(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
JOM BERSIH !!!
DPP Bukit Katil
PEMBUNUH NURIN DAN PENCULIK SHARLINIE BEBAS DAN BERMAHARAJALELA, DOKTOR DAN USTAZ KENA TANGKAP

Hebat sungguh Polis Malaysia, Doktor dan Ustaz yang tidak pernah membunuh, menculik dan melakukan jenayah dengan cepat ditangkap walaupun kesalahannya hanyalah menghadiri perhimpunan aman.
TETAPI PENJENAYAH, PEMBUNUH, PEROGOL, PEROMPAK DAN SEBAGAINYA DIBIARKAN HIDUP BEBAS DAN BERMAHARAJALELA.
KES-KES BUNUH YANG PULUHAN TAHUN PUN MASIH BELUM SELESAI, ANTARANYA KES PEMBUNUHAN MUSTAKIZAH, NORITA SHAMSUDDIN, NURIN JAZLIN DAN RAMAI LAGI.
SYABAS POLIS MALAYSIA YANG SENTIASA TUNDUK DAN PATUH KEPADA UMNO DAN BN
*****.*.****
Bolehland
Jenayah Meningkat 43% Sejak Abdullah Menjadi PM
Kita semua kenal seorang yang telah menjadi mangsa jenayah. Sharlinie dan Nurin malangnya hanya mangsa terkini peningkatan kadar jenayah yang menggerikan.
Sejak Perdana Menteri Abdullah Badawi menyandang jawatan, jenayah telah meningkat sebanyak 43%. Di antara 2005 dan 2006, kes ganas meningkat sebanyak 91% dan terus meningkat dalam tahun 2007.
Kes ragut, rompak dan pecah masuk merupakan peningkatan yang paling parah, tetapi kes-kes rogol dan bunuh juga meningkat.
Peliknya, kerajaan fikirkan rakyat yang bersalah dan bertanggungjawab atas peningkatan ini.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Johari Baharum mendakwa bahawa "Kes ragut biasanya berlaku apabila mangsa cuai dengan barang-barang mereka. Sikap ini memberi peluang kepada peragut untuk bertindak." (The Star, 22/12/06)
Perdana Menteri Abdullah Badawi pula rasakan bahawa rakyat tidak cukup membelanja untuk keselamatan: "Pemilik bangunan atau penghuni akan diwaijbkan membiayai sendiri pemasangan CCTV, termasuk menggaji orang untuk menjaga sistem tersebut." (The Star, 9/1/08)
Walaubagaimanapun, sudahkah kerajaan memenuhi tanggungjawabnya untuk menjamin keselamatan rakyat?
Kenapa rasanya lebih polis ditugaskan untuk mencari pengedar video lucah Chua Soi Lek dari yang ditugaskan mencari penculik Sharlinie?
Wajarkah 500 pegawai polis ditugaskan menjaga kurang dari 100 orang yang menyertai perhimpunan awam peguam-peguam untuk menyambut Hari Hak-hak Asasi Antarabangsa?
Pimpinan Kementerian Pertahanan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah melihat bayaran komisyen hampir RM 1 billion dibayar dalam transaksi kapal selam dan jet kapal terbang.
Komisyen lebih tinggi bermaksud kos lebih tinggi. Oleh itu, rakyat akhirnya yang menanggung beban pembayaran RM 530 million kepada individu-individu seperti Abdul Razak Baginda. Pada masa yang sama, kerajaan kononnya tak cukup duit untuk menjamin keselamatan di kediaman-kediaman kita.
Kita juga mesti tanya jika mana-mana syarikat CCTV yang baru dibentuk akan tiba-tiba untung dengan pengumuman yang berkenaan dengan CCTV.
Mungkin kerajaan akan cukup wang untuk melindungi rakyat jika RM 4.4 billion yang dijimat akibat kenaikan harga petrol tidak dibuang sekaligus dalam pemberian 'pinjaman lembut' RM 4.6 billion kepada projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dilanda kejadian rasuah.
Bayangkan beberapa banyak yang dapat dibelanjakan untuk keselamatan asas rakyat sekiranya wang tidak hilang ke dalam lubang-lubang hitam sebegini.
Memandangkan kegagalan-kegagalan pihak berkuasa, rakyat perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjamin keselamatan awam.
Kerajaan harus difahamkan bahawa rakyat memandang serius isu ini. Jika pihak berkuasa gagal bertindak, rakyat terpaksa bergantung kepada peti undi untuk menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan.
Apakah undi kita akan memuji sikap kerajaan terhadap jenayah? Atau akan kita memaklumkan dengan jelas kehendak rakyat untuk sebuah Malaysia yang aman dan selamat?
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___


No comments:
Post a Comment