(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
Roslan SMS Corner
Hanya kuasa Allah boleh mengembalikan adik Sharlinie
Sehingga ke hari ini kita masih tertunggu-tunggu lagi berita perkembangan kes culik adik Sharlinie yang nampaknya tidak menunjukkan sebarang kemajuan. Seluruh rakyat Malaysia yang prihatin masih menaruh harapan dan berdoa agar adik kecil yang tidak berdosa itu akan selamat pulang kepangkuan ibu-bapa mereka di Taman Medan.
Saya terkejut apabila terbaca dalam akhbar pagi ini bahawa serombongan 50 orang bomoh turut mengunjungi kediaman keluarga malang ini dan mengajak mereka ke tengah padang permainan di tempat dimana adik Sharlinie hilang dan telah melakukan beberapa "ritual" kebomohan dengan penyertaan ibu-bapa dan kaum keluarga yang malang itu.
Jika ya sungguh bomoh-bomoh ini mahu memberi khidmat, tidak perlulah sehingga mengambil kesempatan dari kesusahan kaum keluarga ini sehingga menyeret sama mereka melakukan upacara yang entahkan betul entahkan tidak itu. Saya tidak berani menyatakan yang ianya termasuk dalam amalan syrik tetapi apabila ia menjadi tontonan orang awam, apabila keluar di dada-dada akhbar, yang saya bimbang orang akan mempersendakan Islam yang kononnya toleran dan menerima jenis amalan bomoh seumpama ini.
Pagi tadi saya difahamkan MB Kelantan seawal jam 8pagi telah mengunjungi rumah keluarga berkenaan ketika penduduk Taman Medan masih berihat-rihat cuti Thaipusam. Tok Guru MB Kelantan singgah di masjid berdekatan mengerjakan solat tahiyatul masjid dan terus menuju ke rumah Sharlinie. Di sana beliau dan isteri bertanya khbara kepada ibu-bapa anak berkenaan. Tok Guru telah memberikan tazkirah ringkas sambil didengar dengan penuh teliti oleh kedua ibu-bapanya dan mereka yang hadir. Majlis diakhiri dengan doa oleh Menteri Besar Kelantan itu, saya kira satu-satu VVIP yang membaca sendiri doa sambil diaminkan oleh semua yang hadir.
Mudah-mudahan tazkirah dan doa Tok Guru itu menyuci sebarang amalan syihir (jika ada) oleh Tok-tok Bomoh sehari sebelumnya. Mudah-mudahan Allah swt mengembalikan Sharlinie berkat doa dan ikhtiar halal semua yang ikhlas dan prihatin.
Rumah musnah dalam kebakaran, simpati orang ramai diperlukan
| Mohd Sabri Said Tue | Jan 22, 08 | 4:09:28 pm MYT | |
| KEPALA BATAS, 22 Jan (Hrkh) - PAS Cawangan Kota Aur, Penaga, Kepala Batas memohon simpati rakyat membantu meringankan musibah yang menimpa keluarga Ibrahim @ Othman Ismail dan Rosadah Haji Ramli apabila rumah mereka dijilat api baru-baru ini. Ketika kejadian itu berlaku Ibrahim dan isteri serta dua anaknya tiada di rumah kerana menghantar salah seorang anak lelakinya ke Bangi, Selangor. Kebakaran itu mula disedari oleh anaknya, Muhamad Naim, 14, yang sedang membaca akhbar sementara menunggu abangnya Muhamad Najib, 17, mandi setelah kembali dari sekolah. Menceritakan saat itu, abang kepada dua beradik itu, Muhd Saiful Azhar berkata, bila adiknya terasa bahang kepanasan serta melihat kepulan asap dari celahan lantai lantas beliau berlari ke tingkat atas rumah separuh kayu itu. Beliau terkejut bila melihat api begitu membara di salah satu bilik di tingkat atas lalu memanggil abangnya yang sedang mandi. Kesemuanya hangus dalam masa 10 minit sahaja termasuk empat buah motosikal, komputer, dokumen peribadi dan sebagainya. Siaful Azhar memberitahu beliau mendapat tahu melalui telefon dan terus memberitahu ayahnya. "Pada mulanya ayah nampak terkejut dan kemudiannya tenang semula. Syukur dia dapat menerima hakikat sebenar, " ujarnya yang baru kembali dari luar negara. Menurutnya, kejadian itu berlaku pada pukul 2.30 petang dalam keadaan cuaca panas manakala pihak bomba tiba sekitar 20 minit kemudian. Ketua PAS Cawangan merangkap Setiausaha PAS Kawasan Kepala Batas, Zulkiply Ishak menjelaskan surat pemberitahuan kepada cawangan akan dibuat dalam masa terdekat. Jadi, kepada sesiapa yang ingin memberikan bantuan bolehlah menghubungi Mohd Muslim di talian 013-4434405 atau hantar terus bantuan ke alamat 3505 Kota Aur, 13200 Kepala Batas. - mks.
|
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___






No comments:
Post a Comment