[Malaysia Today] RM2 billion untuk jatuhkan kerajaan Tok Guru/ serangan terhadap pelaksanaan Islam

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


Roslan SMS Corner
RM2 billion untuk jatuhkan kerajaan Tok Guru

Dari Kelantan, Pengerusi Perhubungan Umno negeri Annuar Musa (yang telah menunggu hampir 17 tahun untuk dinobatkan sebagai MB negeri tersebut) mengumumkan yang manifesto partinya untuk pilihan raya umum akan datang telah hampir siap. Temanya adalah: "Tawan Kelantan".





Memang Umno dan BN telah cuba berbagai taktik dan strategi untuk merampas kembali negeri Cik Siti Wan Kembang itu dari PAS sejak tahun 1990. Pada pilihan raya umum 2004 lalu, mereka hampir sahaja berjaya, cuma kurang dua kerusi untuk meletakkan Annuar sebagai MB baru Kelantan. Sudah pastilah semangat 2004 akan terus membakar Umno Kelantan khasnya Annuar untuk terus berjuang mungkin kali ini dalam pilihan raya umum ke 12 nanti beliaulah yang akan dijulang sebagai MB baru menggantikan Tok Guru Nik Abd Aziz.

Kata Annuar dalam manifestonya itu BN Kelantan menjanjikan projek mega bernilai RM 2 billion untuk membangunkan negeri tersebut yang mampu disiapkan dalam tempoh 5 tahun! Ianya bukan sebahagian dari projek ECER yang dilancarkan oleh PM baru-baru ini tetapi merupakan projek-projek sokongan bagi menjayakan ECER.

Memanglah jumlah RM2 billion itu besar, dan mungkin inilah satu-satu negeri yang menerima janji sebesar itu bagi seluruh Malaysia. Bermkana manifesto "Tawan Kelantan" ciptaan Annuar ini bertujuan membeli undi dan sokongan rakyat Kelantan dengan janji pembangunan mega yang luar biasa.

Takkanlah tidak tergiur rakyat negeri Serambi Mekah itu?

Bagi Annuar dan Umno Kelantan, mustahil rakyat Kelantan akan menolak beliau kali ini. Mustahil rakyat Kelantan mahu berterusan bergayut dibawah jubah Nik Aziz, jika menolak Nik Aziz bermakna mereka beroleh projek yang mega mewahnya. Mustahil rakyat Kelantan tidak mahu maju setanding dengan negeri-negeri lain.

Jika begitulah bacaan Annuar dan Umno Kelantan maka mereka sebenarnya menghina dan merendahkan tahap pemikiran dan keupayaan politik rakyat Kelantan. Bukan rakyat di Kelantan sahaja, rakyat di Ulu Tembeling, rakyat dipedalaman Sabah, Sarawak, di hujung-hujung Baling dan Sik, Hulu Perak, Hulu Selangor, Hulu Terengganu semuanya mahu maju dan senang juga. Ringkasnya tidak ada manusia mana pun mahu terus hidup susah dan sengsara.
Solanya apakah tanpa projek mega RM2 billion itu rakyat Kelantan susah dan sengsara?

Bagi saya sejak tahun 1990 rakyat Kelantanlah antara rakyat Malaysia yang paling bijak dan matang politiknya. Mereka yang rata-rata berketurunan Melayu Islam itu mahukan kesenangan dan kesejahteraan, tetapi trend pengundian mereka sejak 1990 menunjukkan yang bagi mereka yang penting bukan hanya sekadar kesenangan dan kesejahteraan dunia semata-mata tetapi mereka juga mahu senang dan sejahtera di akhirat sekali.

Kerana itu mereka memilih untuk "Membangun Bersama Islam" kerana mereka yakin pembangunan yang dibawa walaupun mungkin kecil dari "standard" dan kaca mata BN tetapi ianya merangkumi sekali pembangunan dunia dan akhirat, sesuatu yang manifesto "Tawan Kelantan" ciptaan Annuar Musa mungkin tidak mampu malah gagal lahirkan.

RM2 billion itu memang besar, tetapi apalah maknanya jika dijatuhkan kerajaan yang bercita-cita "Membangun Bersama Islam" pimpinan Tok Guru Nik Abd Aziz dan dinaikkan personaliti seperti Annuar Musa, yang akhlak, peribadi dan kepimpinannya bagaikan langit dan bumi jauhnya jika mahu dibandingkan dengan Nik Aziz.

PAS sepanjang 17 tahun pemerintahannya tidaklah sepi dari pembangunan malah telah membuktikan yang dalam serba kekangan mereka berjaya menongkah arus dan membina sebuah tamaddun yang berbeza sama sekali dari negeri-negeri lain di Malaysia yang dipimpin BN. Kepimpinan Tok Guru Nik Abd Aziz telah melahirkan pimpinan anak-anak negeri yang berkualiti dan bertaqwa sesuatu yang tandus dikalangan pimpinan Melayu di luar Kelantan!

RM2 billion itu memang besar, tetapi saya yakin rakyat Kelantan lebih besarkan Islam dan kemuliaannya. Selamat mencuba Annuar Musa.

