JENTERA PAS LEBIH HEBAT DARI JENTERA KERAJAAN TANGANI BANJIR

Temerloh : Ketika pihak media mendedahkan kononnya penglibatan pihak NGO dalam membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh Negara pada tahun ini sangat berkurangan berbanding di Johor tahun lepas, PAS dan sukarelawannya dari Pasukan Unit Amal yang telah terkenal dengan jolokan Tentera Merah mendahului pihak-pihak lain menghulurkan bantuan kepada seluruh mangsa banjir tanpa mempedulikan latar belakang pegangan politik.
Di Temerloh, Pengarah Operasi Bantuan Banjir PAS Kawasan Temerloh , Saudara Syed Hamid mengakui pihaknya telah membelanjakan lebih RM 15 Ribu bagi membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut.
Tambah Syed Hamid,lebih 700 keluarga yang terlibat dalam banjir terbesar sejak 30 tahun telah menerima sumbangan dari PAS Temerloh.
"Terdapat Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menghubungi saya mengakui PAS merupakan organisasi yang terkehadapan dalam membantu mangsa banjir", ujar beliau.
Sementara itu PAS Kawasan Maran telah mengeluarkan belanja mencecah RM 10 Ribu untuk membantu hamper 500 keluarga yang terlibat dengan banjir.
Ketua Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Maran,Saudar Jaafar Mat Tam berkata, Chenor menjadi daerah teramai melibatkan perpindahan mangsa banjir.
PAS kawasan telah membuka bilik operasinya semenjak 10 Disember yang lalu.
Tambah Jaafar, selain menyalurkan bantuan beras, air bersih menjadi keperluan utama penduduk yang menjadi mangsa banjir.
Setakat ini Umno di kawasan tersebut belum menampakkan kesungguhan untuk membantu mangsa banjir.
Sementara itu Yang DiPertua PAS Kawasan Maran, Tuan Guru Hj Mohd Baki Othman berkata sepanjang hamper 40 tahun mendiami Kampung Lanting, Chenor dan beberapa kali menjadi mangsa banjir, ahli-ahli PAS seringkali dianaktirikan oleh pemimpin Umno dalam pengagihan bantuan banjir.
"Tidak pernah sekali Tok Empat datang bertanya saya, tidak pernah sebiji beras,sesudu gula mahupun seekor bilis saya terima dari mereka setiap kali berlaku banjir,mereka memang cukup diskriminasi"
Bagi kawasan Felda di Jengka, banjir yang melanda pada 10 Disember lalu adalah di luar jangkaan penduduk.
Seorang anak peneroka Felda Jengka 15,Engku Nurzaman Engku Muhammad 38 tahun mendedahkan, sepanjang menetap di Jengka semenjak lebih 30 tahun lalu,inilah kali pertama banjir melanda seluruh Jengka.
Katanya, pada tahun 1988 pernah berlaku sedikit banjir yang menenggelamkan jalan raya menghubungkan Jengka 15 dan 16,tetapi hanya sekitar satu kaki sahaja.
Tetapi kata beliau, banjir kali ini hamper menenggelamkan hingga paras leher beliau.
Sementara itu Pengarah Amal Kawasan Kuala Krau,Ustaz Aris Faizul Ismail berkata walaupun tanpa persedian menghadapi banjir , pihaknya bertindak pantas mengarahkan semua anggota amal menjalankan operasi bantuan sebaik saja banjir mulai melanda sekitar jam 9 malam.
Operasi Unit Amal yang pertama ialah memindahkan mereka yang terperangkap di dalam kenderaan di jalanraya Jengka 15&16 yang pertama ditenggelami air.
"Kmi juga turut membantu mengeluarkan kenderaan yang tenggelam di dalam banjir di Matau Bandar Pusat Jengka." ujar beliau.
Pada malam tersebut juga Unit Amal telah mewujudkan Unit Kawalan yang meninjau kawasan-kawasan berpotensi dinaikki air.
Seawal5.30 pagi terdapat penyokong Umno yang menghubungi Unit Amal memohon bantuan memindahkan barang-barang kerana rumah dinaiki air.
Pada hari pertama banjir, Unit Amal bersama Pemuda PAS DUN Jengka telah menyediakan makanan untuk mereka yang terperangkap di dalam banjir. Bantuan makanan harian juga terus dilaksanakan hari ini.
Unit Amal juga sedang bertungkus lumus menjalankan operasi pembersihan di rumah-rumah mangsa banjir.
Bagi penduduk Matau Bandar Pusat Jengka, sumbangan yang disampaikan oleh PAS MTD Jengka adalah sumbangan pertama yang pernah mereka terima semenjak beberapa hari menjadi mangsa banjir.
Seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kebajikan penduduk Matau,Encik Sabri berkata pihak kerajaan telah beberapa kali meminta senarai mangsa banjir daripada beliau tetapi hingga hari ini tiada sebarang sumbangan diterima.
Seorang pemimpin wanita Umno di Matau melahirkan rasa kecewanya kerana pemimpin yang mereka angkat selama ini tidak langsung menunjukkan kesungguhan untuk membantu mereka.
Beliau yang di kenali sebagai Mak Cik Odah mengakui selama ini di rumah beliaulah mesyuarat-mesyuarat Umno di adakan, tetapi ternyata sokongan nya kepada parti tersebut tidak mendatangkan hasil. (Kini baru kau sedar - Nasi belum menjadi bubur yang penting Pilihanraya Nanti jangan pangkah BN lagi)
*****.*.****
Darigaunghati

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyumbang barangan keperluan harian bernilai RM10,000 bagi diagih-agihkan kepada mangsa banjir di Pahang.
Presdien PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail sendiri menyerahkan barangan tersebut kepada Ketua bahagian PKR, dalam satu majlis ringkas dekat sini.
Antara yang menerima barangan tersebut ialah PKR Bahagian Maran, Kuala Krau, Jerantut dan Temerloh manakala bahagian lain telah disampaikan sebelum ini.
Dalam ucapan ringkasnya Wan Azizah berkata sebagai parti pembangkang adalah sukar untuk mendapatkan dana kerana para penyumbang tidak bebas untuk memberi sumbangan kerana bimbang dengan tekanan pihak tertentu
Bagaimanapun beliau bersyukur kerana dapat juga membantu mangsa banjir di negeri Pahang yang teruk dilanda banjir kali ini.
Sebelum itu Wan Azizah mengadakan lawatan pekan Lancang meninjau keadaan mangsa dan melihat kemusnahan akibat banjir di situ.
Selain Lancang, beliau juga meninjau sekitar Temerloh dan Mentakab serta sempat berramah mesra dengan mangsa banjir di beberapa pusat perpindaan banjir.
Azizah juga mendengar taklimat banjir di bilik Gerakan Banjir BA Temerloh yang disampaikan oleh Setiausaha PAS kawasan, Syed Hamid Mohamad.
Turut hadir mengiringi beliau ialah Pengerusi PKR Pahang, Zakaria Hamid, Timbalan Ketua PKR Temerloh Ahmad Nizam Hamid Ketua Bahagian PKR Kuala Krau Haji Suhaimi Said, Ketua PKR Maran Bistamin Bakar, Ketua PKR Jerantut Mohd Noor Jaafar serta para pemimpin BA Temerloh.

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html
http://www.malaysia-today.net/index.html
MARKETPLACE
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Fed Lowers Rates Again - Think you pay you much for your mortgage? No SSN Required - Estimate New Payment.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___

No comments:
Post a Comment