MB ajak berpuasa sunat 9 Zulhijjah ini / Tian Chua saman Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia
MB ajak umat Islam berpuasa sunat 9 Zulhijjah ini
| Nyza Ayob Mon | Dec 17, 07 | 7:37:11 pm MYT | |
| PENGKALAN CHEPA, 17 Dis (Hrkh) - Umat Islam digalak berpuasa sunat pada 9 Zulhijjah bagi mendidik manusia untuk melawan hawa nafsu, kata Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. âTarikh 9 Zulhijjah merupakan hari di mana umat Islam yang menunaikan haji, akan wukuf di Padang Arafah mulai esok. Wukuf bermakna âdudukâ yakni melatih manusia âmatiâ kerana berpakaian seperti orang dikafankan,â katanya di majlis penyampaian Kad Kifaalah di sini, hari ini. Esok kerajaan negeri juga akan mengadakan program khas sempena Hari Wukuf di Masjid Bandar Tanah Merah bermula jam 8.30 pagi, memandangkan esok merupakan tarikh 9 Zulhijjah di Arab Saudi. Program itu merupakan acara tahunan di Kelantan yang diadakan sejak lebih 10 tahun lalu. Menteri Besar juga berkata, Takaful Kifaalah yang dilaksanakan di Kelantan sekarang menjadi ikutan beberapa negeri termasuk Selangor yang kini sedang dalam proses melaksanakan skim tersebut. Pada majlis itu juga beliau menyampaikan kad kifaalah kepada 11 pencarum dan cek sebanyak RM2,000 kepada setiap 21 orang wasi. Sementara itu, Penolong Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Rosli Abdullah berkata, sehingga kini keahlian Takaful Kifaalah yang berdaftar berjumlah 99,393 orang, di mana 3,222 pencarum telah meninggal dunia. Selain itu katanya, Takaful Kifaalah menarik minat pelajar-pelajar intitusi pengajian tinggi membuat kajian mengenainya. - mj
|
Tian Chua saman Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia : RM4 Juta
KUALA LUMPUR 17 Disember Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Tian Chua dan seorang aktivis Bersih Abdul Razak Bin Ismail telah mengfailkan writ saman secara bersama di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Sivil) di Jalan Duta pagi ini.
Mereka menamakan Ketua Polis Negara sebagai Defendan Pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai Defendan Kedua.
Saman difailkan bagi pihak mereka berdua oleh Tetuan Ranjit Ooi & Robert Low antara lain menuntut mahkamah mengisytihar bahawa penahanan dan tangkapan keatas mereka berdua secara kekerasan oleh pihak polis berdekatan Bangunan Parlimen pada 11 Disember yang lepas adalah tidak sah, menyalahi Undang-undang dan melanggar Seksyen 23 Kod Prosedur Jenayah kerana tangkapan dibuat terhadap mereka tanpa waran tangkap.
Mereka juga mempertikaikan tindakan Polis yang melanggar Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan dimana mereka tidak diberitahu alasan tangkapan (ground of arrest) walaupun berulangkali permintaan dibuat oleh mereka.
Mereka juga mempersoalkan tindakan polis melakukan pencerobohan, serangan (assault) dan serang sentuh (battery) dan secara kererasan mengheret mereka berdua keluar dari kereta mereka disamping tindakan polis memukul Tian Chua di bahagian muka dalam pandangan orang awam dan media yang berada di tempat kejadian tangkapan.
Abdul Razak Bin Ismail sebagai Plaintif Ke-2 turut menuntut kerugian terhadap kerosakan kereta Proton Tiara miliknya yang terbakar dan rosak teruk semasa dalam tahanan dan jagaan pihak polis.
Kedua-dua mereka menuntut kerugian keterlaluan dan teladan untuk kecederaan, trauma, penindasan dan penghinaan dan relif-relif lain yang dianggap sesuai oleh Mahkamah atas apa yang mereka alami dan apa-apa yang dilakukan oleh pihak polis berjumlah RM4 Juta.
syafiq @ December 17, 2007
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Fed Lowers Rates Again - $270,000 Mortgage for $1,498/Mo. No Credit Check Needed No Credit Check Needed - Estimate New Payment.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___




No comments:
Post a Comment