[Malaysia Today] Keroh Perlu Bertukar Pemimpin Dan Parti / Tengku Adnan Tolak Sekolah Agama Di Putrajaya!

DPP Bukit Katil


WANG IHSAN KEDUA UNTUK MANGSA BANJIR. MANGSA BANJIR DI MELAKA 2006 ADA YANG BELUM DAPAT?

PEKAN : Seramai 157,507 mangsa banjir di seluruh negara yang menerima wang ihsan hari ini, bakal menerima satu lagi bantuan yang akan disalurkan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak berkata, bantuan dalam bentuk wang ihsan bagi pusingan kedua itu bagi membaiki kerosakan rumah mereka yang ditenggelami air pada kejadian banjir baru-baru ini.

‘‘Kita menetapkan rumah mangsa banjir yang ditenggelami air sedalam lebih 1.5 meter akan menerima wang ihsan sebanyak RM1,100 manakala di bawah paras itu menerima RM700,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ihsan kepada 813 mangsa banjir di Dewan Konvensyen di sini hari ini.

Nampaknya begitu serius dalam hal pembayaran wang pampasan banjir. Beliau memilih kawasannya sendiri sebagai tempat untuk memulakan penyerahan wang banjir ini kerana dia serik bila hanya menang 213 undi sahaja pada pilihanraya umum 1999 lalu. Jadi setiap minggu dia balik ke Pekan.

Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, mangsa banjir di Melaka tahun 2006 dulu masih ada yang belum dapat wang pampasan. Ini dinyatakan sendiri oleh lidah rasmi Umno Melaka, akhbar Melaka Hari ini.

Tak payahlah Najib berlakon bahawa kerajaan BN prihatin dan cekap. Di Melaka dah setahun lebih masih belum selesai.

*****.*****

alkerohi

Keroh Perlu Bertukar Pemimpin Dan Parti

Separuh abad mendengar kalimat kemerdekaan. Namun apa itu merdeka ?

Penduduk Keroh, Perak seolah-olah memahami kemerdekaan apabila kerajaan yang ada membekalkan air, elektrik dan jalanraya kepada mereka. Dua puloh tahun yang lalu, pekan kecil Keroh ini dikenali sebagai Pekan Komunis atau tempat jin bertendang.

Sejak merdeka ia diperintah oleh wakil rakyat dari kerajaan Barisan Nasional. Tidak banyak perubahan fizikal yang ada di sini. ADUNnya sekarang adalah juga Menteri Besar Perak. Dato’ Tajol Rosli Ghazali dikatakan orang kesayangan istana Perak. Bapanya merupakan bekas Menteri Besar Perak yang pernah berbakti dan banyak jasanya kepada istana.

Tajol seorang yang taat setia kepada sesiapa sahaja yang menjadi ketua atau Perdana Menteri. Beliau diibaratkan seperti ‘lalang’. Tidak mempunyai prinsip pentadbiran atau halatuju politik. Banyak rungutan yang diterima daripada penduduk Keroh. Segala projek yang ada di sekitar Perak termasuk di Keroh, asyik-asyik diberikan kepada 'kenalan' yang sama. Penerima habuan sudah menjadi jutawan tetapi rakyat biasanya masih seperti dua puloh tahun yang lalu. Malah, dihebohkan juga, kakitangan awam di Perak tidak sehaluan dengan dasarnya. Banyak arahan-arahan Tajol tidak diendahkan mereka.

Keroh kini tertinggal dalam banyak segi. “Sepatutnya jalan dari Baling ke Gerik ada susur keluarnya ke pekan ini. Tetapi kerana lembutnya MB sekarang, beliau tidak dapat membuat apa-apa. Perniagaan atau pembangunan ekonominya sudah tidak serancak seperti dulu” merungut Hj Ali seorang penduduk lama di sini.

Penduduk Keroh mahukan perubahan. “Masyarakat asli di sini merupakan penyokong kuat yang digula-gulakan oleh BN demi mendapatkan undi mereka. Begitu juga undi tentera dan pasukan PGA yang memihak kepada parti pemerintah” kata Maniam seorang pemandu teksi yang sudah empat kali mengundi.

Parti politik alternatif iaitu PAS telah beberapa kali meletakkan calon dalam pilihanraya yang lalu tetapi tidak berjaya. “Tidak ada strategi baru dari PAS. Orang Cina, penduduk asli dan anggota badan beruniform masih belum dapat dimesrakan” kata Abdul Halim dari Kg Air Panas.

Masyarakat di sini memerlukan berita-berita dan perkembangan baru. Mereka berharap agar kekerapan kedatangan pemimpin alternatif dapat membuka mata pengundi di sini.

Penduduk lama Keroh juga mengharapkan anak-anak tempatan yang berhijrah demi mencari rezeki di perantauan, dapat balik dan mengundi dalam pilihanraya kali ini. “Sudah tiba masanya perubahan dilakukan” kata mereka.

Hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri.

Rata-rata penduduknya gembira mendengar berita bahawa Tajol tidak akan bertanding lagi di dalam pilihanraya kedua belas ini. Namun bagi mereka, pemimpin BN adalah ibarat, "keluar mulut buaya, masuk pula kemulut naga ".


*****.*.*****
Entri pilihan dari laman Tranungkite.net
Tengku AdnanPutrajaya telah dibangun berasaskan kepada dasar pembinaan bandar dalam Islam. Sebab itulah Masjid Putra telah menjadi binaan yang pertama tersergam di Putrajaya.

Majoriti penduduk dan pengundi Putrajaya beragama Islam dan tentu sahaja kita mahukan syiar Islam juga terus berkembang di Putrajaya. Namun apakan daya harapan dan cita-cita itu tidak akan tercapai apabila kita tersalah pilih wakil rakyat yang akan mewakili pengundi Putrajaya di parlimen.

Kita perlu memilih pemimpin yang bersih dan tidak terlibat dengan sebarang salah laku, aktiviti maksiat seperti perjudian dan sebagainya. Malah kita tak mahu pemimpin yang anti-Islam dan tidak mahu orang yang dipimpinnya buta tentang Islam.

Salah seorang calon Parlimen Putrajaya berperwatakan begitu. Buktinya, atas desakan penduduk, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perbadanan Putrajaya telah bersetuju untuk membina sekolah agama di Presint 8, 9 dan 16 pada tahun 2004 malah peruntukannya telah diluluskan.

Malangnya atas desakan beliaulah maka projek itu telah dibatalkan berdasarkan ungkapan popular beliau yang sedang meluas di sekitar Putrajaya sekarang ini iaitu:

â€Å"Sekolah agama tak perlu di Putrajaya kerana ia boleh menjatuhkan imej Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan”

Jika sekiranya beliau terpilih, kita sebagai ibu bapa Muslim pasti akan terus â€Å"menderita” kerana terpaksa berterusan menghantar anak-anak kita yang dahagakan ilmu agama sebagai bekalan hidup dan akhirat ke Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Kg. Sg. Ramal Luar/ Dalam dan Bandar Baru Bangi.

Semasa kempen ini memang beliau berjanji akan membina sekolah agama tetapi janji pasti tinggal janji. Apabila kuasa sudah dalam tangan beliau boleh berbuat sesuka hati. Masa itu kita yang akan melopong.

Oleh itu, â€Å"Tepuk Dada Tanya Iman”. Sanggupkah kita di akhirat nanti apabila anggota badan berkata bahawa tangan inilah yang telah memberi kuasa (undi) kepada pemimpin yang tidak cintakan Islam dan tidak mahu ajaran Islam berkembang di kalangan umatnya.

Tolak calon BN taukeh judi itu!

MAKLUMAN.

PAS PUTRAJAYA SEDANG MEMPERKEMASKAN GERAK KERJA KE ARAH MENGAHADAPI PILIHANRAYA UMUM TIDAK LAMA LAGI. SEHUBUNGAN DENGAN KAMI INGIN MEMOHON SUMBANGAN DANA PILIHANRAYA DARIPADA PIHAK DATO’/TUAN/PUAN SUPAYA GERAK KERJA PILIHANRAYA DAPAT BERJALAN DENGAN LANCAR. SUMBANGAN DATO’/TUAN/PUAN ITU BOLEH DISALURKAN KEPADA AKAUN  BIMB PAS KAWASAN PUTRAJAYA; 16018010009961.

SEGALA KERJASAMA DAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN OLEH DATO’/TUAN/PUAN AMATLAH KAMI HARGAI. SEMOGA SEGALA USAHA BAIK KITA INI DITERIMA DAN DIKIRA SEBAGAI AMAL YANG MENDAPAT TEMPAT DI SISI ALLAH SWT.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.

__._,_.___
Y! Messenger

Instant smiles

Share photos while

you IM friends.

Best of Y! Groups

Check out the best

of what Yahoo!

Groups has to offer.

Moderator Central

Yahoo! Groups

Get the latest news

from the team.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment