to repent and be brave. Kidnapping is not our culture, and the kidnappers must uphold his integrity and the rule of natural justice. All Malaysian criminals must be brave and courageous. They must go to the police station to surrender themselves and not wait for the police to hunt them down. We do not have enough police personnels to do such work and it is very tough job to hunt them down. So if the criminals will cooperate with the police, it will make our nation more peaceful and we will then be able to reduce the crime rates.
For those criminals who are prepared to accept our Prime Minister's advice, the police may be willing to consider treating them better when they are in lockup and the public prosecutor may even consider to charged them for a slightly (very very slight) lesser crime and may even ask the judge to be lenient towards them. That way, it's win-win and the criminals may even be bestowed some titles, like Datut, Pingat Jasa Berani, Pingat Jasa Rakyat, or Pingat Jasa Barisan Rempit.
It was a great and brave call from the Prime Minister. No PM in the past had dared to plead to the criminals asking them to be brave and courageous in repenting and self-surrender. This shows how brave our PM is. This shows how effective Barisan Nasional solve the rising crime problems. Now, criminals can come forward and surrender themselves and this save the police and the nation a lot of time and expenses.
UMNO Putera Chairman Datuk Azeez had assembled a large group of Mat Rempit to relieve the police of the search effort. The response from the Mat Rempit was great. So, if you hear motorcycles racing around town and cities, do not fear as they are doing a great service for the nation. They are speedily searching for the little girl and they had to do it quick and fast; so they must speed and run around town in all directions, in desperation, to prove they are putting in their best efforts without being paid.
Pak Lah also expressed his concern about similar cases involving young children. He advised parents to keep a close watch on their children.
"Parents must take care of their children. Don't let them go out alone in the evenings. There's no need to ask them to go alone to the shops to buy things.
"If they must go, get an older sibling to accompany them or the parents themselves should go with them.
"Parents should hold their children's hands. Don't let them wander off alone. If not, all sorts of things can happen."
So, parents, please hold your child's hand. Don't let them go out. Don't let them meet kidnappers, rapists and murderers. Teach them how to recognize those criminals. If you don't know how, asked the PM and the police; they are the experts.
JOM BERSIH !!!
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___



Beliau berkata demikian ketika ditemui apabila mengadakan lawatan ke rumah mangsa penculikan Sharlinie Mohd Nashar, 5, di Kampung Medan, Petaling Jaya Utara hari ini.
Dalam pertemuan Pemuda PAS dengan ibu Syarlinie, Suraya Ahmad, 28, beliau turut berkongsi rasa simpati di samping berdoa agar Sharlinie segera ditemui dengan selamat.
pasukan Unit Amal Malaysia untuk mengedarkan risalah bagi membantu mengesan mangsa."

No comments:
Post a Comment