[Malaysia Today] Jangan Takut Tangkap Ikan Besar / Banglo mewah yang didakwa milik pemimpin BN

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

aHmadHazieq <pemudawilayah@yahoo.com> wrote:

Kenyataan Media DPPWP : Tahniah Pengarah BPR WPKL Yang Baru, Jangan Takut Tangkap Ikan Besar

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (PemudaWilayah) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah Badan Pencegah Rasuah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang baru iaitu Moh Samsudin Yusof. Sebelum ini jawatan pengarah disandang oleh Datuk Abu Zubir Mahfodz yang akan bertugas sebagai Pengarah Penyelidikan dan Perancangan BPR Malaysia mulai esok dan seterusnya bersara pada April ini.
 
PemudaWilayah berharap dengan perlantikan beliau ini, usaha membanteras jenayah rasuah di Kuala Lumpur ini khasnya dapatlah ditingkatkan. Peningkatan jumlah maklumat yang diterima daripada orang awam sebanyak 19 peratus iaitu 691 maklumat pada 2007 berbanding 620 pada tahun sebelumnya tidak akan bermakna jika jumlah tangkapan yang dibuat adalah kurang atau gagal disiasat dengan baik.
 
PemudaWilayah juga menyambut baik azam beliau yang mahukan tangkapan lebih banyak terhadap kes rasuah �ikan bilis� yang melibatkan pemberian dalam jumlah yang kecil kepada pegawai penguatkuasa yang bertugas sama ada di kaunter-kaunter atau di jalan raya.
 
Dalam pada itu, tindakan dan usaha yang lebih serius perlulah dilakukan bagi menangani kes rasuah yang berlaku dibalik kamar-kamar mewah yang melibatkan pegawai berjawatan tinggi dan orang-orang kenamaan. �Ikan-ikan besar� ini seharusnya ditangkap dan tidak dibiarkan bermaharajalela.
 
Tidak guna jika BPR sekadar menumpukan kepada �ikan-ikan kecil� sedangkan �ikan-ikan besar� ini terus menerus bermaharajalela. Kata orang kepimpinan melalui teladan, maka wajarlah semua agensi Kerajaan dan organisasi swasta dibersihkan diperingkat tertinggi sebelum menyelam mencari �ikan-ikan kecil�.
 
Memang mudah menangkap �ikan-ikan� kecil ini, hatta duduk bersantai ditepian pantai pun boleh dapat. Tapi itu tidak akan memuaskan hati rakyat kerana bila mereka ditangkap �Ikan Besar� masih bebas melakukan jenayah yang lebih besar dan mengancam negara.
 
Oleh itu besarlah harapan rakyat agar beliau tidak takut untuk menyiasat kes-kes berprofail tinggi. Rakyat akan bersama dengan orang-orang yang ingin berjuang untuk kebenaran dan beliau tidak akan keseorangan jika agenda perjuangan beliau selari dengan kehendak rakyat.
 
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di http://dppwp.wordpress.com
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

*****.*.*****

Rakyat pertikai banglo mewah yang didakwa milik pemimpin BN
Mohd Sabri Said
Wed | Jan 02, 08 | 12:04:48 pm MYT
SERDANG, KEDAH, 2 Jan (Hrkh) - Banglo siapakah ini yang terletak di puncak Bukit Palang, Sungai Kecil Hilir, Serdang Kedah?
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Image Ia dikatakan dimiliki oleh seorang Timbalan Menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) merangkap Ahli Parlimen di selatan Seberang Perai, Pulau Pinang.

Persoalannya sekarang kenapa begitu mudah pula beliau menggunakan kedudukanya mendapatkan peruntukan jalan berturap simen menuju ke kediaman yang sedang rancak pembinaan.

Orang ramai mempertikaikan walaupun baru sepenggal menjadi Ahli Parlimen sudah mampu memiliki banglo mewah dan tanah berekar-ekar di kawasan berkenaan. - mr



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.

__._,_.___
Dog Groups

on Yahoo! Groups

discuss everything

related to dogs.

Fitness Edge

on Yahoo! Groups

Learn how to

increase endurance.

Health & Fitness

on Yahoo! Groups

Useful info for the

health conscious.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment