[Malaysia Today] Kenapa Bajet 2009 Dibentang Awal ? / Blog PemudaWilayah Bahasa Inggeris dan Cina

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


Cina Islam

Kenapa Bajet 2009 Dibentang Awal ?

Pembentangan Bajet 2009 akan diadakan pada 29 Ogos ini iaitu dua bulan lebih awal berbanding amalan biasa pada Jumaat minggu terakhir bulan Oktober.Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, tarikh baru itu dipilih kerana bulan puasa jatuh pada awal September.




Kita tertanya-tanya kenapakah Menteri Kewangan Kedua membuat pengumuman begitu awal tentang tarikh bajet 2009. Ada beberapa andaian yang saya fikirkan kenapa tarikh ini diumumkan lebih awal.

Pertamanya mungkin Kerajaan sekarang seolah-olah ingin mengambarkan suasana ekonomi sekarang sangat selesa kepada rakyat. Keadaan ini adalah untuk menutup kelemahan yang sedang dihadapi oleh Kerajaan.

Keduanya dijangka ada beberapa pengumuman berikutnya yang akan didedahkan lebih awal berkaitan isi bajet yang akan dibentang kelak. Inilah bentuk gula-gula yang akan menjadi umpan kepada rakyat Malaysia bagi menghadapi PR ke 12 bila-bila masa dari sekarang.

Semua media akan digembeling semaksima mungkin untuk mengambarkan ekonomi yang serba baik dan bursa saham yang mencecah angka luar biasa. Tentunya dengan harapan sokongan rakyat kembali kepada BN.
Saya fikir rakyat telah kembali cerdik dalam sehari dua ini. Jika swing ini kekal dalam tempoh terdekat harapan BA untuk memenangi lebih banyak kerusi dalam DUN atau Parlimen adalah sangat cerah. Inilah yang menjadi kebimbangan BN.

Luarbiasanya pencapaian ekonomi dalam keadaan luarbiasanya tekanan kenaikan harga barang yang melangit sesuatu yang tidak masuk akal. Sebab itulah segala kemungkinan dan cara dipergunakan untuk mengembalikan sokongan rakyat. Itulah cara BN "Banyak Nombor....(saja).


*****.*.*****

Kenyataan Media: Blog PemudaWilayah dalam Bahasa Inggeris dan Cina Mula Beroperasi
Untuk memudahkan penyampaian maklumat kepada semua kaum, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (PemudaWilayah) telah menyediakan 2 blog baru di dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Blog berkenaan bolehlah di layari di:
 
 
 
 
 
Tujuan utama blog ini adalah untuk mengumpulkan dan menyebarkan berita dan artikel yang bersesuaian bagi siri-siri penerangan, penjelasan isu, maklumat program dan juga polisi PAS, KeADILan dan DAP secara umumnya kepada kaum bukan Melayu.
 
Buat masa ini pihak kami hanya menumpukan penyampaian berita dan arkib bagi isu-isu semasa yang disiarkan oleh akhbar tempatan, blogger, NGO dan parti-parti politik. Berita dan artikel yang berkaitan dengan Barisan Alternatif dan isu-isu masyarakat adalah menjadi keutamaan.
 
PemudaWilayah juga mengalu-alukan sahabat-sahabat yang boleh membaca dan menulis didalam bahasa Inggeris dan Cina untuk menyertai team media, Pasukan Kerja Penerangan DPPWP sebagai moderator dan penyumbang artikel. Jika ada yang berminat boleh menghubungi kami di pemudawilayah@yahoo.com.
 
Blog Utama PemudaWilayah
 
Selain itu, Blog Utama PemudaWilayah didalam Bahasa Malaysia di http://dppwp.wordpress.com terus diaktifkan dengan penambahan beberapa modul tarbiyyah yang boleh dijadikan rujukan.
 
 
 
PemudaWilayah mengalu-alukan sahabat-sahabat untuk menyertai team media, Pasukan Kerja Penerangan DPPWP sebagai moderator dan penyumbang artikel. Jika ada yang berminat boleh menghubungi kami di pemudawilayah@yahoo.com.
 
Diharapkan tuan/puan dapat memasukan blog-blog berkenaan didalam link dan juga menyebarkannya kepada semua sahabat yang bukan Melayu;
Herman Samsudeen
Ketua
Pasukan Kerja Penerangan DPPWP


Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di http://dppwp.wordpress.com
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

JOM BERSIH !!!




HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.

__._,_.___
Y! Messenger

Want a quick chat?

Chat over IM with

group members.

Moderator Central

Yahoo! Groups

Get the latest news

from the team.

Cat Zone

on Yahoo! Groups

Join a Group

all about cats.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment