(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
JOM BERSIH !!!
BuletinOnline
| BERSIH menjemput Rakyat Berhimpun Secara Aman pada 20 Januari, 2008 | | | |
| Ditulis oleh Azamin Amin | |
| Friday, 18 January 2008 | |
![]() KUALA LUMPUR, 18 Jan (Hrkh) - Rakyat khususnya penduduk Terengganu diajak untuk bersama berhimpun pada 20 Januari ini (Ahad) untuk memberi semangat di samping menyatakan sokongan terhadap dua mangsa tembakan peluru hidup dalam Tragedi Berdarah Batu Burok 8 September tahun lalu iaitu Muhammad Azman Aziz, 21, dan Suwandi Ab Ghani, 38, yang bakal dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Kuala Trengganu. Pada hari tersebut, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) akan menganjurkan solat hajat jam 8.00 pagi di pekarangan Mahkamah Kuala Trengganu dan orang ramai disarankan memakai baju kuning sebagai tanda sokongan. Selain itu pada sebelah malamnya pula hari yang sama, sekitar jam 9.00 satu ceramah perdana akan berlangsung bakal membariskan tokoh-tokoh yang tidak asing lagi seperti Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, AJK PAS Dr. Syed Azman Timbalan Pesuruhjaya Negeri Terengganu Dato' Abu Bakar Chik, Peguam PAS Hanifa Maidin. Turut hadir sama menyampaikan ceramah ialah Setiausaha KeADILan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu (DAP). Orang ramai dijangka 'memeriahkan' dan menyemarakan lagi semangat perjuangan demi membela kebenaran dan keadilan di Kuala Terengganu sebelum mengegarkan dan 'menguningkan' pada 23 Februari nanti. Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Januari lalu telah menangguhkan keputusan permohonan ikat jamin dua mangsa tembakan peluru hidup dalam Tragedi Berdarah Batu Burok 8 September tahun lalu, Muhammad Azman Aziz, 21, dan Suwandi Ab Ghani, 38, kepada 20 Januari ini. Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu kira-kira jam 7.40 malam setelah mendengar hujah daripada pihak pembela, peguam Dato' Wan Abdul Muttalib Embong, Mohamed Hanipa Maidin dan Wan Zainuddin Wan Musa serta pihak pendakwa yang diketuai sendiri Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail -Harakahdaily ![]() |
Protes anjur ceramah bantah kenaikan harga barang 20 Jan ini
| Harakahdaily Fri | Jan 18, 08 | 3:57:07 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 18 Jan (Hrkh) - Gabungan Membantah Kenaikan Harga Barang (Protes) menganjurkan ceramah umum khusus bagi menyatakan bantahan terhadap kelemahan kerajaan mengawal kenaikan harga barangan keperluan yang jelas membebankan rakyat. Jurucakap Protes dalam kenyataannya hari ini memberitahu, ceramah tersebut akan dianjurkan pada 20 Januari (Ahad) ini jam 8 malam bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH) dekat sini. Antara penceramah yang akan berucap adalah Dr Mohd. Hatta Ramli (PAS), Tian Chua (keADILan), S Arutchelvan (PSM), Ronnie Liu (DAP), S Parames (GPKK-JERIT) dan Simon Ooi (DEMA). Protes menjemput semua rakyat Malaysia yang prihatin untuk hadir beramai-ramai. - mr
|
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___





No comments:
Post a Comment