*****.*.*****

masanya memilih jalan yang lurus

Salam Kamunting,
PAS menguasai Kelantan untuk kali kedua sejak tahun 1990 lalu. Tahun depan ( seminggu lagi ), umurnya akan sama dengan umur pemerintahan PAS di Kelantan kali pertama dulu. Oleh kerana pemerintahannya untuk kali kedua adalah lebih terkini, lebih bertenaga, lebih sensasi dan lebih mudah dan dekat dicapai, maka perbandingan pencapaiannya dengan UMNO lebih diguna pakai. Ada betulnya juga. Yang baru boleh memansuhkan yang lama jika ianya dilihat bertentangan. Kesalahan lepas mungkin telah dibaiki. Maka, UMNO pun tidak banyak merujuk kepada pemerintahan PAS di Kelantan kali pertama dulu kecuali sedikit. Kami dah baiki, kata PAS. Yang buruk pergi bak buih - buih yang menghilang. Yang baik bermanfaat kekal bertahan di bumi tuhan.

Justeru serangan daripada UMNO dan unsur - unsur yang tak sehaluan dengan PAS adalah terhadap pelaksanaan Islam oleh PAS di Kelantan hari ini. Ia samada dengan tujuan mengatakan UMNO lebih baik, atau UMNO-PAS sama sahaja, atau PAS gagal. Hujungnya adalah untuk menghukum PAS sebagai pembohong dan mempermainkan Islam untuk kepentingan kelompok atau peribadi pemimpinnya sahaja. Maka PAS perlu ditolak demi kepentingan ugama, nusa dan bangsa tercinta.

Sudah pasti PAS terpaksa mempertahankan diri. PAS berusaha membuktikan mereka jauh berbeza daripada UMNO, lebih baik, benar dan berjaya melaksanakan Islam di Kelantan melalui kuasa yang diamanahkan oleh rakyat itu. PAS mempertahan, menerang dan menyerang juga.

Inilah suasana berterusan yang mewarnai kancah politik negara pasca 90. Kelantan terus hidup dalam 'perang hujah' yang tak pernah dijemukan. Terang, gelap dan gerhana adalah silih berganti. Sehingga kini, PAS dilihat terus berjaya mempertahankan diri walaupun kekadang serangan bertali arus ke atasnya cukup untuk mampu menewaskannya. Walaupun menang kalah bukan ukuran pembuktian benar atau salah, tetapi di situlah suka dan di situlah duka perjuangan bertapa, hinggap dan terbang lalu.

Berhujah adalah sebahagian dakwah. Islam berhujah dan dihujah. Begitulah Islam hidup di dunia ini dan begitulah para rasulnya hidup berkelana di bumi tuhan. Akidah adalah bahawa Islam benar selama - lamanya. Jika penghujah Islam itu gagah, maka Islam yang benar itu akan menang dan mudah memenangi hati manusia. Jika sebaliknya, Islam yang benar itu akan kalah dan sukar sekali memenangi hati manusia. Tetapi jika penghujahan di medan yang tidak sama rata, unsur luar itu mungkin tidak memihak kepada hujah yang menang. Menang tetapi tetap ditolak manusia.

Penghujah Islam yang tak pernah kalah ialah para nabi. Mereka berhujah dengan talian wahyu dari langit. Mereka tidak boleh kalah kerana mereka adalah hujjah mutlak Allah ke atas manusia. Allah memaksumkan mereka daripada kesalahan demi tujuan inilah. Tetapi kebanyakan hujah mereka yang benar dan menang itu ditolak jua oleh manusia. Manusia memilih untuk terus hidup sesat atas sebab - sebab dan unsur - unsur luar yang mencampuri dunia penghujahan yang sepatutnya adil dan saksama.

Kuasa yang memeras, ketakutan yang menghantui, tipu daya yang menjerat, kebodohan sendiri yang mengongkong dan kepentingan diri dan kelompok yang memagari adalah antara unsur - unsur luar yang memperleceh hujah yang benar, lalu menolak manusia ke lembah yang penuh hina yang membunuh martabat diri sebagai insan yang dimuliakan Allah ke atas segala makhluk.

Selepas para nabi, maka medan terbuka luas antara menang dan kalah untuk Islam. Ia benar dalam menang dan ia tetap benar walau kalah. Menang kerana ianya benar dan benar itu menang secara fitrahnya. Kalah pula kerana penghujahnya kalah walaupun Islam tetap benar. Jika penghujah Islam berilmu, mereka akan menang semudahnya. Islam teman ilmu dan musuh kejahilan. Jika penghujah Islam itu jahil, ia mungkin kalah lalu Islam pun jadi kalah juga walalupun ia sememangnya benar.

Inilah akidah yang benar. Umat yang menolak Islam kerana kalah berhujah adalah salah dan terkutuk sekali. Mereka menjadi ragu - ragu  terhadap Islam semata - mata kerana kecetekan sendiri. Tidakkah mereka telah diajar Tuhan untuk terus dan tetap bertanya kepada ahli ilmu jika mereka tidak mengetahui?

Justeru Islam hidup dalam dunia penghujahan memartabat kebenaran dan al haq. Ia bergantung pada hujah para nabi di awalnya dan ia terus bergantung kepada hujah penganutnya dalam perkelanaannya di dunia ini. Kemenangan berhujah adalah kekuatan terbaik untuk memikat manusia kepada Islam walaupun mereka dikelilingi halangan penuh ranjau berduri daripada musuh - musuh Islam. Maka penganut Islam diwajibkan berilmu demi kemenangan Islam. Jika tidak, Islam boleh rebah dalam kealpaan umat sendiri.

Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS mestilah menjadi kekuatan dan isi penghujahan untuk Islam. Ia menang atas nama Islam. Undi diberi kerana rakyat dijanjikan dengan pelaksanaan Islam yang benar. Islam hari ini karam kerana faktor utamanya, iaitu qudwah dan contoh sudah hilang. Islam di awangan tanpa berpijak di bumi nyata. Maka ia senang sekali dihujah sebagai omongan, angan - angan, janji manis di bibir dan macam - macam lagi yang menjadikan Islam sukar membuktikan kekuasaan hujahnya ke atas manusia.

Kelantan adalah amanah Islam. Islam mesti dilaksanakan semampunya dengan amanah kuasa yang diperolehi. Di Kelantan, Islam mesti dilihat mampu mentadbir, menyelesai, memakmur dan memartabatkan kebenaran. Inilah amanah yang jika dipikul sebaiknya, besar menggununglah pahala dan ganjaran Allah ke atas pemegang amanah itu. Jika sebaliknya, maka sebaliknyalah balasannya. Wal 'iyazu biLlah.

Saya berusaha menekuni usaha penghujahan oleh PAS umumnya dan pemimpin PAS Kelantan secara khususnya. Sudah pasti penghujahan perihal Kelantan memerlukan 'pelaksanaan dan praktikal Islam' sebagai isinya. Semakin Islam dilaksanakan, semakin kuatlah PAS berhujah, lalu menang, lalu diterima.

Jika ditolak juga, maka ia adalah bukan kerana Islam atau penghujahnya, tetapi faktor luar yang memburu seperti paksaan, tekanan, tipu daya, kebodohan, dungu, degil  dan macam - macam lagi. Allah tidak membebankan PAS dengan faktor di luar kemampuannya.

Saya yakin kemenangan berterusan PAS semenjak 17 tahun lalu di Kelantan banyak difaktorkan oleh keyakinan rakyat Kelantan terhadap hujah dan bukti hidup dan praktikal yang membenarkan tawaran PAS untuk melaksanakan Islam di Kelantan. Ia mungkin bermula dengan contoh dan qudwah peribadi ketua penghujahnya iaitu ayahanda Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, diikuti pemimpin - pemimpin PAS yang lain. Kemudian diikuti dengan pelaksanaan Islam dalam dasar, polisi, dakwah dan amal kebajikan yang ditawarkan kepada rakyat yang terangkum dalam konsep amal makruf nahi munkar.

Jika pun ada sekumpulan yang melihat PAS belum menunaikan amanat Islam sepenuhnya, mereka tetap memilih PAS kerana PAS jauh lebih baik dan lebih benar daripada UMNO yang menjadi lawan tetapnya kini. Mungkin kumpulan inilah menjadi penentu kemenangan PAS dalam PRU 2004 lalu yang sengit sekali pertembungannya.

Penghujahan memang memenatkan. Jika ianya secara ilmiah ia penat tetapi menyeronokkan. Jika ianya berbentuk serangan yang sembrono dek kebencian, dendam, kedegilan dan bermuka - muka, maka ianya menyerabutkan dan terasa tidak berguna. Tetapi begitulah Islam apabila diserang. Tiada undang - undang digunakan. Matlamatnya Islam mesti dinyahkan. Matlamatnya PAS mesti dikalahkan. UMNO cukup suka cara ini. PAS terpaksa menghadapinya.

Bayangkan betapa sabarnya RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam berhujah dengan sebodoh - bodoh, sedegil - degil dan sekeras - keras umatnya, Abu Jahal dan labu labinya di Mekah.

Saya menulis entry ini selepas menjawab komen - komen 'leceh' oleh saudara xx-dervish-xx ( klik di sini) perihal pelaksanaan Islam di Kelantan. Seorang kawan blogger menasihatkan agar tidak melayan semua komen daripada pembaca yang kurang bermutu. Meletihkan dan tiada untungnya, katanya. Betul jugalah, tetapi saya tidak lagi mahu mengguna pakai nasihat itu.

Apa pun, berhujah untuk Islam sentiasa bermanfaat. Ku dambakan rahmat dan kekuatanMu, Tuhanku..


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.

__._,_.___
Y! Messenger

Instant hello

Chat over IM with

group members.

Real Food Group

Share recipes,

restaurant ratings

and favorite meals.

Cat Groups

on Yahoo! Groups

discuss everything

related to cats.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment