(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
Masyarakat Tionghua tubuh Kelab PAS di Dungun
| Awang Harun Mon | Dec 24, 07 | 4:45:53 pm MYT | |
| DUNGUN, 24 Dis (Hrkh) - Hampir empat bulan Kelab Penyokong PAS kaum Tionghua negeri Terengganu ditubuhkan di Kemaman kini mula bercambah di daerah Dungun pada 13 Disember lalu. Meski pun pelancarannya dalam suasana hujan di musim tengkujuh namun semangat serta sokongan padu yang diberikan oleh masyarakat tionghua terhadap PAS tetap 'hangat'. Seramai 100 orang masyarakat Tionghua hadir pada majlis pelancaran tersebut oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali di Kampung Batu Lima, Dungun, baru-baru ini. Dato' Mustafa berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Terengganu hari ini tidak prihatin terhadap masalah rakyat. Ini terbukti, katanya pendedahan yang dibuat sendiri oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Dato' Adzlan Dagang bahawa Terengganu kekal di tempat kedua bilangan rakyat termiskin di seluruh negara. "Semasa kita (PAS) memerintah, kita berjaya turun dari tempat kedua kepada tangga ketiga rakyat termiskin. "Bila BN memerintah negeri kembali berada di tempat kedua sedangkan duit dan projek banyak," jelasnya. Katanya, semasa kerajaan PAS Terengganu banyak melaksanakan polisi serta dasar-dasar yang mendatangkan kebaikkan kepada rakyat. "Kita (PAS) meluluskan geran tanah penempatan kepada 43 orang cina di Kampung Pulai Baru, menyediakan tanah perkuburan Cina di Wakaf Tapai dan sebidang tanah untuk membina bangunan tadika Cina di Sura, Dungun," ujarnya. Katanya, PAS amat prihatin terhadap masyarakat bukan Islam dalam mengejar arus pembangunan. Hadir sama pada majlis tersebut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dan negeri, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa dan Haji Hanafiah Ramli, Setiausaha PAS negeri, Haji Yahya Ali serta Pengerusi Kelab Penyokong PAS negeri Terengganu, Encik Ng Chai Hing. - mks. |
*****.*.****
Kaum Iban mula tolak BN, tubuh Kelab Penyokong PAS di Sarawak
| Nyza Ayob Wed | Dec 26, 07 | 3:43:47 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 26 Dis (Hrkh)- Bersesuaian dengan misinya merentasi sempadan kaum, Lajnah Perpaduan Nasional telah menubuhkan Kelab Penyokong PAS Iban di rumah panjang Sungai Mulun, Batang Lupar, Sarawak baru-baru ini. Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr Mujahid Yusof, penubuhan kelab tersebut sempena lawatan kerja lajnah tersebut selama lima hari ke Sarawak baru-baru ini (gambar). Jelasnya lagi, Kelab Penyokong PAS Iban ditubuhkan hasil usaha gigih PAS Sarawak dengan kerjasama beberapa PAS cawangan di Maludam. Hasil daripada penubuhan tersebut, sebuah jawatankuasa telah dibentuk yang mana ia diketuai oleh Akip ak Kundeng, Timbalan Pengerusi, Surau ak Nyamin dan Setiausaha, Molly ak Bungur. Menurut Mujahid, dalam majlis yang sederhana di cawangan Hilir, selaku Pengerusi, Akip ak Kundeng berjanji untuk bekerjasama dengan PAS dan akan memastikan lebih ramai kaum Iban akan menyertai Kelab Penyokong PAS. "Beliau melahirkan keyakinannya terhadap PAS dan kecewa dengan Barisan Nasional yang telah membelakangkan masyarakat Iban dalam arus pembangunan Sarawak. Antara masalah yang dihadapi oleh masyarakat Iban ialah masalah tanah yang sekarang ini diambil alih tanpa pampasan sedangkan masyarakat Iban telah mengusahakan tanah yang terbiar sejak turun temurun. "Tanah-tanah diambil syarikat gergasi untuk membuka jalan kepada penanaman kelapa sawit dan aktiviti lain yang menyisihkan masyarakat Iban setempat, " katanya kepada Harakahdaily. Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Sarawak, Ustaz Osman Mustapha yang member jaminan kepada masyarakat Iban setempat bahawa PAS adalah parti untuk semua kaum tanpa mengira keturunan kaum, bangsa atau agama. Sementara itu, selepas perasmian tersebut, Mujahid turut meninjau keadaan di rumah panjang Mulun dan beramah mesra dengan masyarakat di sana. Mujahid turut menyuarakan beliau berpuas hati dengan sambutan program PAS for All setakat ini kerana mendapat respon yang baik dari semua lapisan kaum dan agama di negara ini, yang mana penubuhan Kelab Penyokong PAS Iban membuktikan PAS tidak mengabaikan nasib kaum lain di negara ini. Bagaimanapun Mujahid melahirkan kekecewaanya apabila melihat keadaan di beberapa rumah panjang yang seolah-olah tidak dipedulikan wakil rakyat kawasan berkenaan. Jelasnya walaupun sudah merdeka jalan dan keperluan infrastruktur di beberapa kawasan rumah panjang Dun Lingga agak daif dan masih seperti tahun 60-an. "Jalan masuk yang tidak diturap serta bergantung kepada generator untuk menggunakan elektrik, begitu juga kemudahan lain yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan yang memerintah." "Keadaan ini menjadikan masyarakat Iban dilihat sebagai tersisih oleh arus pembangunan yang dibawa oleh BN,"katanya. Sehubungan itu jelas Mujahid, PAS berjanji untuk memastikan rumah panjang tersebut diberi kemudahan asas sebagai komitmen PAS memastikan masyarakat rumah panjang tidak terpisah dengan kemudahan asas yang sepatutnya disediakan oleh parti pemerintah. Usaha gigih PAS cawangan Kampung Lingga, katanya telah melahirkan hubungan yang mesra antara PAS dan masyarakat Iban setempat. Dalam perkembangan lain, satu memorandum telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Sarawak untuk memohon kepada Majlis Agama Sarawak satu tanah perkuburan baru di kampung Lingga. Aduan itu dibuat oleh PAS Lingga yang kesal permohonan kepada wakil rakyat kawasan tersebut tidak dihiraukan walaupun sudah memohon beberapa kali. Memorandum tersebut menyatakan tanah perkuburan yang sedia ada sudah tidak dapat menampung lagi kerana kedudukannya di tepi sungai kadang-kadang menyukarkan urusan jenazah kerana tidak cukup ruang. Malahan air juga masuk ke dalam lubang galian kerana terpaksa menanam jenazah di tebing sungai. - mr
|
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___



Seramai 100 orang masyarakat Tionghua hadir pada majlis pelancaran tersebut oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali di Kampung Batu Lima, Dungun, baru-baru ini.
Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr Mujahid Yusof, penubuhan kelab tersebut sempena lawatan kerja lajnah tersebut selama lima hari ke Sarawak baru-baru ini (gambar).
Sehubungan itu jelas Mujahid, PAS berjanji untuk memastikan rumah panjang tersebut diberi kemudahan asas sebagai komitmen PAS memastikan masyarakat rumah panjang tidak terpisah dengan kemudahan asas yang sepatutnya disediakan oleh parti pemerintah.
No comments:
Post a Comment