[Malaysia Today] Jangan tutup kes Dr Chua / lebih mulia dari Abdul Rashid SPR

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


Roslan SMS Corner
Jangan tutup kes Dr Chua dengan perletakkan jawatan!

Terkini. BERNAMA melaporkan yang Dr Chua Soi Lek telah mengumumkan perletakkan semua jawatannya termasuklah Menteri Kesihatan, ahli parlimen Labis dan Naib Presiden MCA pada jam 3.35 petang tadi.

Beliau difahamkan berbuat demikians ejurus selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet.

Adakah berakhir begitu sahaja episod yang melibatkan Dr Chua ini?

Setelah ditinjau lebih mendalam saya merasakan Dr Chua dalam beberapa laporan dan kenyataan ternyata perlu disiasat dan jika berasas diambil tindakan terhadapnya. Memang benar sebagai seorang non Muslim mungkin aksi ranjang beliau bersama seorang wanita misteri yang dirakamkan melalui kamera itu tidak salah.

Yang menjadi salah (pada perkiraan saya) adalah dua perkara besar yang perlu diberi perhatian oleh pihak polis:

PERTAMA:

Dalam laporan Malaysiakini, 1 Januari 4.32 petang di bawah tajuk : "Chua: Im the one in sex video", ia melaporkan:

The woman (pasangan Dr Chua) then performs ORAL SEX on the politician (Dr Chua) and this is followed by sexual intercourse on bed.

Perlakuan seks luar tabie, termasuklah "oral seks" adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Oleh itu berdasarkan bukti DVD tersebut, pihak polis mestilah menyiasat Dr Chua dan pasangannya, dan dakwa mereka di bawah peruntukkan ini kerana ternyata mereka telah melakukan kesalahan. (Daripada pihak polis menumpukan tugas pada menangkap mereka yang membuat dan mengedar DVD tersebut lebih baik bertindak pada kes ini yang jelas jatuh bawah seksyen berkenaan).

KEDUA:

Siapakah wanita misteri yang Dr Chua anggap sebagai "personal friend" itu.

Latarbelakang beliau perlu disiasat. Kalau beliau seorang pelacur mungkin khidmat seksnya dibayar, maka Dr Chua boleh didakwa kerana melanggan pelacur (juga satu kesalahan). Tetapi jika beliau bukan pelacur, jika beliau menawarkan tubuhnya untuk balasan kontrak atau bantuan kerajaan, maka satu kesalahan rasuah telah dilakukan.

Pihak polis mestilah menunut agar Dr Chua mendedahkan "personal friend" nya itu dan siasat latarbelakang serta tujuan mereka.

Dr Chua tidak boleh mencuci tangan dengan semata-mata meletakkan jawatan beliau. Jika melalui aksinya itu beliau telah melakukan kesalahan jenayah maka pihak polis perlu bertindak. Tiada istimewanya Dr Chua hatta Raja-raja Melayu pun kini boleh didakwa di mahkamah inikan pula seorang "jalang tua" seperti beliau. Saya harap pihak polis tidak mendiamkan diri.


*****.*.*****

Penarik Beca

Chua Soi Lek lebih mulia dari Abdul Rashid SPR

Update 6.40 pm: Ahiruddin memberi tajuk "Its' over for Chua" dalam postingnya. Adakah poster di bawah juga membawa makna "its' over for Barisan Nasional" di kalangan kaum India?


Disalin dengan ihsan Pemuda Bukit Katil

Update 4.40 pm (baru balik dan baru tau): Malaysiakini melaporkan, Chua meletakkan semua jawatan di dalam kerajaan dan parti. Memang sah, dari segi accountability, beliau jauh lebih mulia dari Abdul Rashid. Jauh teramat jauh!

Mengenai Chua, antara yang menarik perhatian saya hari ini ialah tajuk posting blog Salvatore_Dali, "Ah 'Chua', Somebody 'Soiled' My 'Leg'"

Menarik juga diperhatikan apa yang cuba dinyatakan oleh Nuraina Samad dalam postingnya yang bertajuk "Chua Soi Lek Resigns..."
I know this is a real fix-up job to really do him in. Political intrigue. Not exclusive to the MCA, let me tell you.
I think he knows who is/are behind all this.

And Dr Chua -- have a word with the hotel management!
Untuk latar belakang Chua, sila lawati posting Ahirudin Attan bertajuk "It's over for Chua".

**************
Posting asal

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman semalam dilaporkan berkata, "Kita tidak pernah bantu BN untuk capai kemenangan dan sememangnya parti itu kuat dan ia mempunyai calon di semua kawasan pilihan raya".

Semalam nak ulas tak dan. Hari ini pun tak dan. Anak nak sekolah, mak ayah yang gelabah.

Saya tak dan nak kata apa-apa dan hanya sempat bersumpah:
WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah membantu Barisan Nasional untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.
Saya berharap Abdul Rashid berani bersumpah dengan kalimah "WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi" bahawa SPR tidak pernah sama sekali membantu Barisan Nasional untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

Saya juga berharap Abdul Rashid berani bersumpah dengan kalimah "WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi" bahawa beliau, dengan jawatannya di dalam SPR, tidak pernah sama sekali membantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (pada masa itu belum lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri) mencapai kemenangan dengan majoriti tipis di kawasan parlimen Pekan dalam pilihanraya 1999.

Saya tidak perlu mencabar Abdul Rashid. Tugas untuk membuktikan bahawa beliau bukan seorang super liar (pembohong handalan) bukan tugas atau tanggungjawab saya. Itu tanggungjawab beliau sendiri.

Apa pun, sehingga kini, saya masih merasakan Chua Soi Lek lebih mulia dari Abdul Rashid.

Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.

__._,_.___
Y! Messenger

Group get-together

Host a free online

conference on IM.

Best of Y! Groups

Check it out

and nominate your

group to be featured.

Endurance Zone

on Yahoo! Groups

Groups about

better endurance.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment