Roslan SMS Corner
Kemajuan ummah dunia dan akhirat teras perjuangan Umno?
Dalam heboh Ketua Pembangkang mengumpamakan Timbalan Presiden Umno yang juga TPM Najib Tun Razak sebagai bapa ketam yang mahu mengajar anak berjalan lurus, tiba-tiba kita terbaca dalam akhbar tempatan hari ini kenyataan Najib di Kuala Krai ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Masjid Baru An-Nur, Guchil. Kata Najib:
Kita akan bangunkan suatu tamadun yang dirancang dengan berteraskan usaha mengangkat ummah yang berjaya dan cemerlang di dunia serta akhirat, yang turut menjadi teras perjuangan Umno.
Kalau kita beria-ia untuk membangunkan Islam, asas utamanya ialah institusi masjid perlu diperkasa sebagaimana langkah Rasulullah dengan penekanan tauhid, akidah dan persaudaraan Islam.
Selain pembinaan masjid-masjid, siapakah yang sentiasa mempertahan sebarang cubaan untuk menodai agama kalau bukan Umno? Begitu juga usaha untuk membina generasi al-Quran melalui j-QAF, melatih guru-guru dan membina sekolah-sekolah agama yang diperjuang oleh Umno.
Umno tidak melihat Islam dari sudut pemikiran yang sempit, jumud kerana pemikiran seumpama itu tidak mungkin mengangkat kecemerlangan umat Islam, malah akan terus dihina dan dicurigai.
Saya tidak tahu tentang apa yang Kit Siang maksudkan itu, dan saya juga tidak tahu menahu tentang peristiwa "hangat" yang kononnya berlaku di Port Dickson yang dimaksudkan oleh para pembaca di blog ini. Saya tidak ada kena mengena dengan gambar seorang artis wanita yang laman web Tranungkite "paste" kan pada artikel saya diblog ini yang merujuk kepada Najib.
Apa yang saya mahu ulas di sini adalah kenyataan Najib di atas. Teras perjuangan Umno kata Najib adalah mengangkat dan membangunkan tamadun ummah sehingga berjaya dan cemerlang di dunia dan di akhirat. Jarang-jarang juga kita dengar perkataan ini meniti di bibir pemimpin Umno apabila mereka berada di luar Kelantan.
Di Konsert "Seri Perdana Soiree 1957-2007" contohnya yang turut dihadiri pemenang anugerah Grammy iaitu George Benson dan Al Jarreau, yang turut dihadiri tetamu yang berbaju singkat dan jarang tidak pula kita dengar berkenaan Tamadun Islam, berkenaan penekanan tauhid dan akidah. Begitu juga di konsert Bollywood yang turut dihadiri isteri Najib, atau adakah ini semua sebahagian dari tamadun yang dimaksudkan?
Kesimpulannya Najib tak perlulah bermain politik di Kelantan sehingga sanggup berpura-pura semata-mata kerana bernafsu mahu menawan negeri tersebut. Najib bermegah dengan masjid-masjid yang dibina Umno, apa guna masjid berjuta ringgit kiranya ia sekadar satu monumen tetapi tidak diimarahkan. Kuliah disekta-sekat, gerak kerja dakwah dihalang, masjid sekadar penghias, sekadar tempat untuk bersolat dan tidak lebih dari itu, selain tempat Menteri dan wakil rakyat datang sewaktu hari-hari perayaan.
Tidak ada orang yang sayangkan Islam yang mahu menyempit dan menjumudkan agama tersebut. Kalau benar mahu kepada Islam kita bersama-sama kembali kepadanya secara total atau keseluruhan (tanpa memaksa yang bukan Islam tetapi mewajibkan sesama Islam). Bukan mengikut sempadan dan batas tertentu. Apabila menjejak kaki ke Kelantan, kita terus jadi Islamik tetapi bila melangkah keluar, kita boleh lakukan apa sahaja walaupun yang bertentangan dengannya.
Kalau benar ikhlas dan jujur mahukan Islam, ayuh kita "Membangun Bersama Islam".
*****.*.****
DPP Kedah
Dapatkan Poster Kempen PRU 12 yang menarik ini.



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
http://www.malaysia-today.net/index.html
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___






No comments:
Post a Comment