[Malaysia Today] Hanya Umno bina masjid, PAS tidak / Taman Tamadun Islam tidak tulin ?


Roslan SMS Corner
Hanya Umno bina masjid, PAS tidak

Apabila MB Kelantan Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat mengakui kenyataan Najib Tun Razak bahawa memang kerajaan negeri PAS tidak membina masjid sepanjang 18 tahun pemerintahannya di Kelantan, ia seolah mengukuhkan hujah Najib bahawa BN lah yang lebih mementingkan pembinaan masjid kononnya, tetapi penyokong dan pencinta BN dan Umno jangan cepat melatah dan bersorak.

Tok Guru berkata kerajaan negeri hanya membina masjid sekiranya penduduk menyediakan tapak atau membinanya terlebih dahulu.

"Kalau beri, kita tak beri semua (peruntukan), kita beri yang padan (mampu) dengan kita saja. Demo (rakyat) buat dulu masjid, beli tanah dulu baru kita beri (peruntukan)," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal di Kampung Telosan di Pasir Putih Sabtu.

Tetapi kenyataan Tok Guru ini sebagaimana banyak kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini mesti direnung dan dikaji secara mendalam. Jangan cepat melatah, takut nanti memakan diri. Melalui kenyataan beliau itu Tok Guru menggambarkan yang bilangan masjid di negeri tersebut sudah cukup dan memadai melainkan ada permintaan dari penduduk, jika tiada, bermakna padanlah dengan yang ada.




Memang benar sebagaimana yang dibanggakan oleh Najib selepas BN merampas Terengganu dari PAS contohnya, sebanyak 60 buah masjid baru dibina, tetapi harus diingat masjid menjadi masjid apabila ia disokong dengan kehadiran jemaah yang datang mengimarahkannya. Jika masjid sekadar indah, cantik, berkilat dan berkilau, menelan belanja jutaan ringgit (masjid Kristal RM180juta) tetapi kosong dan lenggang walaupun ketika solat waktu, masih bolehkah kita berbangga dan mendabik dada?

Seorang Ustaz dalam blognya pernah menulis bahwa beliau ada memberi kuliah di masjid yang tersergam indah di Putrajaya, cantik, mahal dan mewah, tetapi sayangnya bilangan tiang dalam masjid itu menurut Ustaz tadi lebih banyak dari mereka yang hadir mendengar kulihanya.

Kalau masjid sudah cukup dan memenuhi permintaan penduduk, cukuplah sekdar mengubahsuai dan menaik-taraf, yang lebih penting adalah pengisiannya. Majlis-majlis ilmu, program pembinaan insan, majlis keraiaan, itulah sepatutnya yang memnuhi kalendar masjid. Kalau sekadar cantik dan mahal, tetapi lebih banyka tiang dari jemaah yang hadir, atau kuliah dan ceramah serta khutbahnya hambar, membosankan serta menjauhkan orang dari masjid, mana yang lebih baik?

Masjid yang ada perlu dipenuhi. Pemimpin yang ramai perlu bukan sekadar memimpin
masyarakat di luar tetapi turut memimpin masyarakat dari dalam masjid. Merekalah harus naik sebagai imam, sebagai khatib, memimpin kuliah dan ceramah. Barulah masjid memenuhi ciri-ciri masjid sebagaimana yang dibentuk dan didirikan oleh Rasulullah saw.

Jadi saya kira kenyataan Tok Guru itu sebenarnya tajam dan memukul Umno dan BN secara halus. Itulah sifat seorang yang berilmu, seorang ahli politik dan juga ulamak.

*****.*.*****

Buletinonline
Taman Tamadun Islam tidak tulin ?

Ditulis oleh SM Noor   
Tuesday, 25 December 2007
Kuala Terengganu, 24 Dis - Pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) dikatakan sebagai taman pelancongan bertaraf antarabangsa yang menjadi mercu tanda baru negeri Terengganu
Walau bagaimanapun melalui semakan dan siasatan Buletinonline didapati bahawa, idea pembinaan TTI disyakki tidak tulin dan rekabentuknya hampir sama dengan Emerald Lake Resort, Sepang, Selangor.

TTI yang terletak di Pulau Wan Man, kira-kira 4 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu, kononnya akan menjadi daya tarikan pelancong baru ke negeri ini. Sebenarnya bukan projek yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Apatah lagi Dato' Idris Jusoh 
The image     The image     
Foto : Rekabentuk 'Emerald Lake Resort' dan Taman Tamadun Islam
TTI, apabila siap sepenuhnya kelak akan mengandungi Masjid Kristal dan sebuah dewan persidangan menggunakan campuran pelbagai seni bina. Bagi menambah nilai tarikan pelancong, sejumlah replika dan monumen gergasi masjid-masjid agung bersejarah dunia akan dibina disitu termasuk dariTurki, Afghanistan, Uzbekistan, Iraq, Syria, Arab Saudi, Tunisia, Nigeria, Rusia, Pakistan, Brunei, Indonesia dan Thailand.
The image   The image  
Antara model monumen Islam dan replika masjid bersejarah yang akan dibina adalah Masjid Agung (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Sharif (Tatarstan, Rusia), Masjid Nabi dan Masjid Al Haram (Arab Saudi), Masjid Agung (Samarra, Iraq), Masjid Abu Nasr Parsa (Afghanistan) dan Masjid Shaykh Lutfallah 'Dome of Rock' (Baitulmaqdis). Turut didirikan adalah Kudus Minar (Indonesia), Masjid Sultan Omar Ali Saifudin (Brunei), Kalyan Minaret (Uzbekistan), Masjid Badshashi (Pakistan), Alhambra (Sepanyol), Kompleks Sulayman (Turki), Great Mosque of Quairwan (Tunisia) serta Masjid Muhammad Ali (Mesir).
SG pernah mendapatdan menyiapkan kontrak daripada Equine Capital Berhad untuk projek 'Emerald Lake Resort.' (ELR) di Sepang, Selangor yang mempunyai konsep yang sama seperti TTI.

ELR adalah satu projek pembangunan hartanah yang menawarkan perjalanan ineraktif kepada pelbagai monumen Islam. SG merekacipta pelan konsep untuk taman tema yang mengandungi taman pengembaraan akuatik, Lagun, pusat konvensyen dan hotel. Antara bangunan bersenibinakan Islam yang di reka adalah Masjid Besar Agadez, Nigeria dan 'Aleppo Citadel'  di Syria.
Emerald Lake Resort dimajukan oleh Equine Capital Bhd, syarikat yang dipengerusikan (pengerusi Eksekutif) oleh Patrick Lim.
The image
The image
  
 
 
 
 
 
 
      




*****.*.*****
Dapatkan Poster Kempen PRU 12 yang menarik ini.

















HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.

__._,_.___
Recent Activity
Visit Your Group
Moderator Central

Yahoo! Groups

Get the latest news

from the team.

Yahoo! Groups HD

The official Samsung

Y! Group for HDTVs

and devices.

Fitness Zone

on Yahoo! Groups

Find Groups all

about healthy living.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment